Wednesday, September 3, 2008

malam hari nya

Aku, MaiH, kak Ipah & kak Pijah dah bersetuju tuk makan malam yg agak hebat kekenyangannya. Hiksss... Ayat aku je cam power rangers. Takde la lapar sangat sebenarnya.

Last ride was the roller coaster. Pastu bergegas kitaorang balik ke bilik. Nak solat. Lepas solat magrib + isyak, kitaorgang teruskan ke next journey. Yei!!! Agenda utama adalah tuk menjamu selera. Ehehehe... Sementara tunggu masuk waktu magrib tu, sempat juga kitaorang lapik perut ngan makan twisties yg kak Pija beli.

Malam tu, agenda kami tak banyak mana pun. Tapi kak Ipah & kak Pija de tiket indoor. Diaorang bleh main puas2 lak mainan indoor. Aku ngan MaiH bercadang nak main game kat arcade. Ehehehe..

Memusing pilih nak makan pe. Last2 kitaorang makan kat Marry Brown sebab kat situ je harganya macam boleh tahan skit. Skit je la. Mahal toksah kira la. kalau gi kota keriangan tu, kena sediakan wang yg cukup banyak sahaja. Ehehehe...

Ok gak le makanan kat situ. Aku makan nasi lemak. Kak Ipah makan nasi ayam. MaiH makan bubur ayam yg tak pedas (makanan tak pedas aku alergik skit). Kak Pija lak makan mi kari. De makanan sampingan, fries. Tu pun dah jenuh nak habiskan. Masing2 kekenyangan.

Makanan aku & secawan kopi. Kopi yg ke-3 tuk hari itu sahaja. Haihhh...

Buat kali ke-3 nya aku pekena coffee ari tuh. Perghhh.. Rasa memangla enak. Tanpa disedari yg coffee ini boleh membuatkan aku sukar tuk tidur. Tp itu tak membimbangkan aku sebab aku rasa aku mampu tidur dengan mudah sebab badan kepenatan.

Next tempat yg kami tujui adalah tayangan 3D. Aku ngan MaiH kena bayar RM8/each. Tayangan mengambil masa 5minit je. Bagus la 5 minit je. Kalau lama2 boleh loya kami. Hahaha... Tu pun kitaorang komplen apsal sat sangat sebelum masuk ke dalam tu. Ehehehe... Tgk citer Alice In Wonderland. Tp aku lagi prefer kalau dapat tgk Aladdin. Dapat la jugak tengok.


Malamnya kami ke tayangan 3D. Best. Tapi buat kepala aku goyang je. Fening. Dah le tak clear suara pencerita. So, tgk je la gambar yg ditayang tanpa mengetahui buah butir yg disebut. Hahaha...

Abeh tu, aku ngan MaiH gi kat tempat arcade. Kak Pija & Kak Ipah gi enjoy main indoor game. Haihhh.. Rasa sumer mainan nak main. Token agak mahal. Melayang jugak RM20 kat situ. Ehehehe... Dekat kol 12 kakak MaiH dah call suruh pulang. Sampai kat bilik dah kol 12. Semua orang dah de kat bilik masa aku ngan MaiH sampai bilik.

Salin pakaian, pastu ngan rasa tak sabar2nya landing atas katil. Ehehehe... Syiok. Nyaman. Katil single. Tapi luas. Muat la tuk aku & MaiH tido. Kitaorang share 1 katil . Ya lain2 pun share jugak la. Akibat penangan coffee yg berlebihan telah membuatkan aku sukar nak lena. Tambah plak de bunyi dengkuran, isk2... Bila dah susah nak lena, de plak bunyi2 lain aku lagik la susah nak lena. Ngada2 tol... Walaupun aku kepenatan.

Lama juga aku dok golek2. Baru terlena. Bangun pagi tu, aku telah menyampaikan satu cerita kepada kak Ipah pasal adek dia yg cam ngigau. Aku ingatkan dia sedar sebab masa bercakap ngan aku tu mata dia terbuka. Rupa2nya dia ngigau. Aku pun punya sejarah ngigau jugak. Abehla adek kak Ipah kena gelak. Hiksss...

No comments:

Google