Wednesday, September 3, 2008

perjalanan ke kota keriangan

Kita mulakan kisah percutian aku dengan perjalanan menuju kota keriangan. Hiksss..

Ni adalah kali pertama aku naik ke sana. Sebelum ni memang tak pernah pergi pun. Beberapa kali dah planning. Tapi tak pernah menjadi. Akhirnya follow trip kakak MaiH & kengkawannya. Memang excited sangat. Malam sebelum bertolak tu, aku tido agak awal. MaiH pun excited gak. Sebelum tido kitaorg dok ber'sms'.

Muka teruja masa baru tiba di stesen ketapi. Menurut MaiH masa ni belum pun kol 12.

Tido punya tak hengat aku ni sampaikan bunyi sms pun aku tak sedar. Akibatnya, bateri fon aku flat. Mujur sedar awal. Sempat la charge sekejap sebelum kuar rumah. Bila aku on handphone, tengok berderet sms MaiH masuk. Cian dia. Kena tunggu lama. Lebih kurang 3 jam lebih. Train sampai lambat. Diaorang bertolak naik train dari Taiping. Aku pun tak sangka plak train akan delay sebegitu lama. Sedikit sebanyak, mood percutian telah bergoyah sedikit.

Muka dah cam cencorot akibat terlampau lama sangat menunggu. Cian MaiH sebab tak tido sepanjang perjalanan.

Train kan gerak cam semut. Kol 3.30 pagi baru gerak. At least 6 jam baru nak sampai KL. 9.30 pagi baru nak sampai. Tu tak masuk lagi kalau train tu menyinggah lama kat sesuatu stop. Tiket bus kitaorang aku dah beli kol 9 pagi.

Ni masa dalam bus nak ke puncak keriangan. Bus ni cam buruk skit. Tak cam bus kami pulang. Memang enak tuk beradu. Lalala...

Ahli lain seramai 5 orang telah pun menunggu kat KL Sentral. Ada yg datang dari Kedah. De yg dari Terengganu. Sumer2 tu gerak malam sebelumnya. Diaorang kata, makan masa 2,3 bulan gak percutian yg dioarang rancang ni. Hikss.. Aku tau beberapa minggu sebelum tu je.

Kesian kat MaiH, kak Ipah & kak Pija. Diaorang kelambatan. MaiH suruh kitaorg yg dah sedia kat KL Sentral gerak dulu naik bus yg telah dibeli tiketnye. Tiket diaorg 3 terpaksa la burn kan. Uhhh.. Aku pun tak sempat nak breakfast kat umah. Hajat di hati nak pekena set breakfast McD. Tp sangat tak berkesempatan nak membelinya. Lastly, aku beli sandwich je kat 7e.

Bus gerak naik ke kota keriangan on time. Tepat kol 9 bus dah gerak. Driver bus tu siap pesan kat aku tak boleh makan atas bus. Tapi sebab cek lapaq sesangat, makan jugak skit. Uishhh.. Kalau tak makan, boleh gastrik la perut. Sepanjang perjalanan, aku asyik dok tangkap gambar langit. Nak melaporkan kepada MaiH, keadaan cuaca semasa.

Cuaca asyik berubah. Kejap cerah. Kejap berawan. Nampak itu awan hitam yg telah buat aku tuk tak selesa kat dalam bus. Isk2... Masa ni mai masih dalam train. Isk2...

MaiH & kakak2 sampai kat KL Sentral dekat kol 10. Mana nak sempat nak kejar naik bus kol 10. Diaorang pergi menyegarkan badan. Beli breakfast dulu. MaiH tu dah kelaparan. Dah le sepanjang dalam train dia tak tido. Cian u yerk..

Dah setel tugasan mereka, diaorang tanya nak naik next bus. Tapi next trip kol 12. Uhhh... Diaorang wat keputusan naik cab je. 45minit boleh smpai kat kaki bukit tempat skyway. Masa diaorang sampai, kami yg dah sampai kat kota keriangan tengah dok check in. Sama2 la masuk bilik.

Mereka menaiki teksi ke puncak keriangan. Kena RM80. Semuanya salah KTMB. Lambat sampai 3jam. Over tollll...

Next entry - aku akan mengkisahkan aktiviti kami di kota keriangan. Till next entry. Daaa...

2 comments:

mysenoir said...

nape i xpenah prasan pun entry ni a? banyak pulak tu gmbar n nama i. hehe. KTM cilakak!! memang keretapi tanah (janji) melayu!!

Anonymous said...

sebab i baru update masa balik tepeng hari tu. letak gmbr bagai. tu yg baru muncul. takde la baru sangat pun. 2nd wik puasa. tu pun maseh de beberap entry berstatus draft yg perlu di edit & touch up sblom di publish. tunggu!!!!!

Google