Thursday, September 11, 2008

i'm back!!!!

Morning!!!

Alhamdulillah, aku dah beransur sembuh. (^_^)

Semalam pun aku tak dapat nak buat entry. Paginya aku keluar ke site visit. Balik tu badan makin rasa bertambah tak sehat. Ingat nak terus ke klinik. Sayangnya....

Pe lagik. Mobil ku tiada denganku. Nak balik pun terpaksa minta tolong Aida yg hantarkan aku pulang. Aku seboleh mungkin mengelak menyusahkan orang memandangkan aku punya mobilku sendiri. Tp tak dapat nak balik menggunakan mobilku. Terpaksa minta tolong orang lain. Nak minta dia hantar ke klinik plak??? Tak la plak kot. Tak syiok la plak. Dah le mintak dia tolong hantarkan ke rumah. Nak mintak plak dia tunggu sementara aku jumpa doktor??? TIDAK leee...

Sampai kat rumah, terus terbongkang. Dah 2 petang aku macam tu. Tak best. Badan rasa penat. Memang hari sebelum tu aku dah pun makan ubat. Tapi tak mencukupi. Ubat yg aku makan tu tak dapat melawan selsema, deman & batuk aku. Harus ke klinik juga. Malam baru aku gi klinik. Selepas berbuka.

Doktor la plak takde. Harus juga aku membeli ubat sahaja. Dari aku merana menunggu esoknya baru nak jumpa doktor. Aku pun mintak la ubat selsema, demam, batuk & juga vitamin. Kalau jumpa doktor, kompem hari ni aku akan diberi mc. Tapi mesti juga aku masuk opis. Keje dah mula banyak tuk aku setelkan. Tambahan pula, next week de 2 tender nak kena submit. 1 tender baru masuk tuk di review.

Ini dugaan aku tuk bulan puasa tahun ini. Hmm...

Satu yg aku sedikit hairan ngan badan aku ni. Dah makan ubat selsema yg kononya aku memberi kesan ngantok. Tak berkesan tuk aku. Takde plak aku rasa ngantok. Tp ubat selsema tu memang power betul la. Within 1 hour lepas aku makan, terus rasa selsema aku dah makin ok. Enak juga aku tidur. Tapi tidur ku terganggu skit disebabkan tekak rasa kering. Harus dibasahkan dengan air masak.


***Yeiiiiiiii... Hari ni dah Khamis. Sok Jumaat. Hiksss... I like Jumaat. I'm loving it..

No comments:

Google