Wednesday, September 3, 2008

gud news for our family

Owh... Semalam opah aku ngan rasa gumbiranya telah mengkhabarkan bahawa ahli keluarga kami (sebelah mak aku) akan bertambah lagi sorang. Cousin aku yg baru kahwin (yg sampai sudah aku takde pun wat entri pasal wedding dia) telah disahkan hamil. InsyaAllah, dalam masa 8 bulan lagi kami akan menerima ahli baru. Aminnn... Aku akan dapat anak buah. Opah aku plak akan dapat cicit. Mana la opah aku tak excited. Dalam famili (sebelah mak aku) kitaorang, ahli termuda sekali adalah Idlan. Owh... Citer pasal Idlan. Kesian dia. Dah susut badan dia. Aku tak jumpa dia dalam 5 hari. Dia demam. Tak lalu makan. Gula2 pun dia tak layan. Isk2.. Semalam aku dapat tangkap gambar dia masa tengah tidur. Sangat comel. Geram. Aku picit juga pipi dia. Hiksss...

Gaya dia tidur tu yg wat aku geram sangat ngan si budak kecik ni.


***Sejak balik dari kampung, aku cam kurang kerajinan nak gi solat terawih kat surau dekat rumah. Padahal, sangat la dekat. Kalau kentut kat surau, bleh bau kat umah. Hehehe... Kat kampung lagi masyuk kalau berterawih. Haihhh.. Mungkin setan kat sini lagi kuat. Berjaya menggoda aku. Ahaksss... Kat kampung, aku selalu ikot famili buat terawih sampai 23 rakaat. Ni dah temasuk witir. Kalau kat sini buat 11 rakaat je. Tu pun terasa berat2. Haihhh... Setan oiii.. Sudah2 la menguji aku. Aku insan yg lemah.

No comments:

Google