Tuesday, July 22, 2008

kisahku bukan kisah kaisara

It's been 2 years already. Sekejap betol masa berlalu. Kalau ikotkan pun, sekejap je dah nak masuk bulan Ogos. Pe aku nak merepek pepagi ni??? Blur la.. Dlm kepala otak aku hanya ada plan tuk lunch hari ni je. Ehehehe... Hari ni de restoran baru nak buka dekat opis aku ni. De la jamuan pembukaan restoran ni. Kalau dilihat dari luar, agak esklusif kelihatannya. Makanannya tak tau la esklusif ke tak sbb tak pernah rasa lagi. Kalau ikotkan, tuk lunch aku lagi prefer tuk makan kat gerai je. Selain kos yg rendah, selalunya makanan kat gerai lagi sedap + enak + murah. Dolu2 aku lagi prefer tak amek lunch sbb aku konfiden 110% yg aku akan dinner.

Nak selitkan kat sini suatu citer pasal pembantu pacik aku. Pacik aku ni agak baik hati juga la sebab dia bagi pembantu dia kuar berfoya2 sekali sebulan. Tapi kekadang tu lebih dari sekali pembantu dia kuar. Disebabkan dah pandai kuar, pandai la jugak bermain cinta. Akhirnya ketemu la dia dengan seorang boyfren. Semalam diaorang gaduh. Yg si boyfren ni bleh plak gi amek handphone pembantu pacik aku. Dah takde handphone. Handphone tu pembantu pacik aku beli ngan duit gaji dia la. Ni semua pasal kes jeles la. Boyfren dia check hp pembantu pacik aku, mendapati banyak no tak dikenali. Hmm... Cemburunya kes la ni.

Selama pengalaman aku yg berapa kerat tu, tak pernah plak aku cemburu buta sampai macam ni sbb aku percaya akan dia. Tp kepercayaan aku sia2 belaka. Kepercayaan yg aku beri telah disalahgunakan. Takpela, aku terima ia sebagai pengajaran. Owh.. Aku dolu2 pernah gak wat perangai check hp ni. Kalau no tak dikenali, aku tanya la jugak. Tp takde plak nak cemburu buta. Tp kalau tak cemburu langsung tu pun cam ada masalah la jugak. Tol tak???

No comments:

Google