Friday, September 12, 2008

cemburu???

Tak mungkin aku cemburu. Mengapa harus ada perasaan cemburu sedangkan itu adalah terbaik untuknya. Itu aku pasti.

Mungkinkah kerana rasa terpinggir membuatkan ko sedikit berjauh hati??

Owh... Itu mungkin juga. Mengapa harus hanya satu pihak sahaja yg perlu memahami??

Tak sepatutnya berlaku begitu. Tolak ansur harus terjadi di antar kedua2 pihak. Jangan hanya di satu pihak sahaja sehingga yg 1 lagi merasa kehilangan. Adakah ko merasa kehilangan??

Tak.. Tak pernah aku rasa kehilangan sebab seboleh mungkin aku ingatkan diri bahawa aku tak harus punya kuasa pemilikan yg lebih.

Kuasa pemilikan?? Mengapa pula begitu???

Takde apa2 la. Abaikan sahaja penyataan itu. Tapi kan, kenapa .... Hmm... Mungkin aku harus simpan sendiri sahaja. Itu yg terbaik. Mungkin.

Kalau rasa tak puas hati baik luahkan sahaja daripada terus dipendam dalam hati. Nanti memakan diri.

Kenapa dia tak cuba paham aku pula?? Haruskah aku berterus terang sahaja?? Tapi bagaimana nak aku lakukan??

Pergi je la bagitau. Dari ko dok simpan sesorang. Yg sengsara & merana, ko jugak.

Ala... Kalau bagitau pun aku tetap rasa sengsara. Macam la dia akan paham. Bukan tak pernah aku luahkan apa yg terbuku dalam hati. Takkan la asyik nak kena ingatkan je. Huh...

Mungkin ko harus bercuti & berehat dari memikirkan permasalahan ko ni. Ikotkan je la permainan yg telah dia aturkan.

Bila plak orang akan ikot permainan yg aku aturkan?? Seringkali aku sahaja yg ikot percaturan orang lain. Sesak je rasa. Hiyarkkkk!!!

Beralah tu kan bagus. Di masa hadapan ko plak yg akan menang, insyaAllah. Jangan mudah mengalah. Berusaha sedaya mungkin.

I'll try..



***Pagi2 lagi aku dah bermonolog seorang diri. Mengapa harus satu pihak sahaja yg seringkali cuba memahami pihak yg satu lagi sedangkan di satu pihak lagi hanya mengharap pihak satu lagi memahami dirinya tanpa dia nak cuba memahami diri pihak yg lagi satu. Dalam perhubungan harus mempunyai hubungan 2 hala. Give & take. Jangan asyik menerima sahaja sehingga menolak tuk memberi. Apa salahnya kalau kadang2 pihak satu lagi memberi pula. Hmm...

No comments:

Google