Wednesday, July 30, 2008

pusing2

Tengahari tadi aku kuar gi menyelesaikan beberapa perkara di bank. Alang2 mencelup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bukannya aku mencelup perkasam. Tu cuma perumpamaan sahaja. Aku saja nak buat ayat melankolika skit. Ehehehe..

Alang2 aku dah merantau jauh hingga ke pekan sana nun, mula aku pasang angan2 tuk menjamah santapan tengahari yg istimewa sedikit. Hmm.. Dah lama aku tak makan fast food. Oleh sebab itu aku membuat keputusan tuk lunch fast food. Aku punya 2 pilihan. Keliru nak pilih yg mana satu. Aku minta pendapat Dj. Dah dia bagi pendapat, aku amik masa sedikit untuk menerima saranan dia.

Aku berlegar-legar di dalam Giant. Aku berjalan dari kutub utara ke kutub selatan. Manakan tidak. Antara dua fast food yg aku nak beli tu, satu dok kat kutub utara. Satu lagi kat kutub selatan. Aku gi buat lawatan. Sebenarnya aku nak mencoba meal yg baru. Tapi dah lama pun ada dalam pasaran. Cuma aku sahaja yg belum punya waktu untuk gi mencuba. Ni pun aku curi sedikit masa rehat. Ehehehe...

Alhamdulillah. Sampai juga hajat aku nak merasa menu baru. Sebenarnya menu lama. Tapi selalu juga tenggelam timbul. Aku punya kenangan bersama menu yg tenggelam timbul ini. Ehehe... Kenangan manis adalah penawar duka untuk dikenang. Ahaksss..

Alahai.. Huduhnye rupa tgh makan. Kerut teruk sangat.



***Apa mende pusing yg aku makan???



Satu lagik klu. Inti di dalamnya, begini lah rupanya.


(*.*)


Dah dapat teka???

Tidak??



Tada... Ni la juadah aku.


T.W.I.S.T.E.R kfc

No comments:

Google