Tuesday, September 23, 2008

2 tangan sahaja

Hari ni aku kesibukan sedikit. Sampai panggilan MaiH pun aku tak boleh nak jawab lama2. Kedua-dua belah tangan aku diperlukan untuk melaksanakan kerja aku itu. Tu pasal la tak kesempatan pun nak update blog.

Petang semalam aku dah terima kembali kereta aku. Aminn... Dah la siap kena perli lagi. Pacik aku isi minyak bagi full tank. Tak silap aku kalau nak full tank pun memerlukan lagi RM20-RM30. Sebelum tu aku dah isi RM60. Owh... Aku dah tak nak fikir pasal tu. Yang penting aku dapat berdua dengannya semula. Hahaha...

So, dah de kereta aku tak perlu nak gerak awal sebelum kol 8 am. Lalala... Sebaliknya aku masuk sedikit lambat. Aida tak datang keje hari ni. Mc katanya. Semalam masuk separuh hari. Tengahari baru masuk. Hari ni demam plak. Musim orang demam agaknya. Mak MaiH pun demam gak hari itu. Aku pun baru je baik dari demam.

Dah tinggal aku sorang kat opis hari ni, tu yg tak menang tangan aku nak wat keje. Semua aku gak yg nak kena buat. Pastu datang Solehin, dia tolong aku sediakan payment voucher. Ringan skit keja aku. Tapi tangan laki ngan tangan pompuan buat keja, memang tak samam. Ehehehe.. Pe2 pun terima kasih bebanyak la sebab menolong aku ni.

Kedua2 belah tangan aku sibuk buat keja. Mata plak buat banyak keje. Sambil menulis & membaca, aku juga menonton siri korea yg aku baru beli itu. Lalalala...



~~~Semalam de adegan tumbuk menumbuk kat luar opis aku. Betul2 kat pintu luar. Semua ni gara2 dua orang yg panas baran. Sorang tu memang dah stail dia cakap cam ala2, "aku la yg paling bagus". Sorang lagik plak mulut tak henti2 bercakap a.k.a berleter. Hmm...

No comments:

Google