***Wat Hafizah yg akan mula menjalani rawatan radioterapi mulai esok, tabah la ye. InsyaAllah, lepas ni Fizah akan sehat kembali.
Monday, June 30, 2008
ucapan
***Wat Hafizah yg akan mula menjalani rawatan radioterapi mulai esok, tabah la ye. InsyaAllah, lepas ni Fizah akan sehat kembali.
pelik tp benar
sepi
Biar senyum hadir dihariku Namun ini hanya ada dibibir Dibibir saja
Aku ini Yang bisa mengerti Walaupun yang lain Mau mengerti Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja.. Biar saja Hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku Penuh duri dan banyak ranjau Butuh kesabaran yang penuh Untuk tetap ku berdiri
Ada saatnya ku bicara Bila hatiku telah pulang Sepanjang kubisa atasi semua Aku tetap diam
---Yuni Shara, Sepi---
out of d' box
Haha..
Klakor2 biler teringat blk pe yg aku sembangkan ngan MaiH.
Ayat MaiH sama je ngan ayat mak aku.
Kirenya, MaiH ni dah bersedia tuk bergelar seorg ibu.
Naluri tu dah ada.
Ehehehe...
Menarek..
I'll think bout it later.
(*.*)
***News... Taiping semakin maju. Tak lama lagik akan dibuka Sushi King plak. Vinci. (Pe lagik ek?? Dah lupa la.) Aku merindui Taiping yg dulu. Hanya ada McD. Tmpt aku & kengkwn aku melepak biler cuti. McD tu pun kire dah gempak. Skang bermacam2 dah de. Dah ilang suasana damai Taiping Bandar Warisan. Huhuhu... Naseb Lake Garden (scene dlm Sepi) maseh seperti dahulu. Cantek, indah & permai, kan??? (soklan tuk mereka yg dah menonton Sepi)
5 tahun la
Owh, die ni kazen aku. Anak pacik aku yg aku tumpang umah skang. Petang tu, satu famili kuar termasuk la aku ngan adek aku berserta pembantu diaorg. Penuh la keta.
Tempat yg ditujui adalah Toy'sRUs-tak tau nak eja. Masa aku kecik2 dulu mn de menatang ni. Ehehe... Pe lagik, gi sana tuk besday gal membeli hadiah besday. Die pilih hadiah yg rega nya RM150++. Abah die kate, thn depan plak br bleh beli mainan. Hahaha.. Yo la sangat tuh..
Takpe2...
Lepas beli hadiah tuk besday gal, ktorg nak gi mkn2. Punya la payah nak pilih tempat mkn. Plg kelakor skali adek aku la. Bleh die tak tau pe bak ku teh tu. Isk2... Ada 2 pilihan sama ada nak mkn kat Johny's or Dave's Deli. Adek aku pilih Dave's Deli. Aku ngan macik aku lebih kepada Johny's. Hmm...
Lastly, Dave's Deli yg menjadi pilihan. Besday gal hnya makan fun fries. Org2 besar ni je yg mkn sesedap. Ehehehe... Harga bleh tahan la. Takde la kenyang mn pun. Tak sama la rasa ngan mkn nasi. Aku mkn Lasagne + mango longan. Sedap gak mango longan. Tp kureng manis skit. Macik aku makan fish n chip. Adek aku pilih boneless chicken. Pacik aku mkn hot dog. Owh... Sungguh western. Bibik mkn spagethi yg dimsk ala Thai..
Celebration cara ktorg~~~
***Takde gmbr mknn org lain sbb aku mls nak gi terjah amek gmbr makanan diaorg. Ehehehe... Mknn aku ni pun memalu je aku nak tgkp gmbrnye. Ahaksss...Gmbr besday gal takde sbb die eksen sgt ngan aku. Isk2...
WANTED

Citer aku nonton semalam sebelum hantar adek aku blk. Aku hantar die kat komuter je. Pastu pandai2 die la nak blk. Anak lelaki. Takkan nak kene tunjuk jln kot. Plan asal nak tgk Sepi. Tp tak jadi sbb Sepi lambat skit tayangannya. Biler dah beli tiket citer Wanted br die gitau aku. Yg ari Rabu die nak gi tgk ngan gf die kat Ipoh. Cis2... Naseb bek la kakak mu ini seorg yg baik hati. Syukur la.. Haha..
