Monday, September 15, 2008

kekuatan, datanglah!!!

Haihhh...

Naper mula ngan keluhan ni?? Sebab memang aku nak mengeluh pasal sesuatu. Memang aku kesal. Tapi aku tahu camne nak luahkan rasa kesal ni. Harus aku simpan je la dalam hari. Times will heal it. Hmm...

Nak gi klinik. Tapi tak rajin. Tambah plak nak kena tinggalkan opis takde orang yg akan jaga. Walaupun klinik tu dalam walking distance, kalau jalan ke sana, gerenti basah ketiaknya la. Ahakss...

"HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH"

Senang citer. Perumpamaan di atas memang kena la kat batang hidung aku skang ni. Aku sengaja merekacipta alasan tak nak ke klinik. Mungkin korang juga pernah dalam situasi aku. Mereka apa sahaja alasan untuk melindungi kepentingan diri.

Sebentar tadi aku hampir je meletus kerana isu itu, hendak melindungi kepentingan diri. Tapi ku tahan segala rasa. Bersabar adalah cara terbaik. Buat apa nak kecoh2. Orang tak suka ditegur. Biarkan sahaja. Amek berat lebih2 pun, nanti dikata plak mengongkong. Pe hal plak nak kongkong hidup orang lain??? Tak sior teman.

Hikss... Tetiba aku teringat citer Tain semalam. Sebelum berangkat pulang, aku sempat tgk citer Tain. Cumer part akhir, aku qada tgk hari ni. Selama ni pun memang aku dok ikuti citer Tain secara online.

"Zaman dah maju. Dunia dah berubah. Dunia di hujung jari."

Banyak pengajaran sebenarnya dalam citer Tain ni. Aku suka part last tu bila mak Tain kata yg Allah takkan uji umatNya yg Dia tahu tak mampu nak menanggung ujian dariNya. Kira bertuah la diri anda jika menerima ujian dariNya. Cam keadaan kesihatan aku hari ni. Aku kirakan ini adalah satu ujian dariNya tuk melihat sejauh mana ketabahan aku melawan rasa kurang sihat di bulan Ramadhan ini.

Terima kasih kepada rakan2 yg mendoakan agar aku lekas sembuh. Aminn...

No comments:

Google