Tuesday, September 23, 2008

iftar 4

Ahad yg lepas, aku berbuka bersama rakan2 sewaktu di uni dulu. Skang ni pun kami masih berakan-rakan walaupun kami jarang berhubung. Walhal masing2 tinggal area KL-Selangor yg tak berapa jauh pun. Tapi tu la. Masa & jarak yg memisahkan kitaorang. A few weeks juga merancang tuk bertemu & iftar bersama. Tempat yg kami pilih adalah sebuah gerai yg agak terpencik kat area PJ. Makan pakepau. Sedap. Aku tak berkesempatan. Lihat sahajalah beberapa keping gambar yg sempat dirakam menerusi kamera si senior exec a.k.a Yumss...

Kami yg tiba sebelum hari gelap. Yg paling awal tiba adalah Yums, Ina, Mysarah & Meena. Belakang; Meena & Ina Jr. Depan; m3, My, Dj, Yums. Menggunakan kotak tisu sebagai stand camera. Ehehehe... De lagik sorang ahli yg belum munculkan diri bersama dengan hubbynya.

Ini adalah main course kami pada hari itu. Pakepau. Aku minum air teh o panas. Kesihatan belum pulih 100%. Lebih selesa minum air panas. Pe kandungan dalam pakepau?? De daging cincang goreng. Sup yg best. Ulam-ulaman. Tak lupa juga telur mata. Tapi kuningnya tak cair. Huhuhu...

Sebahagian dari makanan yg dibeli di pasar Ramadhan belakang hostel yg de gerai ni. De roti john. Kopok lekor. Cucur udang. Popia otak udang. Termasuk juga pencuci mulut yg telah ditaja. Dalam gambar ini adalah si hubby, En. Ariff & Meena. Mereka berdua cam anjing & kucing sahaja.

Ni la pencuci mulut yg telah ditaja itu. Looks yummy, aite?? Rasa pun sedap. Tapi aku tak makan pun kat situ. Tapau bawa balik umah. Ehehe...

Tadaaa... Memperkenalkan si pembuat dessert kami ari itu, Ina Jr. Kenapa ada Jr.??? Sebab dulu nak membezakan ngan yg senior punya Ina. Ehehe.. Pencuci mulut di import khas dari Bangi. Lalala... Rekod yg telah dipecahkan oleh Ina bila dia dapat habiskan sepinggan nasi itu dalam masa yg agak pantas..

Dah sudah makan. Masing2 dah kekenyangan. Rakan kami yg tiba bila hari sudah gelap, memperkenalakan Puan Khaty. Hiksss.. Klakor je add dia as puan. Ahakss.. Hubby nye punya gambar takde yg clear. Nak lagik clear, tgk gmbar kawen diaorang dulu. Bulan June nye archive.

Sekian sahaja laporan iftar aku bersama rakan2. Mungkin raya nanti bleh buat kunjungan rumah ke rumah kot. Sudah pasti rumah yg akan kami tujui adalah rumah orang yg dah berumah tangga, Puan Khaty. Lalalala... Miss u guys.. Macam2 cerita yg diperolehi masa kitaorang berkumpul hari tu. Ada berita sedey. De berita gembira. De orang telah dirisik & ditanda. Taniah beb.. Next, giliran siapa pula??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu...

No comments:

Google