Wednesday, July 16, 2008

hari tanpa belanja

Tahukah kawan2 yg hari ni merupakan hari tidak berbelanja yg telah disarankan oleh FOMCA (Gabungan Persatuan Pengguna2 Malaysia). Boleh baca artikelnya di sini.

Apa baiknya dengan menyarankan pengguna tidak berbelanja untuk 1 hari dalam sebulan???

Banyak kebaikan yg akan diperoleh. Ini hanya pendapat aku sahaja. Lain orang pendapatnya. Bukan suruh korang memboikot dari terus berbelanja, tp hanya untuk 1 hari kawal nafsu dr berbelanja. Dari sini anda semua dapat berfikir & mengasingkan antara keperluan & kemahuan.

Aku akui yg seringkali aku kalah dengan kemahuan. Selalu sahaja aku berbelanja di luar dari pola keperluan aku. Ahakss.. Aku pun tak pasti aku berjaya atau tidak dengan saranan yg telah diberikan ini kerana aku sudah hampir terlupa mengenainya. Pagi ni baru aku sedar kembali. Itu pun selepas mendengar topik pagi di hot fm. Ramai pendengar yg menyokong saranan ini.




***Aku suka tgk debat semalam. Kalau wat camtu selalu pun bagus gak. Dpt membuka mata & minda kita semua. Jangan hanya sebelah pihak sahaja yg diberi exposure berlebihan sedangkan hak satu pihak lagi di anak tirikan.

No comments:

Google