Citer ni pasal Wesley yg keliru mengenai siapa diri dia yg sebenarnya. Biler kat opis die selalu tewas dgn rakan2nya. Tewas dr segi miengawal emosi die. Die sering kalah ngan leteran supervisor & so call kawan baik die yg meniduri gf die dlm masa yg sama. Dari kecik die tak pernah berjumpa ngan ayah kandung die. Seringkali Wesley meng'google' nama die. Tp jawapan yg diterime. 'No documents found'.
Dlm maser yg sama, wujud suatu kumpulan yg dinamakan Fraternity (kalau tak salah camni la ejaannya). Kumpulan ni berfungsi sebagai pembunuh upahan yg membunuh atas dasar naseb (faith). Naseb yg menentukan seseorg itu harus pergi (mati). Mereka beroperasi di suatu gedung membuat kain. Cara diaorg mengenalpasti siapa individu yg harus dibunuh pun pelik je. Melalui sulaman kain. Cam ada kod yg diperolehi dari situ.
Terdapat 2 org pembunuh upahan yg sgt handal dlm kumpulan itu. Salah seorgnya adalah bapa Wesley. Sloan, adalah kepala kumpulan ini. Die sgt marah apabila salah seorg dr 2 org handalan itu telah kuar dr kumpulan, Cross yg kuar dr kumpulan Fraternity. Suatu hari, Cross telah membunuh rakan (yg berkhidmat untuk Fraternity) die yg juga handal di atas bumbung bangunan. Disebabkan kematian org handalan dlm kumpulan ini, Wesley telah dijejaki oleh Fox, ahli Fraternity. Kumpulan Fraternity ini telah melatih Wesley untuk membunuh kembali pembunuh upahan yg belot dr kumpulan Faternity ini.
Kumpulan Fraternity ini telah mengatakan kepada Wesley bahawa yg mati dibunuh itu adalah bapa Wesley yg tak pernah ditemui oleh Wesley. Owh... Terlupa plak saya nak memberitahu sesuatu yg penting. Wesley mempunyai kelebihan yg tak de pada org lain (dlm citer tu la).
Mcm2 yg diaorg latih Wesley. Siapa Angelina Jolie dlm filem ni??? Dia adalah anggota Fraternity. Satu2nya pompuan dlm kumpulan itu. Nm dia Fox. Fox ditugaskan untuk melatih Wesley. Selepas diberi latihan intensif yg bersungguh2, Wesley dpt menguasai semua teknik2 pembunuh upahan yg berjaya. Dia yg taksub ngan kata2 Sloun yg mengatakan ayah Wesley telah dibunuh oleh Cross, bersungguh2 nak blk bls dendam blk ngan Cross.
Sebelom ditugaskan untuk membunuh Cross, Wesley dikehendaki tuk membunuh org yg tak dikenali dahulu. Fox telah menemani Wesley tuk melaksanakan misi pertamanya. Wesley ada bertanya, kenapa org itu harus dibunuh.. Fox menerangkan. Nak tau pe yg Fox terangkan, silalah tonton sendiri. Aku tak ingat pe yg Fox terangkan. Ehehehe.. Tp de sangkut paut ngan sorg hakim/peguam & anak perempuanya yg maseh kecil.
Di sinilah wujudnya kaitan tajuk Wanted itu. Cross yg dikehendaki oleh Wesley. Wesley yg dikehedaki oleh Cross. Siapa Cross yg sebenarnya?? Berjayakah Wesley membunuh Cross???
Saksikanlah sendiri.. Ehehehe...
Jap2...
Aku nak sambung skit lagik la.
Semasa Wesley mendapat tugasan tuk membunuh Cross, Fox pula mendapat tugasan drpd Sloun tuk membunuh Wesley. Hmm..
Dah penghujung citer tu br de konflik yg agak hebat. Aha... Br skang aku terperasan itu. Ehehehe...

(Aku bg chance kat adek aku mkn dulu popcorn tuh. Pastu turn aku plak. Ehehehe...)
***Org yg dok belakang aku cam pelik je. Pe hal la budak ni dok bergambar dlm panggung. Naseb la kamera aku takde flash. Kalau tak lagik clear gmbr yg aku dpt tangkap + men'capub' (cari publisiti) la plak. Hahahaha...
sunyi
Maser adek aku ada hari tu, die la tukang gi beli surat khabar. Die la yg buka kan pintu opis sumer. Bukan aku tak leh wat. Tp bg chance kat die yg wat. So, hampir sebulan aku dimanjakan. Takyah buka kunci pintu. Pintu opis kene la buka sendiri. Takkan nak suruh adek aku plak kot. Aku takde la sekejam itu. Walaupun kekadang tuh aku kejam gak. Ehehehe...
