Thursday, September 18, 2008

fening---pusing

Ini hanya anggapan aku kenapa aku pening or sakit kepala yg agk teruk 2,3 hari ni. Aku boleh je lawan sakit kepala tu. Tapi bila tak tahan, tu yg mula nak mengeluh. Hmm.. Ujian buat aku. Alhamdulillah, aku melaluinya dengan sedikit kesabaran. Hari ni rasanya kebanyakan penyakit yg hinggap sejak minggu lepas dah beransur terbang jauh dari aku.

Semalam kepala aku agak pening yg teruk. Petang tu lepas balik ke rumah, sangat sakit kepala aku. Actually aku sakit kepala. Bukan pening. Bila sujud or tunduk, kepala rasa berdenyut cam dicucuk ngan jarum.

Mungkin semalam terperangkap dalam keadaan orang ramai yg bersesak & juga terdedah kepada panas terik telah membuatkan kepala aku semakin berdenyut. Sampai rumah aku berehat seketika. Lepas tu gi mandi. Dah sudah mandi pun kepala aku masih berdenyut. Mula terasa nak demam. Target aku nak tido je. Tapi kena plak tengok2kan cousin aku sementara parents diaorang gi teraweh.

Kenapa aku yg kena tengok2kan?? Mana bibik diaorang?? Dah lama rasanya aku tak mengkisah pasal bibik tu. Mungkin ada antara korang yg rindu nak mengetahui episod selanjutnya pasal bibik tu. Nanti la aku khabarkan. Ehehehe..

Semalam bibik kuar. Katanya nak jumpa abang yg tak sehat. Walaupun gaji kena potong. Dia tak kisah. Janji dapat keluar. Tak larat la aku nak bercerita pasal bibik tu hari ni. Lain kali la yerk. Tu pun kalau aku kerajinan sahaja. Ahaksss...

~~~Kepala aku tak sakit hari ni. Alhamdulillah...

No comments:

Google