Friday, July 18, 2008

penguasaan

Agak pantas masa berlalu hari ni. Kan bagus kalau setiap hari pun seperti hari ni. Masa pantas berlalu membuatkan aku tak sempat berkhayal. Mengenang sesuatu yg telah lalu. Tak salah tuk mengingatinya. Aku je yg sering hanyut bila teringatkannya terutama sekali minggu ni. Ahhh.. Seperti yg ku duga, ia merupakan simptom buat aku. Dan hari terbukti sudah simptom itu. Hahaha... Pelik tapi benar. Itulah yg berlaku pada aku. Aras ukur/penanda.

Waktu yg terluang hari ni aku melakukan aktiviti blog hopping. Eheheh... Best biler terjumpa blog yg menceritakan bahan bacaannya. Aku kagum. Dari segi penggunaan bahasa pun telah aku kagumi. Telah banya buku yg dikhatamkan oleh penulis blog itu. Tak memilih genre. Dari bahan bacaan ilmiah, buku fiksyen & bukan fiksyen hinggalah ke novel romantis. Cayalah sama kamu.

Sekarang ni aktiviti pembacaan bahan bacaan Inggeris aku telah mula perlahan. Adushhh.. Ni yg aku tak suka ni. Seperti melepaskan batuk ditangga. Bulan ni aku belom mendapatkan sebarang bahan bacaan tuk aku yang dalam bahasa Inggeris. Aku bukan nak menidakkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Cuma dengan memperbanyakkan lagi bacaan Inggeris, aku boleh memperbaiki & menambahkan vocabulary aku. Dah tua2 ni, tp penguasaan aku tak baper bagus lagi.

Alhamdulillah, aku rasa penguasaan bahasa Melayu aku agak baik. Mungkin permasalahan yg ada hanya ejaan aku yg selalu je tersasar. Tidak sah andai kata dalam entri aku yg panjang lebar tidak punya sekurang2nya 1 salah ejaan. Ehehehe...

Pagi tadi, sahabat aku yg berada jauh di bandar warisan sana menghantar sms sekadar bertanya khabar sahabat di sini yg dalam beberapa entry yg lepas kelihatan agak sumbing sedikit emosinya. Thanx sahabat. Alhamdulillah, sudah beransur sihat emosiku ini..

***A small gift from me to you. Sudilah menerimanya. Bila la nak ketemu ni tuk ku sampaikan sedikit tanda ingatan ku untukmu wahai sahabatku. Hmm...

No comments:

Google