Friday, September 12, 2008

ado2 aje

A few entry saya yang sebelum ini amat berbau keemoan. Ahaksss.. Memang pun keemoan. Emosi sedang tak stabil. Almaklum la, ada sahabat setia pay a visit. Hiksss...

Saya sedang mencari idea tuk menceriakan kembali hari saya.

Aha... Baru terinagat something. Sebentar tadi saya ber'sms' ngan MaiH berceritakan mengenai tangan dia. Tetiba mesej dari MaiH yg masuk ke inbox aku telah bercampur kandungannya dengan mesej lama yg MaiH pernah bagi kat aku. Haihh.. Makin bengong plak jadinya. Saya kurang periksa mengapa peristiwa itu boleh berlaku.

Anda musykil???? Saya juga.

Owh... Lagik satu citer yg agak kelakar buat saya. Semalam, sebelum beradu saya dok sembang ngan opah. Sembang punya sembang sampai tekak rasa kering & perit tuk bercakap. Ayat putus2. Masa tu saya tengah bercerita ngan opah. Tetiba opah diam je. Takde pe2 respon. Bila saya pandang opah, opah tengah pandang saya balik. Pastu saya pun tanya, "Mesti opah tak paham pe kakak cakap, kan?"

Opah angguk. Aduhyaii!! Saya kata lagi, "Baik kakak berhenti bercakap, kang lagi opah tak paham. Tekak rasa perit la."

Tak lama pastu saya sambung cakap balik. Ceittt...

Sebab dah tahan menahan keperitan tekak, saya terpaksa mengalah. Kata kat opah nak tidur dulu la. Opah pun gi siap2 nak tidur. Saya terus tarik selimut tutup muka. Krohhhh... Krohhh...

Kita berbalik kepada kisah saya & MaiH yg berlaku sebentar tadi. MaiH kata dia nak tidur. Kepenatan sudah semestinya. Pastu dia kata yg tangan dia dah mula terasa sengal (yg dia kata kat saya adalah sakit tapi saya gantikan dengan sengal. Harap maklum). Nak ketiduran. Lepas wish sweet dream kat MaiH, sy menoleh pandang jam.

Sangka saya sudah jam 4. 29 petang. Rupa2nya baru jam 14:29. Meaning baru kol 2.49 petang. Hahaha... Mula2 saya dah keterujaan bangat nak pulang (walaupun tak tau nak pulang ngan apa hari ni. Arghhhh... Tertekan).

Baik saya sambung kerja. Kang nak bercuti lama (2days). Ari Isnin nanti kelam kabut plak. Ngan de 2 document tender to be sumitted. Hmm...

No comments:

Google