Wednesday, July 9, 2008

pendidik

Aku tak tau la aku dah diberi green lite tuk merevealkan pemergian seorang sahabat aku ini ke sebrang laut ke tidak. Di sini aku tak khabarkan lagik siapa gerangannya.

Aku nak mengucapkan taniah kerana penantian yg lama akhirnya membuahkan hasil. Congratulation beb. Nanti ko dah dpt gaji roger la aku di semenanjung ini. Akan aku aturkan satu percutian ke sana. Ehehehe...

Ke mana?? Pasti korang tertanya-tanya. Tempat yg akan sahabat aku pergi ini terletak di seberang laut. Maseh dlm Malaysia. Bezanya bukan di tanah semenanjung ni la. Klu nye adalah tempat datangnya Suspek aku. Muahahaha...

Mn lagik kalau bukan Sabah Negeri Di bawah Bayu. Hahahaha...

Majulah sukan tuk negara.

Takde kene mengena pun. Saja nak buat ucapan seperti di atas.

Taniah lagi skali my dear fren.

Mungkinkah kita akan berkesempatan tuk ketemu sebelom kamu terbang ke seberang laut??? Owh.. Itu aku & kamu tak dpt berjanji, bukan?? Hmm... Wish u all d best. Jadilah seorang pengajar yg berdedikasi & aku yakin pun ko bleh menjadi pendidik yg sukses. Aminnn...

Naper aku begitu yakin ngan statement aku itu?? Sbbnya kamu begitu bersungguh2 untuk mendidik anak2 bangsa skang. Ececehhh.. Bahasa ku. Tp mmg benar pun. Sahabat ku yg sorang ini begitu bersemangat ngan bidang pendidikan. Ikhlasnya dia tuk mendidik. Bukan sumer pendidik menpunya keazaman yg sebegitu.

Suatu masa dahulu ketika aku berada di sekolah menengah, ada sorang cikgu ni begiru berdedikasi ngan kerjayanya. Kenapa??? Kerana dia sangat menepati masa ketika tiba masa dia tuk mengajar. Selain itu, dia akan make sure yg students dia paham pelajaran yg telah dia ajarkan sebelom itu. Lagik...

Biler students kerut muka skit je tanda tak paham, dia dah mula risau. Cikgu ini bukanlah cikgu muda. Tp cikgu yg telah berusia. Telah lama dia dalam bidang pendidikan. Cintanya dalam pendidikan sentisa membara. Owhhh.. Kagum aku ngan cikgu aku yg sorang ni. Nama nya Puan Chuah.

Saper yg satu kelas ngan aku dulu mesti tau. Dah le dia caring ngan student. Puan Chuah ni ajar Math Moden masa aku form 4. Bukan aku nak kata cikgu-cikgu lain yg mengajar aku tak berdedikasi cam Puan Chuah. Cumer Puan Chuah ni lain skit. Cara pendekatan dia ngan student.

Well, lain org lain la caranya, ye dak?? Terpulang kepada individu untuk menilainya. Hmm...

Masa aku pernah menjadi pendidik sementara tuk 3 bulan, aku dapat melihat ragam guru. Selalunya mereka yg memilih profesion ini adalah mereka yg mencintai bidang ni. Barulah kesungguhan itu menyerlah. Btol tak???

Macam kerja yg korang wat skang?? Mesti korang mencintainya. Baru korang bleh bersatu ngan kerja itu. Rite???

Kalau aku salah, maafkanlah aku.

Parents aku pernah jugak menyuruh aku menjadi pendidik. Jiwa aku bukan ke arah itu. Camne aku nak wat?? Aku terpaksa menolak. Aku tak nak kerja kerana terpaksa. Aku nak mencintai kerja aku sepenuh hati aku. Lama kelamaan baru la parents aku paham. Alahmdulillah..

Ucapan wat sahabat aku telah berlarutan sehingga ke kisah aku plak. Ehehe... Maafla yerk. Lagipun entry ini adalah entry bebas. Bukan entri ku tujukan khas buat sahabat akau sahaja. Sori ma fwen..

Nanti aku wat satu entri didekasi khas tuk kamu. Wish u all the best!!!

No comments:

Google