Monday, September 29, 2008

insiden yg memalukan

Ini adalah cerita yg bagi aku amat memalukan diri sendiri. Yo la... Saper suruh aku konfiden terlebih sampai 200%. Maafkan aku sahabat kerana sikap aku yg over confident & berlagak bagus pada hari kejadian. Adushhh..

Kejadian berlaku semasa aku, MaiH & Xara berada di dalam kedai kasut R3D Modani. Tujuan kami masuk ke kedai itu adalah tuk merembat kasut yg berkenan di hati. Ada 2 pasang kasut yg telah berjaya memperoleh perhatian aku. Kedua2nya jenis peep toe (tak sure ejaan). Terasa cam nak mengikuti perkembangan fashion la plak. Walaupun tak berapa up to date pun fashion aku. Hahaha...

Yg pertama tu dah takde size aku. Beraleh kepada pilihan ke-2. Bila Xara tanya kat aku kaler aku yg aku amek tuk test. Dengan belagak bagusnya aku menjawab blue black beserta ngan lagak tangan cam talk to my hand (ni MaiH nye description). Seblom tu aku cam bertegang urat leher kata kaler blue black sedangkan lagik 2 orang sahabat aku itu kata kaler black. Mereka berdua, Xara & MaiH biarkan aku menang.

Try punya try. Jalan keliling kedai. Aku masih lagi konfiden mengatakan kasut itu warna blue black. 2 orang sahabat aku tadi biarkan sahaja aku menang. Lagipun aku yg akan bayar harga kasut tu, kan??? Lalala... Itu tak masuk dalam perbualan kami. Bila dah puas hari aku pun suruh la promoter tu angkat & bungkus kasut 'blue black' aku.

Jeng2...

Di sini la bermula kisah yg memalukan itu. Promoter itu membetulkan yg itu adalah warna black. Bukannya blue black lagik. Uwaaaaaa..... Cek malu. Maka, habuan yg aku terima akibat rabun warna itu adalah gelakan daripada kedua sahabat aku. Aku terima seadanya habuan itu kerana memang salah aku pun. RABUN WARNA...

Tapi pada permulaannya aku masih tak mahu mempercayainya. Aku salahkan pencahayaan dalam kedai tu. Aku gi bawa kasut tu kat tempat yg punya cahaya yg lebih terang tuk memastikan yg aku betul & mereka2 yg lain itu telah salah. Walau ke tempat yg berlimpah cahaya terang pun aku maseh nampak kasut tu kaler blue black. Haihhhh...

Perabun warna tegar ini tak mahu mengakuinya. Selepas beberapa kali pusing & telek, akhirnya aku menyerah kalah. Memang bewarna hitam. Tambah kompem bila aku balik umah & lihat di bawah cahaya lampu di rumah. Confirm, HITAM - BLACK...

Bila aku ceritakan peristiwa tu kat mak aku. Mak aku bantai gelak sakan kat aku jugak. Uwaaaaaa.... Mak patutnya sebelahkan aku. Aku terima seadanya kekurangan aku ini. Dah le rabun jauh. Tambah plak ngan rabun warna. Isk2...

Sekian sahaja cerita aku ini. Tiada bukti yg menunjukkan kasut aku itu berwarna hitam. Bukan sebab aku tak nak tunjuk kat korang. Kasut tu de kat kampung. Aku pakai sat je pun hari tu. Masa raya sebab aku tak bawa balik kasut/sandal yg sesuai tuk di gayakan ngan baju feminin. Hikss.... Alasan. Memang betul pun. Aku sengaja tak bawa balik kasut yg bersesuaian sebab aku nak beli kasut baru. Pandai tol korang teka. Sayang la korang. Muahhhhsss...

No comments:

Google