Tuesday, September 16, 2008

heran bin ajaib

Pagi ni memang terkocoh2 skit la. Banyak keja. Nak kena siapkan tender submission yg due hari ni. Sampai je opis terus mula operasi. Kol 10.45pagi dah siap semua. Ngan balut & ikat tali sekali. Masa nak keluar dari opis tu baru terperasan akan lukisan A1. Terus amek & kuar.

Semasa proses nak siapkan tu, macam2 ragam & hal berlaku. Colleague aku yg cuti semalam dah dtg keje. Boleh r mintak dia tolong skit2. Aku mintak r dia tolong fotostat. Itu pun makan masa yg lama. Yg aku heran, naper bila dia fotostat je mesti de kertas sangkut kat roller. Pe la dia buat ngan roller tu aku pun tak tau. Haihh...

Bila kertas sangkut kat roller, jadi lambat la keja2 semua. Huhhh...

Aku buat semalam ok je. Bleh fotostat thru roller tu masuk sampai lebih dari 30 kertas. Tapi sebab memori tak cukup, kena sambung. Tapi tu la, takde plak kertas sangkut kat roller. Tangan pelingkup agaknya. Hiksss...

Pastu, satu lagik tragedi. Lepas hantar tender tu aku bleh teringat yg soft copy tak bagi. Huh.. Terus roger opis. De sorang lagi pacik aku ni (yg pinjam keta aku selalu tu) kat opis. Mintak dia tolong hantar. Pacik aku ni bawa keta cam racer. Sempat la sampai sebelum kol 12. Tender bleh hantar sebelum kol 12 sahaja.

Aku gi hantar tender ni ngan pacik aku merangkap de big boss la. Dia dah bising kat aku bila aku teringat yg aku lupa masukkan soft copy. Kalau nak patah balik gi opis memang makan masa la, 20-30 minit. Mujur pacik aku yg sorang lagik ni de kat opis.

Lepas dia pas cd soft copy tu kat aku, aku masuk je keta, big boss ni tanya. Pacik aku tak bising ke kat aku sebab lalai sangat sampai tertinggal cd. Pastu aku jawab la balik, "Manala nak marah. Kan seminggu pinjam keta aku."

Hiksss.. Diam terus pacik aku. Abah aku plak kalau bab TERlupa ni memang sangat memahami. Dia takkan marah/bebel tak tentu pasal. Memang dah de dalam sifat manusia tu, lupa. Lagipun TERlupa. Bukan sengaja nak lupa. Kalau sengaja, memang nak kena sekeh le kepala.

Begitu la kisah aku. Alhamdulillah, sempat gak aku pass soft copy tu sebelum kol 12. Mudah-mudahan tiada aral yg melintang. Hmm...

No comments:

Google