Aku rase pacik aku pun akan terasa susah. Mn taknya. Masa adek aku ada, hari2 adek aku yg akan bwkan laptop die dtg opis. Siap adek aku kuarkan dari beg laptop dan letak atas meja. Punya la ngada nya pacik aku yg merangkap bos aku itu. Hikhikhik...
Sunyi tak sama rasanya ngan sepi. Sepi itu rasa seperti dah sebati ngan diri aku. Sepi yg aku rasakan tak mungkin difahami org lain kecuali org itu berada sama dlm situasi aku. Hmm...
***Aku tak berkesempatan menonton Sepi lagik. Menurut MaiH, citer tuh besa2 je. Tak kira. Aku tetap nak gi tgk. Tp biler ek??? Huhuhu... Wikdays sah2 la aku tak leh nak gi nonton. MaiH, awat la u jauh sgt. Kalau tak, bleh kt maraton. Ehehehe... I jauh or u yg jauh??? Muahahaha...
+++Bos aku dah kuar gi site. Tinggal aku ssorg. Kalau ada adek aku takde la rs sunyi sgt. Walaupun ada adek aku ktorg takde la borak 24/7, kehadiran die tu terasa la gak. Saper yg phm situasi itu akan paham apa maksud aku. A silence yg tak rasa seperti a silence. Hmm... Complicated, aite???
Friday, June 27, 2008
everyday best deal

Skang ni kat MPH de promosi. Sampai 40%. Tp yg 40% tuh buku yg tak menarek minat aku pun. Yg diskaun 30% tuh byk gak yg aku berkenan. Cuma syarat tuh yg aku kurang berkenan. Kena beli online.

Aku mempunyai masalah byk dgn shopping online. Walaupun tak pernah exprience, aku tak yakin la ngan shopping online. Lagik satu, aku tak nak mula bershopping online. Akibatnya nanti aku akan ketagih & akan mula asyik membeli online. Tu antara masalahnya.
Biler pemabayaran dah dibuat, brg yg kita beli hanya akan diterima selepas 4-5 hari bekerja. Owh.. Lama tuh. Renyah pun de gak. Isk2... Pendek kater, bek aku tak payah mulakan.. Ehehehe...
Haihhh... Tp aku tergoda beb. Kalau beli more than RM100, free delivery. Biler kire2 balik untung gak. Syaratnya kene spend more than RM100. Tambah lak skang ni buku yg aku nak tuh kebanyakkannya dlm list sale for 30%. Uhh.... Aku tergoda terpesona...
pupus
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi
lalu padam jua
apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi
cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya
mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini
---firdaus ft faizal tahir, pupus---
something fishy
Sbb pg tadi line internet kat opis ni cam hampeh.
Tak dpt aku sudahkan download tuk episod 12 Ghost Whisperer season 3.

Pasal tv show ni, aku de tak berpuas hati ngan ending CSI - Grissom. Huhuhu... Naper Warrick kene tembak?? Aku dah agak dah yg polis jahat tuh yg pangkat tinggi tuh. Dah le di aniaya. Kejam2. Masa nak penghujung finale episod ari tuh, de bunyi lagu yg cam seram2 sejuk. Aku dah agak sesuatu yg buruk yg akan menimpa Warrick. Tak pun rakan2 die yg bersarapan 2gether. Isk2..
Nak tau Warrick mati ke tak, kene next season which is cam lambat je lagik. Tungguuuu...
***I can smell something fishy bout d new guy yg join our company. Bukan la budak tu de niat tak baik. Tp de something la.. Hmm.. Kekadang kt salah meneka. So, tunggu & lihat je la kemudian hari. Jgn buruk sangka dgn org lain. Nnti jiwa sendiri yg tertekan. Focus on work...
again - interview
Aku malas plak nak ulas panjang2 pasal candidates kali ni. De 2 org pompuan. Sorg tuh dr dia dtg lagik dah nmpk confidence nye. Dak tuh dtg ngan bf die. Bf die sampai bosan tunggu si gf abeh interview. Lama jugak la. De gf die gelak dgr sampai kat luar. Dahsyat tol.. Ntah pe yg klakor nya.
