Thursday, July 17, 2008

sahabat baik/karib

Berapa ramai dikalangan anda yg berpasangan dan dalam masa yang sama mempunyai sahabat baik sejenis?? Aku nak menumpukan hal ni lebih kepada rakan sejenis ku. Orang pompuan. Ni cuma pendapat, pandangan dan juga penceritaan aku. Akibat terasa kekosongan yg terlampau, aku pun meluangkan sedikit masa tuk berbual ngan rakan aku. Rakan sepejabat (proud to say that I have a colleague already). Dia ni tak lama lagi nak kahwin. Dalam bulan November kalau aku tak salah. Sekarang ni dia & tunang dah mula sibuk membeli barang hantaran. Seronok borak dengan dia. Pasalnya, bila aku diam atau tak punya topik, dia pandai nak mulakan. Dah hampir 3 minggu dia kat sini. Aku senang dengan dia.

Apa kaitan cerita rakan sepejabat aku dengan topik yg cuba aku bangkitkan ini??

Macam ni. Dari penceritaan dia tadi, ada dia katakan yg dia tak punya ramai kawan pompuan. Dan rasanya dia juga tak punya kawan baik. Hmm... Bukan aku nak gelakkan dia ye. Jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia kerana tak punya kawan baik sejenis.

Dia kata, kebanyakan masa dia habiskan bersama tunangnya. Nak berfoya2 pun selalu ngan tunang dia. Pendek kata, dia lebih senang keluar shopping ngan tunang dia. Melepak ngan tunang dia. Baguslah camtuh. Dia dah jumpa seorang yang boleh menjadi sahabat, kekasih & juga bakal suami.

Apa lagi yg aku nak bangkitkan???

Aku cuma nak pendapat korang je. Betol ke penyataan aku yg sesiapa yg dah mula berpacaran sejak dari zaman remaja mahupun yg selalu sahaja berpacaran, tak pernah sepi sendirian, orang itu tak punya sahabat karib. Ini aku rasa lebih kepada perempuan rasanya. Lelaki ni, payah nak jumpa yg diaorg ada sorang atau beberapa sahabat baik. Lelaki selalunya mempunyai satu gerombolan rakan baik. Ehehehe...

Aku punya sahabat baik. Sahabat karib aku. Yg mana dengan dia la aku dapat berkongsi masalah. Sampaikan ada rakan kepada sahabat karib aku ini berasa cemburu sebab sahabat aku mempunyai sahabat karib iaitu aku. Ehehehe...

Terima kasih sahabat..

Terima kasih juga kepada sahabat2 ku semuanya kerana korang la penceria kehidupan aku. Ehehehehe...

Sahabat aku yg dah slim, semoga berjaya mengekalkan ke'slim'an anda. Slim sampai I balik jumpa u tau. Ehehe...

Sahabat aku yg berada di kejauhan, ingat2 la aku kat semenanjung ni.

Kekadang kita takkan sangka yg sahabat yg suatu masa dulu hanya dikenali pada nama sahaja, sekarang boleh menjadi sahabat baik kita. It's a wonderful gift to have friendS like u guys.. Thanks...


***Sahabat baik = sahabat karib. Kekadang aku tersalah taip. Mungkin juga struktur ayat yg aku guna tak sedap menggunakan salah satu dari perkataan tersebut. Ehehehe...

No comments:

Google