Monday, September 8, 2008

iftar 2

Ni plak kisah iftar di hari ahad. Aku ngekor pacik aku gi berbuka plak kat umah macik aku kat KL. Berbalas buka. Hiksss...

Disebabkan aktiviti gathering ni, aku menundakan outing aku ngan bestie ke hari lain. Aku juga terpaksa menundakan plan ke rumah sahabat aku. Sepuluh jari aku susun mohon ampun & maaf kepada sahabat2 aku itu kerana terpakse menundakan plan kita. Keutamaan harus di dahulukan. Maaf sekali lagi.

Aku kurang periksa aku sudah pernah menyenaraikan keutaaman aku atau pun belum. Nanti aku periksa semula. Akan aku kongsikan bersama kalian kalau belum pernah aku khbarkan sebelum ini mengenai keutamaan aku.

Owh... Iftar di hari ahad ni memang terlupa langsung nak mengabadikan moment indah bersama. Hikss.. Tapi kali ni kami berbuka secar sederhana. Aku lebih selesa ngan keadaa sebegini. Tak membazir. Itu yg terpenting sekali.

Antara menu yg ada - nasi putih, ikan siakap masak sweet & sour, kang kung goreng kicap, gulai ayam, sambal tempoyak, telur asin, kuih lopis, roti john, popia basah, murtabak, kopi panas, laici & sarsi. Simple je kan menunya. Aku lebih selesa begini. Tak membazir pun sama. Takde la orang2 sumer over load di isi makanan. Hiksss.. Terlupa plak aku nak mention. De gak buah tembikai, pisang & anggur.

Seronok bila iftar beramai2. Tambah plak bila bersama keluarga. Bersama kengkawan kalau jauh dari keluarga. Aku pernah berbuka dengan cara yg paling kasihan sekali la bagi aku. Masa tu 1st day puasa kat matriks. 1st time juga aku puasa jauh dari keluarga. Akibat tak reti nak bajet time, aku dan roomate berbuka puasa hanya dengan roti. Tapi itu semua kenangan. Kenangan terindah. Mungkin aku boleh ceritakan di suatu hari nanti mengenai pengalaman aku berpuasa masa bergelar student & tinggal jauh dari famili. InsyaAllah..

Sampai di sini sahaja. Aku mengucapkan selamat berbuka kepada kalian semua. Bersederhana la semasa berbuka. Jangan membazir & terlampau mengikut hawa nafsu. Bulan Ramadhan ni adalah bulan terbaik tuk kita menyahtoksinkan badan kita. Gunakan peluang yg ada ini. InsyaAllah kita akan menjadi bertambah sihat. InsyaAllah...

No comments:

Google