2nd candidates tuh pun bleh tahan gak le. Yg ni lagik la lamer kene interview. Dekat sejam. Aku ingatkan bos aku dah wat keputusan nak amek yg 2nd candidates ni sbb lamer benor kat dalam bilik tuh. Rupa2nya tak de keputusan yg dicapai. Hmm...
Patutnya next wik, 1st July dak baru akan masuk. Hopefully, die dtg la. Lagipun hari tu dak tuh kater die dah trime offer dr company aku ni. Makin bertambah ahli keluarga srsb. Alhamdulillah..
Thursday, June 26, 2008
great time
KUN FA YA KUN - aku letakkan ini sebagai moto hg la Xara. Btol gak pe yg ko kater tuh. We have to be strong enough to take the risk. Bak kate org2 la. Berani wat, berani tanggung. Cam korang sakit pewot nak memuras. Kalau korg tahan, kan makin sakit jadinya. Silap2 leh melarat jadik sembelit. Saper yg kene tanggung akibat sembelit nnti??? Korg gak yg merana. Eh, idea yg menarek lak. Mengaitkan sakit pewot nak memuras ngan sakit dado den. Muahaha...
Seronot biler mengenang kembali kisah2 silam. Itu la yg berlaku antara aku ngan Xara sebentar tadi. Ktorg dok mengenang kembali zaman kegemilangan berskandal. Aku tak byk skandal. Yg byk skandal, Xara. Aku de 1 je skandal. Xara de byk. Ahaksss...
Pe2 hal lagik aku akan merujuk padamu, Xara ku. Merangkap doc Love. Muahahaha...
zizan nin
Suka tol aku tgk Zizan Nin di dapur. Smbil menonton sambil aku sengih sesorg cam kerang busuk. Zizan cam ni org N.9 jo.. Cara die speaking tuh. Alahaiii.. Sangat comey la. Dah lepas hiris halia bleh plak die bau jari jemari die. Hikhikhik.... Die kenal jenis2 tepung gitu. (=^_^=)
Kagum2.. Aku suka aksi Zizan Nin kat dapur. Langsung tak kekok. "Ko cari dlm tuh. Tak jumpa kalau panggil la". Ehehehe... Cara Zizan yg curios tuh pun comey je kat mata aku. Alahaiiii... SAYA SUKA ZIZAN NIN. Excited tol Zizan mem'blend'. Siap ngadu kat chef yg kepala udang tertanggal maser tgh menggoreng. Isk2... Sumer aku rasa comey.Nak guna sudip tuk kuarkan bhn yg dah dikisar. Baru rock. Redah je... Lurut... Otai kata chef.. Fuhhh.. Tangkap??? Comey lagik.. Kaco ngan cepat & penuh semangat.
***Yumss... Ko ingat lagik tak satu rancangan promosi brg2 kat tv yg kt suka tgk suatu masa dulu. Benda kisar2 gak. Yg bleh wat ice blended lagik tuh. Ingat tak?? Pe tah nm barang tuh aku tak ingat plak.
Potong sayur pun die tak kekok. Perghhh... Sempoi je. Pastu citer pasal kehebatan mak die angkat lesung baru trus dr lesung masukkan bahan2 ditumbuk dlm kuali. Die bangga ngan mak die. Cara Zizan citer pasal kehebatan mak die kat chef pun pun comey. Aduhyaiii... Owh... Baru aku tau naper org suka beli daging batang pinang. Bahagian tuh kurang liat.
Tak sabar rasa nya nak mencoba resipi yg Zizan masak ni. (^_^) Sblom ni takde plak aku tergoda, terpesona ngan Zizan ni. Sejak aku nonton episod ni, aku jadi tersuka plak kat die. Lalalala...
*** Aku suka lihat lelaki yg tak kekok kat dapur. Dulu dah berjumpa ngan lelaki yg agak mahir keje2 dapur. Tp sayang, bukan jodoh.. Ehehehe... Len kali kalau berjumpa lagik, takkan aku lepaskan. Miahahaha... Tak kesot pun kalau laki tuh takde skill kat dapur. Kalau de skill, extra poin la. Uiksss... Terlebih sudah saya ini...
musykil+tunggang terbalik+buntu
Bukan masalah besar pun. Hanya masalah kecik. Tp bila masalah2 kecik ni dihimpun beramai2, maka akan besar la jadinya. Dlm minggu ni, byk dugaan yg telah mendatangi aku. Aku sedaya upaya cuba tuk menepisnya. Walaupun sampai terkuar air hidung. Ekekekekek...
