Wednesday, July 30, 2008

tunggu teduh dulu

Sebelum membuat keputusan tuk membeli juadah tengahari aku, aku telah menyinggah ke kedai buku. Ada sebuah novel melayu ni telah menarik minat aku. Hampir sahaja aku terbeli. Tapi aku menahan diri kerana sekarang ni kat kompleks de pesta buku. Jadi aku nak mencarinya di sana sahaja. InsyaAllah, hujung minggu ni aku akan ke sana. Tajuk novel tu ; Tunggu Teduh Dulu. Karya Faisal Tehrani.

Kalau aku tak salah, karya Faisal Tehrani ni ada dipelajari dalam Komsas. Komponen Sastera. Masa sekolah. Kalau aku salah, tolong betulkan. Muda lagi penulis ini. Aku telah membaca beberapa komen pembaca yg dah khatam novel ini. Ada yg menyamakan novel ini dengan novel Ayat Ayat Cinta. Ada yg mengatakan novel Tunggu Teduh Dulu lebih umphh isi nya. Walallahualam...

Aku akan pastikan aku dapatkan novel Tunggu Teduh Dulu, insyaAllah. Dah de beberapa orang blogger menceritakan perihal karya Faizal Tehrani ni. Membaca sinopsis novel itu tadi telah membuat aku teruja tuk mendalami perjalanan cerita itu dari mula hingga ke akhirnya. Mengisahkan kehebatan seorang wanita bernama Salsabila Fahim.

Terbitan pertama novel ini hanya boleh didapati secara online. Bagi mereka yg di luar sana seperti aku yg meragui urusniaga online, sekarang tak perlu gusar lagi sebab novel ini boleh didapati di gedung2 buku. Bagi yg kurang rajin untuk keluar membelinya, anda masih boleh memiliki novel ini. Sila rujuk di sini.

No comments:

Google