Wednesday, July 9, 2008

emo

Tak dinafikan dalam hal melibatkan persahabatan kekadang kita boleh menjadi sedikit terkilan or emo bila kita dipinggirkan. Sebentar tadi seorang sahabat lama aku sms bertanyakan pasal kenduri Wanee. Kenapa dia tak mendapat jemputan. Aku cuba mendapatkan pandangan dari 2 org sahabat aku. Malangnya aku tak dpt menghubungi mereka. Opss.. Bukan 2. Malah 4. 3 daripadanya adalah sahabat2 ku yg sama bersekolah ngan sahabat yg menanyakan aku mengenai kenduri Wanee. 1 lagik adalah sahabat yg mengenali sahabat2 aku yg lain. Kekadang hanya pada nama. Terima kasih sahabat. Adush.. Aku yg kebinggungan sendirian untuk membantu diri aku sendiri membina ayat agar sahabat yg bertanya ini tidak termakan hati ngan kata2 aku yg kadang2 ni terkasar sedikit. Tp aku bukanlah seperti Ina Jr. yg perfectionist dlm menghantar sms. Ina Jr., selepas siap menaip sms dia akan ulang baca sampai dia rasa puas hati sebelum send sms itu. Itu adalah Ina Jr. Aku bukan begitu. Aku bukan Bree jugak. Zamira suka kata aku cam Bree. Ntah apa karektor Bree aku pun tak tau. Hmm... Kembali kepada cerita sahabat aku yg bertanyakan aku pasal kenduri Wanee. Aku pun tak tau mengapa aku yg dituju oleh sahabat aku itu. Mungkin sebab aku ni seakan kepala dalam merencanakan sebarang aktiviti. Ini hanya telahan aku. Aku tak tahu. Aku tak tahu mengapa sahabat aku itu tidak dijemput. Isk2... Itulah gunanya untuk kita sentiasa berhubung dengan rakan2 yg lain sekerap mungkin. Seminggu sekali ke. Kalau tak pun sebulan skali. Ini tak. Jangan harapkan orang lain yg mulakan. Dalam persahabatan kita tak perlu malu atau berkira tuk mulakan langkah pertama dahulu. Tambah pula dengan sahabat yg telah lama kita kenali. Sejak dari bangku sekolah. Aku akui, aku adalah seorang pencinta hubungan persahabatan walaupun ada juga langkah aku sumbang disebabkan keegoan aku sehingga hampir memusnahkan hubungan persahabatan yg telah lama terbina. Mujur aku cepat sedar dan 10 jari ku susun mohon ampun & maag. Nak mohon kemaafan tak perlu tunggu hari raya sahaja. Bila kita sedari yg kita telah lakukan kesalahan, mohon la kemaafan. Itu cara paling mudah tuk memenangi hati seorang rakan tp tak ramai yg sedarinya. Aku jugak tak menyedari kelebihan itu dahulu. Sekarang aku dah memahami magisnya sebuah kemaafan. Hmm... Ampunkan salah & silap aku wahai sahabat2 ku sekalian. Mungkin entri kali ni terlampau sarat dengan keluhan & bebelan aku yg meleret. Aku harus juga mebuat luahan ini. Aku buntu. Aku binggung. Tambahan bila sahabat aku itu menyatakan satu ayat yg amat merutun hati kecil ini - "...ibarat putus sahabat...". Tidakkah kalian terasa jika kalian menerima sms yg mengandungi ayat sedemikian?? Mungkin hanya aku seorang perasa. Tp tidak. Aku perasa bersebab. Aku tak tahu kenapa aku diserang sms sedemikian rupa. Mengungkit suatu peristiwa lama di mana sahabat aku mengatakan dia tidak diajak untuk bersama2 beraya dengan kami. Bukan itu yg terjadi sebenarnya. Kami ada mangajak, cuma sang sahabat yak dapat ikot serta. Semasa aku & kengkawan lain merencanakan untuk beraya ke rumah rakan2 yg lain adalah dalam last minute decision. Cuma kebetulan pula sahabat aku ini tidak dapat bersama2 kami pergi beraya kerana dia & famili dalam perjalanan pulang ke kampung. Bukan dia sahaja yg diajak secara tiba2. Seorang lagi sahabat kami turut diajak secara tiba2 & dia tak dapat turut serta kerana kebetulan dia berada di kampung juga. Itu saja yg terjadi. Kami tak berniat pun untuk ketepikan sahabat aku ini. Salahkah kami?? Aku pun bukan selalu/hari2 berhubung ngan sahabat2 aku yg lain. Tp sekali sekala bertanya pasal kawan2 mengenai perkembangan semasa diaorang ada la. Tak pun aku bertanya dengan sahabat2 lain yg ada berhubung dengan sahabat yg ingin aku ketahui perkembangannya. Kalau nak ikotkan tak guna nak menunding jari kepada sesiapa. Tak guna jugak nak marah2. Mende dah lepas. Dah sebulan Wanee menjadi isteri orang. Tak salah juga buat sahabat aku yg bertanya itu. Cuma ayatnya itu yg membuatkan aku sedikit tergamam. Siap ungkit perkara lepas. Astaghfirullahalazim.. Buat pengetahuan semua, aku masih lagi keliru mengapa aku yg ditanya. Bukan aku yg menyediakan senarai tetamu itu. Semua adalah urusan parents Wanee. Wanee balik Malaysia 4 minggu je. 2minggu sebelom hari pernikahan dia. Melalui Xara, aku diberitahu yg Wanee cuba untuk menghubungi sahabat lama aku ini, tp tak dapat. Mungkin fon nombor dia dah tukar kot. Ntahla.. Wanee takde plak tanya kat aku. Aku tak tau. Masa hari kenduri Wanee baru aku tersedar. Baru aku bertanya ada tak Wanee menjemput sahabat lama kami ini. Haihh.. Semua dah terlambat. Aku pun tak ingat dari awal. Bukan hak aku pun nak menentukan siapa jemputan Wanee. Hmm.. Moga segala kesusutan yg dialami oleh sahabat aku itu dapat dirungkaikan. Aku telah memberi penjelasan kepadanya & dia hanya balas, "takpela. tq." Macam tu je ulasan die dengan penjelasan yg telah aku berikan.