Skang ni aku tgh berhadapan ngan prob tak terima polisi insurans yg aku daftar. Apa patut aku buat ek??? Aku dah hilang keyakinan kepada ejen yg jual polisi tu kat aku. Haruskah aku terus merujuk kepada cawangan terdekat?? Ejen tu kata, kalau aku nak dapatkan polisi aku, aku kene gi angkat sumpah kat persuruhjaya sumpah. Adushhh... Mende yg blom pernah aku wat. Skang ni baru aku terasa bukan mudah nak menjadi org dewasa. Aku harus bijak manage diri aku sendiri.
Ok.. Tu satu hal nak kene pergi pesuruhjaya sumpah tuk angkat sumpah. Satu mende yg menjadi kemusykilan aku. Bukan ke polisi tu sesuatu yg penting tuk org yg membeli inurans. Naper tak bagi by hand je. Katakanlah nak hantar by pos pun, nape wat pos biasa je. Naper tak wat register. Kalau wat register, bila surat/brg yg dihantar tak trime, semakan bleh di buat di pejabat pos berhampiran. Musykil la.. Skang ni smpai kena nak gi angkat sumpah gara nak mendpatkan polisi baru. Hmm...
Musykil aku sampai nak wat keje pun tak aman. Well, patutnya aku terima polisi tuh last year lagik. Paling lewat pun awal Jan 2008. Ni baru last month ejen tuh tanya aku ada tak trime polisi. Aku ni pun 'cerdik' bebenor. Tak amek kesah pasal tuh sumer. Aku dah labur duit aku. Tp aku wat tak kesah. Isk2... Kaya sgt ke aku ni sampai wat perangai camtuh??? Biler la aku nak insaf ni??
Aku bukan la seorg yg boros. Cuma kadang2 aku mudah terpengaruh ngan promosi. Takpun sbb aku kasihan org itu. Adushhh... Tp aku ni bukanlah seorg yg lembut hari sgt. Ingat lagik maser skolah dulu. Aku ngan klik2 aku kuar. Pastu ktorg suka bandingkan saper yg mudah terpengaruh ngan promoter. Aku tak ingat kejadian ngan tepat skali. Aku ngan saper pun aku tak sure. Kejadian berlaku ngan kwn2 smc ku la.
Aku pernah gak tewas. Tewas sbb termakan ngan kata2 promoter. Muahaha...
Tulung2... Camne aku nak setelkan hal aku ni?? Pe maklumat yg aku perlu ada sama tuk merujuk masalah aku ni ke cawangan terdekat. Mungkin korg yg pengalaman lebih 'dewasa' dr aku bleh membantu aku yg dlm kebuntuan & kemusykilan ini. Hmmm..
Wednesday, June 25, 2008
SUNSHINE

You are my sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away
The other nite, dear,
As I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms.
When I awoke, dear,
I was mistaken
And I hung my head and cried.
You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skys are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away.
Please don't take my sunshine away.
***Tak tau plak aku yg lagu ni. Ingatkan pendek setakat 1 rangkap je. Ehehehe... Tetiba terasa nak nyanyi lagu. Tp tak sure lirik. Gigih la saya ini pergi google. Berjumpa juga akhirnya. Senang ngan teknologi masa kini. Ececehh... Nak tau lebih lanjut pasal lagu ni, click here. De dlm wikipedia. Bacer sendiri la ye. Tak rajin nak menghurai pepanjang.
i will miss...

***Isk2... Begini la aku biler tgh mood baik. Sentiasa la doakan mud aku sentiasa baik. Bleh aku merapu ngan byk2. Ahaksss...
milo shake
***Maafla ye. Yg jadik latar tuk tumbler ni posing selerak skit. Ehehehe...
Kenyang minum milo shake ni sampai tak yah dinner dibuatnya. Tp aku dinner gak. Meratah ayam. Ehehehe... De kisah kelakor pasal lauk ayam semalam. Kelmarin pun bibik kat umah tuh masak ayam masak merah. Semalam pun die masak gak ayam masak merah. Dua jenis la kiranya. Adek aku makan dulu dr aku. Aku tanya la kat adek pe bezanya 2 lauk ayam masak merah yg bibik tuh masak. Adek aku jawab. "Satu lauk smlm, satu lauk hari ni".
