Thursday, July 10, 2008

hari mi sedunia

Hari Sabtu yg lepas bersamaan 050708 adalah hari mi seharian tuk aku. Hahaha.. Patutnya entry tuk ni aku wat beberapa hari yg lepas. Secepat yg mgkin iaitu hari Isnin memandangkan hanya di opis je aku bleh online. Beberapa kekangan telah wujud ketika aku hendak transfer gambar. Terlupa bawa data traveler la. Sibuk wat keje la. Hari ni or should I say ptg ni aku punya waktu senggang yg banyak. Aku berseorang di opis. Kembali berseorang tuk separuh hari ni. Hari tu kan aku dah citer de dak baru masuk. Dak tu amek half day hari ni. Nak gi wat ujian tuk HIV. Org nak kawen. Macam tu la. Mcm2 prosuder yg kene lalui. Salah satunya ujian HIV. Takpe2.. Bukan itu aku nak kongsikan di sini. Aku nak mengongsikan beberapa gambar sekitar sesi outing Sabtu yg lepas..

Megi goreng = RM2.50
Aku tak tipu la price nya. Rasa mmg yummy. Sedap. Pedas.


Mula2 aku kata tak cukup la makan sepinggan je. Nampak skit. Pastu ngan hari tu aku tak breakfast. Mmg dengan rasa ketamakan aku mengatakan yg aku tak cukup ngan megi goreng byk tuh. Isk2.. Buruk lantak tol. Aku makan mendahului Dj. Die mkn lambat. Ngan bercakap lagik. Tp takpe. Die makan lambat. Aku bleh pow abc die. Aku minum air tembikai.

Air tembikai = RM1.00
Dahaga. Aku minum dengan sangat cepat. Lepas tu baru teringat nak amek gambar.


Tgk la tuh. Mulut sibuk nak cakap. Nak suap masuk mulut pun lambat. Masa ni makanan aku dah tinggal separuh rasanya. Dj ngan abc lagi die nak kene abehkan. Last2 aku gak yg kene tolong kurangkan abc die. Hahahaha....


Mi kari = RM3.20
Ni pun sedap gak. Tp takleh lawan mi kari yg ktorg makan kat PKNS Bangi. Kat situ lagik sedap. Rindunya nak gi Bangi. Leh Enjoy makan puas2. Ngan nasi briani gam ayam kampung. Perghh...
(Padahal hari ni aku pose. Dok cite pasal makanan je.)


Lepas makan megi goreng tuk lunch, ktorg meneruskan perjalana ke SACC. Tujuan utama nak carikan barang yg adek aku pesan. Itu je. Dah sampai sana, melarat plak. Belanja di luar list barang yg nak dibeli. Dj pun sama. Aku tak dgr pun die plan nak beli pe2 masa ktorang tengah bersantap. Ini la akibatkan kalau tak plan. Kalau plan beria, cukup susah nak jumpa barang yg berkenan di hati. Mcm tu jugak la ngan pilihan hati. Kalau terlampau mencari sgt, mmg susah nak dijumpai. Kalau tak merancang, agak tak susah la. Aku agak je. From my point of view.

Punye lama la ktorg berjalan a.k.a shoping. Aku abeh RM150. Tu ngan tak plan pe2. Kalau plan, sng nak kawal nafsu. Tp yg susahnya adalah nak mencari sesuatu yg berkenan di hati. Lagipun pe guna keje penat2. Bile dah dpt gaji, masa ni la nak manjakan diri. Beli pe yg berkenan di hati. Bak kata Acu aku - "Duit banyak2 pun bukan bleh bawa masuk kubur".

Ngan statement tu, takde plak aku kata membazir tu bagus. Berpada2 la ketika berbelanja. Kalau mampu, tak salah nak memilikinya. Berbelanja ikot kemampuan dan juga keperluan. Kalau dah tak nak guna / pakai, sedekahkan kepada mereka yg memerlukan. Jgn plak sedekah brg yg dah tak leh guna. Kalau tak leh guna langsung, buang je la. Simpan lagik wat pe.

Haih... Ni la akibatnya biler aku dpt peluang tuk mengarang. Tak berhenti plak tu. Ni gmbr terakhir tuk entry ni.

Menu petang kami.
Aku punye - mi kari + teh o panas.
Dj - ais krim mende tah nmnya. Tak ingat. Dlm gmbr cam besor. Biler tiba depan mata, secoet je rupa2nya. Gambar tu hanya tuk mengaburi mata customer cam Dj. Ehehehe...





***Dj, lain kali kita gi lunch plak kat situ ek?? Terliur la tgk org lain lunch nasi ngan lauk yg nmpk best2 tuh. Ayam panggang. Ikan keli goreng sambal. Uhhh.. Makan adalah satu daripada nikmat kehidupan. Agree with me??

No comments:

Google