Wednesday, September 3, 2008

sok petang hari nya

Kitaorang sampai kat KL Sentral sekitar jam 3.45petang. Orang ramai siot time tu. Alamklumla, cuti hujung minggu tu kan lama. Students ramai mengambil peluang tu tuk balik kampung. Bukan takat student je, orang yg bekerja pun sama. Aku sampai kat umah macik aku dah kol 5.05 petang (lebih kurang la).

Opah aku tak siap lagi. Opah akan ikot aku balik bersama2 MaiH. Siap la kami bertiga. Mula2 aku ingat malas dah nak bersiram. Tapi mengenangkan aku kena drive pulang. Aku ambil keputusan tuk bersiram. Bagi segar skit.

Kol 6.15 petang, gerak dari umah macik aku kat Pandan Jaya. Sebelum ni aku tak pernah drive pulang masuk highway ke utara dari umah macik aku. Selalu dari umah pacik aku kat Shah Alam. Mudah je. Guna Guthrie highway.

Aku pun meneruskan perjalanan. Harus membaca jalan lagi. Alhamdulillah, aku dapat keluar dari KL sebelum hari gelap. Kalau tak lagi haru la nak mencari jalan. Jalan agak banyak kereta. Kadang2 berhenti terus. De masa hanya slow down & gerak berbekalkan gear 1. Hmm...

Mujur juga hari aku drive pulang tu cuaca cerah (tapi bila malam tu kelam la ye). Tidak hujan. Kami singgah solah kat R&R Tapah. Lepas tu isi perut. Aku ngan MaiH yg hanya mengisi perut pagi sahaja memilih tuk makan nasi ayam. Sedap gak. Dah le banyak.

Owh... Terlupa plak aku. Aku ngan MaiH de melapik perut dengan memakan sundae McD. Yummyy!!!

Dah lepas sungai Perak baru la de hujan rintik2. Mengotorkan cermin. Mencabar juga nak bawa. Kena bersihkan ngan air sabur. Almaklumla, percikan dari jalan tar kena ke cermin, pasti susah nak hilang kalau hanya wipe guna wiper.

Aku tak tgk jam plak masa hantar MaiH kat depan umah dia. Yg aku pasti, masa sedang berehat kat umah, jam menunjukkan hampir 12 tengah malam. Alhamdulillah, kami semua selamat pulang. Penat. Tapi aku tahan gak mata. Tewas. Tertidur kol 2 lebih. Tersedar kol 3, aku masuk bilik.

ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

No comments:

Google