Friday, September 26, 2008

pulanglah...

Hari ini Jumaat. The best day of the week. Mengapakah begitu?? Sebab selepas ini aku akan bercuti panjang. Mungkin tak terasa sangat suasana raya. Mungkin dah balik umah & berkumpul ngan adek2 & saudara mara yg lain baru kemeriahan beraya tu muncul kot. Awal2 hari tadi aku tak kesempatan nak update. Tapi yg pasti aku memang teruja nak bercuti since yesterday lagik. Asyik dok ulang menda tu je ngan MaiH. Mesti dia busan dengar aku excited nak pulang. Well, aku memang camni pun.

Semenjak aku dok jauh dari famili, time nak pulang aku akan teruja sakan. Kekadang a month before that aku dah mula riuh bising nak balik kampung bagai. Lalalala... Tahun ni aku tak menumpang Zamira. Cam tahun lepas aku tumpang Zamira. Kami berdua mempunyai passion yg sama. Teruja tuk balik kg. Ehehehehe...

Dia la jugak teman aku pulang ke kampung time student dulu. Pantang de peluang or cuti je, mesti aku nak cabut balik. Ni dah lama tak dgr khabar berita dari dia. Uhh... Minah ni lagik layan call dari msg. Nanti2 la aku kasi roger ngan dia. Gi hang out sesama ke. InsyaAllah..

Happy holiday kepada mereka2 yg dah mula bercuti start dari hari ni lepas opis hour. Selamat kembali ke semenanjung buat Cik Xara. Tunggu kepulangan I buat Cik MaiH. Uhhh.. Saper lagik yg aku nak mention ni?? Tak ramai. Tapi skang ni aku memang tak punya idea. Konon2 nak buat short entry sebab sedikit kebanyakan kerja yg perlu dilaksanakan. End up short entry dah jadi long entry.

Baik aku berhenti di sini dulu. Happy holiday to all. Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Ampunkan aku kalau ada ayat aku yg kekasaran. Yg proper wish aku akan buat later, insyaAllah. Bagi yg memandu pulang ke kampung, pandu kereta berhati. Buat pemandu lain, tolong bertimbangrasa. Jangan potong barisan. Semua orang pun nak cepat sampai ke kampung & berjumpa dengan keluarga.

Ingatan tuk aku & semua. Sebab dalam keadaan kereta yg banyak & bersesak, sudah pasti pemandu akan tertekan. Tambah plak bila ada orang potong queue. Lagik la tertekan. Bagi yg memandu seorang plak, berehat dahulu jika terasa penat. Bagi yg de 2nd or 3rd driver, gilir2 la memandu.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.



~~~Once aku start berceloteh, kelihatan sukar nak berhenti. Hiksss...

No comments:

Google