Monday, July 14, 2008

SEPI

Akhirnya, semalam terlaksana sudah impian aku tuk menonton filem SEPI. Walaupun selepas tarikh penayangan filem itu aku sudah begitu teruja nak gi menontonnya. Pendek kata menonton filem itu membuatkan aku rasa puas. Walaupun part 2 citer pasal Sufi tu aku tak baper nak layan. Bukan sebab sama nama dengan the Supir MaiH. Tp sbb tak berkenan la..

Citer pasal Adam tu aku layan. Menurut MaiH, dia tak berapa berkenan bila Adam putus ngan Suzy lepas Ilyana kembali kepadanya. Adam terima Suzy di kala dia tak punya calon/pilihan lain. Pendek kata, Adam desperate (desprado). Ahaksss.. Seringkali menerima jemputan dr sahabat yg melangkah ke alam perkahwinan, mungkin ini menyebabkan Adam menjadi seorang desprado. Hmm...

Citer yang paling sedey melibatkan Imaan & Khalil. Isk2.. Sangat2 sedey. Walaupun Khalil telah tiada, Imaan tetap merasai kewujudan Khalil. Kehidupan seharian Imaan sentiasa "ditemani" Khalil. Mungkin sebab itu yg membuatkan Imaan rasa sepi.

Walaupun aku tak baper layan citer pasal Sufi, meh la aku stori skit. Sufi setia menunggu Marya hingga ke akhir hayatnya. Mungkinkah ada orang yg sedemikian rupa??? Aku rasa kalau dalam novel or filem or drama, mungkin ada kot. Kalau dalam real life, cam tak de je. Ntahla..

Titik pertemuan ketiga2 karektor ini adalah suatu kemalangan. Kemalangan yg telah meragut nyawa isteri Sufi, menyebabkan Imaan berada dalam keadaan koma & menyebabkan Adam TERsedar akan isi hatinya. Kemalangan itu menyedarkan Sufi bahawa cinta ke-2 wujud. Tuk Imaan pula, dia kena melepaskan orang yg dia sayang yg telah pergi. Pendek kata, life must go on tak kira pe yg telah kita alami terutama sekali kesedihan.

Aku rasa kalau semua orang diberi remote kontrol, pasti pada saat gembira butang pause yg akan jadi pilihan. Biler saat kemurungan, butang fast forward yg dipilih. Hahaha...


***POP KUIZ***

Sanggupkah korang menunggu THE ONE tiba sedangkan dihadapanmu sudah berdiri seorang yg menyanjung dirimu, yg sayangkan kamu, yg sedia susah & senang bersamamu??? Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

mysenoir said...

nak jwb pop kuiz! (sambil angkat tgn) hehe

tp tak tau nak jwb pe. haha

Anonymous said...

aduhyaiii!!!

tp tak pe la. i give 10 marks. sbb u r d only person yg terasa nak jwb soklan ni tp tak tau nak jwb pe. hahaha...

nampaknya, i have to tepuk dada & tanya selera sendiri. huhuhu...

Google