Bile turn macik aku plak makan. Die tanya kat aku soklan yg sama yg aku tanya kat adek aku. Aku dah gelak2. Aku suruh la adek aku jawabkan. Adek aku jawapan yg sama seperti yg dia jawab soklan aku. Gelak besar la macik aku. Adehhh... Bibik ni. Pandai la plak wat klakar. Kot ye pun nak masak lauk aym dua hari berturut2, wat la kaler lain.
Pe2 pun, rasa dua jenis ayam masak merah semalam mmg lain la. Satu tuh die masak buh sos cili + sos tomato. Satu lagik jenis lauk tuh die tumis ngan cili kisar je. Terer tak aku teka??? Aku mmg terer skit kalau bab2 makanan. Aha... Baru aku sedari sumthing. Aku de talent dlm bidang rasa merasa makanan. Ni diakui opah aku. Sejak kecik la. Dr usia aku 4,5 thn aku dah pandai kenal rs masam, manis, pahit. Owh... Bangga2 ngan kebolehan sendiri. Ehehehe...
rm4

Ni pun tak setel lagik keje2 diaorg. Aku ingatkan pasang kabinet ni sat je. Lama jugak. Mo satu hari baru siap ni.. Takpe la. Berlama2 lagik la diaorg wat keje. Aku plak leh wat keje lagha. Biler lagik kan. Kang dah masuk budak baru tuh, dah kureng aku bleh foya2. Huhuhuhu...
Assalamu'alaikum
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan "Assalamualaikum". Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
***Sedikit tuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain. Yg baik itu jadikan teladan. Yg buruk tu elok kita jauhi.
tak ku duga
Pada saat suram menyapa di hati ku
Mungkinkah masih ada oh cinta indah buat ku
Sedangkan sepi menemani ku
Buangkanlah sepimu menjadi sekuntum rindu
Aku akan mengisi ruang hatimu kasih
Cinta ini buatmu hati ini buatmu
Di sini ada cinta buatmu
Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki
Pintaku pada mu jujurlah oh ke akhirnya
Agar asmara kekal abadi dalam hati
Kekasih ku berjanji menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih
Aku hanya mampu berdoa
Takdir ini buat kita
Menuju bahagia
Kita miliki cinta
Kekasih ku berjanji
Menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih
----Misha ft Saiful, Tak KuDuga---
hari yg dimulai dgn ketidakpuasan hati
Pertama skali aku dikejutkan ngan brite yg disampaikan oleh adek aku. Katanya stesen minyak seluruh negara akan ditutup selama 3 hari kerana nak memboikot. Nak suruh kerajaan naikkan harga minyak kerana komision yg diterima pengusaha stesen minyak skang ni skit. Well, kalau nak naikkan lagik minyak, pertama skali naikkan la gaji kitaorg sama yg bekerja ni. Pastu ura2 pasal harga tol nak turun makan maser 2,3 bulan lagik. Nak bagi naik harga brg cepat. Kalau nak bg harga turun tuh lambat. Isk2..
Pe la aku ni. Pepagi lagik dah bebel Ni sumer sbb satu sbb yg membuatkan aku bad mood sedari pagi. ARGHHHH.... Kuatkanlah hati aku menghadapi dugaan. Moga ganjaran aku tabah menghadapi dugaan yg mendatang ini berbaloi. Ni sumer hanya dugaan kecil nak uji tahap kesabaran aku. Hmm... Sabar la yerk...
***De org nak jimat petrol keta die. Pastu gi guna petrol keta org lain. Pe halnya... Huh...
huh
Tuesday, June 24, 2008
owh.. terlebih sudah
Owh... Kelihatan seperti ayat aku nye tonasi dah lain. Dah cam benggang. Cool down ye wahai si pengarang. Sabar tuh separuh dr iman. Owh... Pandai plak komplen kalau bw adek aku kuar rugi. Abeh tuh, yg pinjam keta aku tuh saper yg rugi?? Tak kire plak aku yg mengalami kerugian. Tp disebabkan famili, aku wat2 tak pandang je la. Arghhh... Aku adalah org yg sukar nak berkata 'tidak'. Walau telah beberapa kali aku mencoba. Tuk mengeluarkan sepatah perkataan 'tidak' adalah begitu sukar bg aku. Letih la kalau asyik wat entry berkisar ngan keluh kesah je. Adushhh...
