Wednesday, September 3, 2008

siang hari nya

Telah sampai di sini. Yeeehaaa!!!

Hari pertama di kota keriangan (28/08/08).

Setelah check in ke bilik masing2, touch up lebih kurang, aku ngan MaiH mendahului yg lain2 tuk ke theme park. Kami berkira2 sama ada nak beli yg all theme or nak main yg kat luar je. Keputusan di buat dengan sepantas kilat. Kami beli yg outside park je. Cuaca masa tu tak baper nak ok. Berkabus agak tebal. Mendung. Windy.

Before our 1st ride of the day. Muka teruja abih..

Permainan yg pertama kami cuba adalah buaian. Owh.. Sangat syiok. 3kali ok aku naik buai tu sahaja. De a few mainan yg di tutup tuk maintenance. Frust la jugak. Huhuhu...

Lepas diaorang beredar kuar, kami berdua plak masuk. Dan ramai lagi yg lain. Bukan kitaorang naik berdua sahaja.

Cuaca agak kesejukan. Lagi sejuk dari cuaca kat Cameron Highlands. 2nd game yg kitorang main, aku tak sure sangat la. Sebab lepas dari buai tu, kitaorang nak naik Solero Shock. Tp nasib tak menyebelahi kami. Hujan turun masa kitaorang tengah beratur. Huhuhu..

Kabus tebal bangat. Camno la kitaorang tak dibenarkan naik. Dah le ngan hujan plak tu. Agak lebat. Mujur sekejap je hujan.

Pastu, kitaorang main flying coaster. Yg ni aku naik 2 kali. Syiok... 1st time tu bayar full price. 2nd time tu bayar half price. Ehehehe... Sangat enjoy la naik ride ni. Memula rasa cuak sangat. 2nd time tu dah steady. Hiksss...

Pinjam gambar MaiH sebab aku tak beli gambar ni. Not in my budget. Ehehehe...

Pastu naik roller coaster. Pe tah panggil roller coaster ni. Tak ingat. Hiksss... Yg roller coaster ni naik 2 kali. Kali ke-2 naik dah dekat sgt ngan time nak tutup. Kol 7 pm tutup sumer game. Nak kena main puas2 sebelum kol 7. Dengan cuaca, sekejap ok, sekejap mendung, sekejap berkabus, sekejap hujan. Bila hujan, sumer ride diaorg tutup. Tp yg indoor nye ride tak tutup la. Hikss...

Naik kali ke-2. Stop jap sebab 2orang depan kami ni, kerusi diaorang tak berkunci. Kalau tak jenuh r. Kami terpaksa menyaksikan satu kemalangan betul2 di depan mata. Nauzubillahiminzalik.. Syiok gak naik ni, tapi mengakibatkan aku sakit belakang. Huhuhu...

Lepas tu, naik plak Solero Shock. Aku siap kita time bila mende tu nak turun. Beria. Kononnya nak bagi kurang skit rasa takot. Hahahaha... Bila turn aku naik, dok atas tu rasa pe lagik. Bila mende tu nak naik ke atas pun aku steady lagi. Makin tinggi mende tu naik, aku de gak terasa sedikit cuak. Tapi masih boleh dikawal. Bila suara angin seperti kentutan dilepaskan, aku siap kira lagi. Tapi berterabut la kiraan aku. Bila cukup kiraan aku, mende tu tak turun pun lagi. Berserah je la. Ehehehe...

Cuak beb!! (Ni bukan gambar aku naik. Masa aku naik takde orang yg nak menangkap gambar kitaorang.) Best.. Lain kali plak aku cuba. Hikss...

Bila turun dengan tetiba, badan rasa terangkat ke atas. Mujur la pakai penahan badan. Kalau tak, mo aku terbang ke mana2 tah. 1st time turun, terasa kecut tapak kaki. Then, de 2,3 kali gak nak stabilkan momentum sebelum mendarat ke bumi semula. Aku dah tak sabar nak jejakkan kaki aku ke bumi. Uhhh... Gayat juga aku ni. MaiH ajak naik lagik. Aku menolak dgn penuh kesopanan. Cukupla aku naik sekali. Lain kali kalau aku naik ke kota keriangan baru aku naik lagi kot. Hiksss...