***Updates - sahabat2 yg tak dpt dihubungi mulanya telah dpt dihubungi. 2 daripadanya memberi respons yg sama. Mungkin die tak suka nak amek port ngan pe yg menimpa aku. Walallahualam. Thanx to Xara & MaiH. LUV YA!!!

4 comments:

mysenoir said...

saba jela.. hehe

mysenoir said...

nk tmbh lg. a lil bit of misunderstanding and perasaan cepat touchy tlah lead kpd benda ni trjadi. maybe if dia keep in touch kdg2 if not regularly bnd ni xkn jd kan. plus jgnla wat assumption sndri. tanyalah dulu. and to the right person. and after bertanya jgnlah nk tunjuk emo plak kan? kan? hehe

Anonymous said...

hahaha...

sangat betol hujah anda. mmg i agak terkejot biler diserbu dgn pertanyaan sedemikian. pasal yg citer lama about raya thing, yg tuh i can answer it. sng je. but i choose not to answer. haihh.. sabar je la menghadapi segalanya.

i more thing i forgot to mention u u guys, die sedar pun yg die teremo. i didnt say it. she did. bgs la kalau sedar.

btol2.. yg penting plz keep in touch kdg2. kalau tak dgn sumer org pun dgn sbhgn org supaya die keep up to date ngan perkembangan rakan2. tak kesah la apa yg berkembang. walaupun yg berkembang hanyalah bdn. miahahahaha...

*** tak lama lagik de org akan kurus. aja2 fighting..

xArA said...

ye ler..betul laa...kalau dah tak keep in touch sikit punya lama...tetiba once in a blue moon hantaq message nak emo..apa cer camtu...hehe...aku dah agak dah this will happen..hee..tau tau laa perangai dia kan...dari skolah lagi camtu...kalau nak buat something..she can't be left behind...hehe..sabau je laa ngan dugaan ni..elok laa dia sedar dia teremo..hehe..

Google