Thursday, July 24, 2008

panas

Hohoho... Hari ini sy gi bank lagik. Gitu la tugas sy. Tapi bukan masukkan duit sy pun. Duit org lain. Haihhh... Bila plak nak masuk duit sy ini ye?? Hmmm...

Keadaan di luar amat panas. Dah le ngan dalam keta tak pasang aircond. Buka tingkap. Sebabnya nak jimat petrol. Ha, gelak la korang puas2. Nak kata aku kedekut pun aku tak kisah. Meh sini aku stori dulu pasal kekedekutan ku ini.

Korang tau tak tips nak menjimat petrol. Salah satunya adalah semasa kita isi petrol. Dengan suhu yg panas seperti skang ni, jumlah pertol yg di isi akan berkurang dari segi kuantitinya. Betol. Sebab terdapat haba yg terbebas. Selain itu, keadaan tanah yg panas juga boleh menyebabkan petrol yg kita tuang ke dlm kenderaan kita berkurangan.

Mmg korang pandang mende ni sekecil zarah bagi yg punya pendapatan yg lumayan. Aku amek kira mende2 tu sumer walau hanya kecil. Hmm.. Selain itu cara pemanduan pun dapat membuatkan kita menjimat petrol. Jangan memandu keta macam bawa F1. Mcm tadi la. Ada satu Myvi Putih ni. Menyelit aja keje nya. Dah le dekat area sekolah. Budak2 baru kuar. Ntah apa yg dikejarnya. Aku assume pemandu tu nak beranak kot sbb aku nampak si pemandu itu adalah wanita.

Pe yg aku panaskan sangat?? Haba la. Takleh pasang aircond. Keadaan luar yg tak berangin langsung. Uhh.. Dah masuk dok dalam aircond kat opis ni pun maseh belom berkurang kepanasan. Ni baru panas dunia dah mengeluh sakan. Panas akhirat tak tau lagik. Huhuhu...

Kelupaan aku tuk menerangkan mengapa aku tak pasang aircond sebab kebiasaannya aku takde la sekedekut ini. Ini adalah kerana keta sy tgh kekurangan minyak. Pagi tadi tak sempat nak topup minyak. Pastu meter minyak dah start blinking. Tu pasal la aku tak on aircond. Nak kene tunggu pagi sok baru nak isi. Kenapa isi minyak pada waktu pagi??? Time tuh, keadaan tanah maseh blom panas. Sisihan relatif jumlah minyak tertuang ke dalam tangki keta tak ketara sangat. Tu la sebabnya aku prefer isi minyak keta waktu pagi. (Skali sy terimbau kembali kenangan keta mati depan Jalan Hang Tuah. Btol2 lepas dari traffic lite. Hmm..)

Aku agak petang kang nak ujan kot. Dari segi teori aku la. Uhh.. Takpe2 ujan. Menyejukkan bf aku. Semalam ujan mase aku kuar. Langgar plak lopak tanah merah. Balik tu hajat nak cuci kesan tanah merah je. Abeh satu body bf ku dilapkan oleh aku. Bersinar la rupanya hari ni. Lagi satu yg aku semangat sangat mengelap sebab nanti tuan empunya keta nak dtg. Kena la tunjuk aku ni extra rajin menjaga kebersihan bf aku itu. Ehehehe...


~~~Sayalah ratu alasan. Hikhikhik...~~~

No comments:

Google