Dah lepas turun dari tu, terjumpa la ngan kakak MaiH & the friends. Diaorang nak mencuba naik Solero Shock. Aku suruh diaorg je la naik. Aku dah merasa naik sekali. Cukup2 la tu. Lepas dari game tu, kami merancang plak nak naik game pe. Masa tengah dok merancang, de satu orang minah Arab ni naik Solero Shock. Baru je mende tu nak gerak, dia dah jerit sakan. Masa nak naik ke atas pun, dia dah jerit sakan. Bila turun, pe lagik. Jerit tak hengat. Pastu tetiba minah ni senyap. Cara dia dok bersandar cam dia pengsan. Yg melihat kat bawah, dah cam cuak.

Bila Solero Shock tu dah selamat mendarat, minah Arab tu gerak semula. Fuhhh.. Ingatkan dah kena heart attack tadi. Haihhh...

Kakak MaiH & kengkwn masuk kemudian dari kitaorang. Diaorang telah terserempak ngan sorang bro ni yg menawarkan tiket all theme park ngan harga RM40. Mahal RM2 je dari harga tiket kami. Uwaaa... Sangat jeles ok. Aku ngan MaiH hanya boleh main outdoor park. Sedangkan diaorang bleh main outdoor & indoor. Huhuhu... Kalau harga biasa tiket all theme park, RM51. Diaorang save RM11. Perghhh... Aku ngan MaiH sangat cemburu.

Tiket outdoor sahaja yg kami ada tu pun tak abih kami main. Hiksss.. Walaupun tak semua permainan kami main, aku tetap enjoy. Bila dah mencuba beberapa mainan, sebenarnya aku dah mula lost interest skit. Isk2... Nampak cam usia aku dah meningkat je (jangan komen pe2). Lalalala...

Ni hanyalah aktiviti di siang hari. Masa hari hujan, kami singgah minum dekat kedai berhampiran. Aku pekena hot coffee for the 2nd time ari tu sahaja. Mula2 tu aku pekena coffee masa join 5 sekawan lunch. Aku tak rasa nak makan. Aku rasa nak makan kemudian ngan MaiH (ish2... baik tol aku ni). Hari tu je 3 penangan coffee. Akibat terlebih kafein dalam darah, aku mengalami kesukaran tuk tidur. Uhh...

Piza pada nama. Hanya rupa je seperti piza. Cara potongan de gak cam piza. Rasa, jauh sekali dari rasa piza. Isk2... Tapi cukup la tuk melapikkan perut. Yang ni harganya sahaja dekat RM10. Kak Peej yg bayar. Thanx..

Sambung ke entry seterusnya. Dah penat menaip (harap sumber tak terbantut).

Permainan yg paling busan kami naiki. Ahakss.. Slow giler la masa naik ni. Sesuai tuk mereka yg tak suka cabaran.

Satu2nya lelaki yg ada dalam kumpulan percutian kami. Baju kami basah sebab naik buaian. Masa baru pusingan pertama, hujan plak turun ngan lebatnya. Tapi enjoy seh naik mende tu dalam hujan. Basah. Sejuk tak hengat la. Dah turun dari buaian tu, hujan masih lebat. Mujur de tempat bertuduh, pastu abang yg jaga tempat tu gi amek payung besar & kitaorang ramai2 muat dalam payung tu seberang ke bangunan sebelah. Bleh teruskan ke tempat seterusnya.

Cuba menggembirakan hati sendiri. Hahaha... Aksi yg tah pe2. Tapi best. Banyak gak aksi aku yg lain dari aksi kaku seperti kayu. Kire aku ni dah pandai posing gitu. Hiksss...

Lagi aksi dari kami. Aku paksa MaiH suruh buat aksi ni yg konon cute. Cute kah kami ini??

Apa yang aku & MaiH cuba lakukan??? Aku pun tak pasti. Apa ek??? Aku nak tolong MaiH berdirikah??? Ntah le. Hahaha.. Ni pasti aksi candid kami. Lalala... Syiok juga kalau de orang amek aksi candid ni.


Belakang kami tu permainan yg kami tak nak naik. Tak adventure la. Hiksss...

Ngan tayar pun kami nak pose gak. Harus.. MaiH kata nak bandingkan yg dia kecil dari tayar itu bas. Of course la my dear u lagik kecik dari tayar bas itu. I plak wat aksi konon cunz. Ahaksss...




***Banyak lagi gambar nak letak kat sini. Tapi takot korang muntah plak tgk gambar yg banyak itu. Hahaha... Saper yg sudi ajari aku bagaiman nak guna photoshop supaya aku bleh nak edit gambar. Teringin nak buat. Buh banyak2 gambar sekali. Hmmm...

No comments:

Google