Thursday, September 25, 2008

FIKIRKAN BOLEH!!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Owh... Lagu ini sangat banyak kenangan. Meh la aku story kat korang. Masa form 3, semua dak form 3 dipaksa menyanyikan lagu ni setiap kali selepas waktu rehat. Setiap hari sekolah. Kena nyanyi ngan penuh semangat. Ni adalah permintaan dari Mr. Cham. Masa tu dia guru penyelaras form 3 kalau aku tak salam. Mr. Cham juga adalah guru kelas aku.

Bayangkanlah setiap hari selepas waktu rehat kena berkumpul kat dewan perhimpunan. Bila semua orang dah ada & student dah betol2 ready baru kitaorang boleh nyanyi. Pastu kalau nyanyi tak semangat kena ulang nyanyi lagi. Mana tak kena ulang sebab cikgu tu mesti de setiap kali kitaorang nyanyi. Gigih tol cikgu kitaorang tu. Ehehehe...

Pastu kalau lepas rehat kena plak subjek yg tak baper nak best. Pe lagik, melengah2kan masa la kitaorang. Itu sudah pasti akan dilakukan. Ala... Aku tau. Korang pun mesti camtu gak. Kalau de peluang mesti nak ngelat. Lalala...

No comments:

Google