Thursday, September 18, 2008

hasil outing

Ni la antara gambar yg sempat di potretkan semasa outing aku semalam.

Lihat betapa ramai manusia kat centre court Sogo. Fuhhh.. Tak sanggup aku nak meramaikan lagik. Aku naik tingkat atas je la.

Dalam plastik bag ni ada beberapa barang yg telah aku perolehi. Alahamdulillah. Seperti yg telah aku rencanakan dari awal. Masih dalam bajet.

Ala, belanja kecil-kecilan je. Dapat la beli beberapa barang. Salah satu daripadanya adalah hutang aku ngan adek aku. Dah langsaikan. Aku plan nak belikan kat dia t-shirt Levi's. Berita baik & malang tuk aku. Berita malang tuk adek aku.

Berita malang tuk adek aku adalah dia terlepas tuk memiliki barang jenama Levi's. Berita baik tuk aku adalah selamat la wang aku sebab barangan Levi's ni bukannya murah. Aku pun tak pasti kenapa aku nak belikan dia t-shirt Levi's. Pe istimewanya Levi's??? Aku tak pasti.

Berita malang tuk aku adalah aku kena mencari semula apa yg aku nak bagi kat adek aku. Haihhh.. Masa tu plak kepala aku dah makin sakit. Tapi aku harus teruskan pencarian. Kalau makin ditangguh, payah plak nak ketemu. Baik aku setelkan segera.

Akhirnya, berjumpa la juga. Kaler yg menjadi pilihan sudah semestinya warna merah. Hahaha... Lagipun aku suka tengok guy pakai t-shirt kaler merah. Cam cool je. Macho pun de la skit2 walaupun pemakainya kering & slim sahaja. Hikss...

Muka sedikit fresh di waktu pagi sebelum memulakan aktiviti.

Muka sedikit kepenatan selepas berjalan & kena plak menunggu komuter dalam sejam. Huhhh..

No comments:

Google