Friday, September 5, 2008

belum kesempatan

Alamak!!!

Hari ni aku plak tak punya kesempatan nak update blog. Bagi yg menantikan aku citer pasal percutian aku hari tu, sabar ek. In progress. Dah siap dalam draft. Tinggal nak touch up skit2 je sebelum publish. Hiksss...

Owh... Sebelum aku terlupa, meh la nak khabarkan. Bagi aku ini adalah perkara yg menggembirakan. Hahaha... Mungkin orang yg dah pun mengalaminya akan merasa aku menghiperbolakan keadaan. Sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ni, aku akan bercuti pada hari Sabtu. Bertemu kita lagi di hari Isnin nanti, insyaAllah.

Pagi tadi memang berita ini yg nak aku khabarkan kepada korang, tapi tak kesampaian sebab hari ni sedikit sibuk. Sibuk kuar. Tak lekat kat opis sangat pun. Dah la hari ni aku dressing selekeh je. Memang hari ni lagi aku dah mula rasakan mood cuti hujung minggu. Maaflah ye. (^_^)

Aku pun baru masuk semula ke opis kol 4 tadi. Buat keje. Ni baru kesempatan nak update skit sebelum hujung minggu bakal menjelma. Hmm.. Kat sini aku nak mengucapkan selamat berbuka kepada semua yg berpuasa. Yg tak boleh berpuasa kerana perkara yg dibenarkan boleh terima ucapan selamat berbuka puasa dari aku. Bagi yg sengaja ponteng, ucapan ini tidak sah untuk anda. Hihihihi!!!

Rancangan petang ni nak gi dapatkan nasi kerabu yg aku telah usha beberapa hari yg lepas. Nampak macam menarek. Rasanya tak pula aku ketahui sebab belum merasainya. Mungkin kali ni baru nak merasa kot. Lalala... Korang plan berbuka ngan apa plak hari ni???


***InsyaAllah 25 days to hari raya. (*.*)

No comments:

Google