Monday, September 8, 2008

iftar 1

Sabtu & ahad yg lepas, aku ber'iftar' bersama famili di 2 tempat yg berlainan. Hari Sabtu, iftar di rumah pacik aku. Manakala ari ahad pula di rumah macik aku kat KL.

Hujung minggu yg lepas ni juga, aku seringkali tidur lewat. Semalam pun sama. Lewat jam 1pagi baru aku berada dalam bilik beradu aku. Tu belum beradu lagi. Baru dok bentang tempat tidur. Opah aku masih berada di sini. Mestilah aku bagi opah aku tidur atas katil (single bed itu). Aku beralah tidur atas lantai sahaja. Tentu la berlapik. U ollsss ni!!!

Owh... Berbalik kepada topik entry ni. Masa iftar di rumah pacik aku, emangnya meriah juadah yg ada. Pacik aku sorang je yg gi beli kat bazar Ramadhan pun telah membuatkan meja makan kat rumah full. Belum lagi cousin aku ngan husband dia datang. Takkan datang ngan tangan kosong je kot (dah jadi tradisi bila melawat, haruslah bawa sedikit buah tangan). Diaorang bawa gak sedikit juadah.

Macik aku sampai lambat skit sebab kena tunggu anak bongsu dia abeh skolah. Sekarang kan kat sekolah dok bz buat kelas ganti. Tak silap aku, klas sabtu lepas tuk ganti cuti masa Deepavali nanti. Macik aku tu pun datang bukan dengan tangan kosong. Diaorang bawa kuih & murtabak.

Orang2 kat rumah (aku, macik aku & opah) plak dok bersilat (hanya perumpamaan, bukannya kami betul2 bersilat kat dapur) kat dapur menyediakan juadah atas permintaan pacik aku. Dia suruh masak nasi ayam. Setel. Tapi tengah2 masak bleh plak gas memasak tu habis. Cepat2 gi order yg lain. Pastu de cucur udang. De gak masalode. Tugas aku menyediakan air & juga goreng kuih. Ok la tu. Hiksss...

Makanan 'home made'. Ni pun dah hampir penuh meja. Tambah lagi ngan makanan tambahan yg di bawa. Memang pack la meja.

Menggoreng masalode.

Turn cucur udang plak digoreng.

Bukti aku goreng kuih???

Ni ha.. Tangan aku kena percikan minyak panas masa menggoreng cucur udang. Si bijak ini tak larikan diri plak tu bila dah minyak panas dok mercik. Haihhh... Baru semalam aku perasan naper la tangan aku ni bertanda. Ingatkan kesan gigitan nyamuk. Hehehehe...

Memang kenyang ya amat la hari Sabtu tu. Tapi aku makan tak banyak mana pun. Serius.. Tak tipu. Aku ngan macik aku yg dok busy kat dapur tu assume yg kitaorang dah kenyang makan bau2an kot. Hikss..

Ni antara juadah yg ada masa iftar di hari Sabtu - nasi ayam, kuih masalode, cucur udang, murtabak, karipap, donut, kuih ketayap, mi rebus, laksa, rojak, popia basah, sate kajang Hj. Samuri, air tebu, buah tembikai, ari soya & air kelapa (sampai hari ni tak buka lagi, de dlm peti ais), jus carrot susu, air teh panas, air kopi panas, sarsi (kordial). Itu yg aku ingat la. Banyak tak??? Hahaha..

Makan tak henti sambil tengok Apocalypto (tak sure spelling camne), lepas balik dari terawih. Siap tapaukan lagi tuk macik aku yg nak balik ke rumah dia kat KL. Tu pun balance nasi ayam yg tinggal kat umah tak abeh pun di makan kitaorang.

No comments:

Google