Monday, September 8, 2008

8th

Yupss.. Dah hari ke-8 pun kita puasa. Pantas je masa berlalu. Aku plak, dalam bulan puasa ni semakin mim-alif-lam-sin je nak updates. Hiksss... Ntah la. Tak tau pesal not in the mood nak update. Padahal story je de. Masa aku tgh semangat nak update, masa tu la takde internet connection. Last2 bantut sudah segala idea yg ada masa tu. Lalala...

Skang ni aku lebih gemar melawat blog orang lain. De beberapa blog page yg aku giat dok mengkaji. Diaorang ni post segala macam resepi. Menarek, tertarek, memang de booom. Hahaha...

Cara diaorang present makanan tu nampak cam makanan kat hotel. Walhal, home made. Dimasak sendiri. Mo aku tak kagum. De la beberapa resepi yg telahpun menambat hati aku. Nanti balik raya aku mencuba. InsyaAllah...

Ni la antara yg sering aku lawati sekarang ni;
-mummy
-wify

De sorang tu, guy. Page dia pun sangat banyak resepi. Tapi aku nak mengkaji 2 page ni dulu puas2. Dua2 blogger ni tinggal di oversea. Maka, bila dah teringin makanan style M'sia, choice yg ada hanyalah dengan memasak sendiri. Kala terasa nak makan western food pun, the best choice is to prepare it yourself. Yo la... Makanan yg dimasak chef kat sana di khuatiri tahap halalnya. Well, makanan yg halal tu penting tu umat Islam sebab dari makanan akan menjadi darah daging kita.

Macik aku yg dok oversea tu pun, memang cekap la bab masak2 ni. Kalau de gathering, setiap yg datang akan bawa 1,2 jenis makanan. Bila dihimpun jadila banyak. Memang happening la. Kat sini, takdenya suasana camtu. Gathering or get together dalam kumpulan yg kecil pun lebih mudah di adakan di luar dari buat di rumah sendiri. Aku plak prefer kalau buat get together kat umah. Senang nak menjamu kengkawan. Lalala...

Kengkawan ku sekalian, datanglah beraya ke rumah aku nanti. Korang ni, kalau tak berjemput memang tak datang la. Kalau berjemput pun korang liat gak nak datang. Tp sebelum datang tu gitau la. Kot2 aku TERrajin nak prepare spesel food ke. Ahaksss... Kalau main ambush je, juadah pun ambush je la. Kuih raya tunjuk2. Hiksss...

Bulan puasa ni work load aku tak banyak mana pun. Kalau nak buat post sehari sampai 7-8 entry tu, no halnya la. Tapi bak kata aku di awal entry ni, ngak bermood. Nanti aku sambung celoteh lagi bila aku punya mood kembali. Sampai sini sahaja.


***Jangan korang terliur lebih2 plak tgk makanan yg kelihatan sungguh cantek di mata dalam link blog yg aku letakkan kat sini. Karang kurus plak pose korang. Hahaha...

No comments:

Google