Friday, September 12, 2008

bf aku dipinjam in

Huhuhuhu... Sedey tol. Start dari hari Isnin hari tu aku dah berenggang ngan buah hati aku yg satu. Kesiannya dia kena pelasah teruk. Baru a few days digunakan, mileage dah cecah lebih 500km. Uhh.. Tinggal another 400km ++ sebelum ke next service. Aduhyaii... Kalau aku guna sendiri, mungkin sampai bulan depan kot baru la cecah tuk next service.

Aku tak gemar sebenarnya orang pinjam bf aku tu lelama. Tengok cam masa aku tak sehat hari tu. Terpaksa menyusahkan orang lain. Walhal aku boleh je setelkan sendiri kalau de khidmat bf aku tu. Ni, almost a week la pinjam. Isk2...

Nak ngadu kat parents pun serba salah je rasanya. Nak wat camne. Aku yg harus berkorban. Seringkali, aku sahaja yg harus melakukan perngorbanan. Well, bukan orang lain takde yg berkorban tuk aku, cuma that certain people yg kelihatan tak pernah or bleh dikatakan once in the blue moon je la yg akan memberi pertolongan kepada aku.

Pagi ni, aku terpaksa menyusahkan macik aku, menumpang dia. Dah le selama ni pun aku dok susahkan dia. Menumpang kat rumah dia. Hmm... Nampak cam aku ni suatu batu pemberat je. Haihhh.. Opsss... Dah banyak kali kelihatan aku mengeluh.

Sebentar tadi aku harus menyelesaikan a few things kat bank. Boss aku plak refuse to go to the bank. Maka, aku la yg disuruhnya. I have no car. So, I have no other choice melainkan bawa juga keta gabak cam ala2 truck milik boss aku. Toyota Hilux.
.
Bukan aku tak pernah bawa sebelum ni. Masalahnya kondisi kenderaan itu yg gabak. Plus, kenderaan itu adalah bukan milik aku. Susah nak sesuaikan diri buat cam kenderaan sendiri. De lagik banyak alasan yg aku nak listkan kat sini kenapa aku seboleh mungkin mengelak tu bawa keta giant tu ke bank.

Salah satu dari sebabnya adalah kerana keadaan di sekitar bank itu yg sempit. Memang kalau berselisih kat jalan yg sempit dengan aku bawa keta gabak, aku akan gubra sejuta kali. Dok dalam econ yg paling high pun aku boleh berpeluh sakan cam tak pasang econ. Yo la.. Dah gubra namanya.

Satu lagik yg payah kat area bank tu adalah tuk mencari parking. Bagi kereta yg kecil, keta sedan ke or even Toyota Unser, aku masih konfiden lagi nak menyelit. Ni keta gabak itu. Huhuhu... Seriau beb.

Tadi pun aku parking memang jauh giler dari area bank. Kat kawasan yg memang aku kompem nanti senang nak keluarkan balik keta ni bila tugas aku kat bank dah setel. No picture to show u guys sebab aku tengah busy concentrate nak mengendalikan keta giant itu. Kalau kat jalan besar, no halnya nye la.

Bila selisih ngan lori kat jalan biasa yg tak besar mana tu pun aku dah cuak tahap gaban. Ni kan pula kalau aku berselisih kat kawasan yg sempit. Lagik la aku akan cuak. Memang aku tumpu lebih dari 100% masa mengendalikan kenderaan itu.

Owh... I really miss my bf. When will u come back to me. Semalam aku lihat bf aku telah belemoih sakan. Ada plak tu kesan calaran. Yg aku rasa bukan dari kesalahan aku. Memang aku sangat berhati2 bila memandu. Tambahan pula, bf ku itu hanya pinjaman dari abah aku.

Masa kejadian yg berlaku kat Sunway Pyramid dulu pun aku dah cuak giler. Rupa2nya hanya kesan cat yg boleh dihilangkan ngan cecair soft 99. Hmm... Nak tukar balik guna kancil. Tapi abah cam suruh je guna keta skang ni.

Kepentingan aku dah tergendala sebab TERpaksa bagi orang lain memenuhi kepentingan mereka dahulu. Di manakah keadilan untuk aku??? Berkorban sahaja lah yg mampu aku lakukan sekarang ni. Kuatkanlah keimanan hamba Mu ini Ya Allah. Aminnn...

No comments:

Google