Wednesday, September 24, 2008

menepati janji

Masa iftar bersama rakan2 hari Ahad yg lepas, aku ada menerima sekeping kad dari bestie aku. Disuruhnya aku baca kat itu pada malam raya. Selagi belum malam raya tak leh buka lagik. Haihhh.. Ikotkan, kalau aku buka & baca bukannya dia tau pun. Tapi sebab aku dah berjanji ngan dia, maka akan aku sabarkan diri aku dari membuka & membacanya.

Kebetulan la jugak aku sedikit asyik menonton. Maka aku terlupa sedikit pasal hal kad itu sehinggalah pagi tadi semasa aku kemas tempat tidur aku baru terperasan semula kad itu. Balik nanti akan aku masukkan kad itu ke dalam beg pakaian yg aku nak bawa balik kg sepuya aku tak kelupaan nak bawa pulang kad itu bersama2. Hikss..

Apa la yg kamu rahsiakan itu?? Nak sampaikan berita gembira takkan nak kena bertangguh sampai ke malam raya. Dah le kat kampung ko tu line tak baper clear. Nanti nak tepon or gayut masa malam raya susah. Hikss..

Dah lama aku tak buat sebenarnya perangai macam itu. Bergayut ngan orang pada malam raya. Selalunya malam raya aku akan sibuk membuat kuih raya last minute. Tahun lepas aku dah hampir2 tak nak buat sebab kuih itu mengingatkan aku pada seseorang. Tapi tahun ni alhamdulillah. Aku dah pulih dari ingatan sasau itu. Hiksss...

Pe2 pun akan akau pegang janji ngan bestie ku supaya hanya membuka kad yg diberi pada malam raya nanti. Ehehhee.. Sweet je. Thanx bestie... Nak tau pe yg dia tulis kat kad tu??? Tunggu sehingga aku dah baca nanti. Lalalala..

No comments:

Google