Lets write something yg sound hepi. Hmm... Sedar tak sedar lagik 2minggu je lagik sahabat aku, Kathryn Nor Owen akan menamatkan zaman solo die. Pasni dah tak solo dah ye. Ehehehe... InsyaAllah, kalau takde aral melintang akan aku hadiri majlis die. Pastu, end of July turn kazen aku plak. Lepas dari tuh, takde kot. Tunggu jemputan rakan2 yg lain la plak. Turn aku??? Dah sampai kalu akan aku khabarkan.
Last nite I dream bout something swit & hepi. Biler bangun pagi aku tak dpt nak recall pe yg aku mimpikan. Owh... Mimpi hanyalah mainan tidur. Gangguan syaitan tuk wat kita lebih nyenyak tido. Huhuhu...
Aku terbaca dlm siasah pasal permasalahan yg timbul kat UKM. Brite pasal students kene buang kolej & rampasan laptop. TNC tak dpt nak selesaikan masalah tuh. Skang ni students yg teraniaya tuh telah bawa kes ni sampai ke pengetahuan NC. Fuyoooo... Zaman aku blajar dulu, takde plak masalah merumit smpai masuk paper camnih. Uishhh...
keluhan - petrol
Monday, June 23, 2008
never be replaced
But if I have to, boy I think that you should know
All the love we made, can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to, boy I think that you should know
All the love we made, can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
I love you, yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time
From the day I met you, I knew we'd be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you, and I wanna have your kids
Thinking never compared to the feeling of your kisses
I can say, I'm truly happy to this day
You made me thank God that I live my life every day
There's never been a doubt, in my mind
That I'd regret ever having you by my side
<But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know
With everyday that I spend with you
And I won't miss you, cuz I'm happy that I had you at all
I feel for you, yes I do
I 'll be with you as long as you want me to
Until the end of time
---1st Ladi, Never Be Replaced---
---Never Be Replaced (Boy's Version)---
aww.. love it.. bitter uh..
uhh...how could she?
why would she?
*sighs*
Baby I Love You, And Why did you let me go?
Yes it hurts me When you say that you don't know.
All the love we made Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I Love You, And Why did you let me go?
Yes it hurts me When you say that you don't know.
All the love we made Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Damn, this girl she really got me thinking
Making her the more reason the future we'd be living.
Together, and I know it wouldn't be forever
Because good things don't last long
But we could've made it further.
All the things you told me,
All the lies I know,
Cuz if the you better you couldn't let me go.
Without a single reason
Or even a single fight
You gave the best of my life,
But with the loneliest nights.
I got it bad,
No I got it even worst then even Usher.
Cuz even though you did you I can't let go
No, I know it's not supposed to come back
I know that you won
I know that you left and never coming back.
Accept the fact that your gone
Baby I Love You, And Why did you let me go?
Yes it hurts me When you say that you don't know.
All the love we made Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I Love You, And Why did you let me go?
Yes it hurts me When you say that you don't know.
All the love we made Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I Love You,
And Why did you let me go?
Yes it hurts me
When you say that you don't know.
All the love we made
Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I Love You, And Why did you let me go?
Yes it hurts me When you say that you don't know.
All the love we made Can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
It's over...
Made of Honor

Citer pasal 2org sahabat baik. Lelaki & perempuan. Kisah pasal Hannah & Tom. Tom adalah senior Hannah semaktu di universiti. Tom seorg kaki perempuan. Die ada rules sendiri mengenai kehidupan sosial die ngan pompuan2 di sekeliling die. Hari Ahad adalah hari tuk diluang sepanjang hari bersama Hannah. Hubungan diaorg berlanjutan sehingga 10 thn. Famili masing2 dah mengenali Hannah mahupun Tom.
Suatu hari, Hannah ditugaskan ke Scotland selama 6 minggu. Ini bermakna 6 minggu Tom terpaksa melalui hari Ahad tanpa diluangkan bersama Hannah. Hannah kata kat Tom itu takkan menjadi masalah kepada Tom sbb Tom ramai skandal lain. Well, citer pasal Tom yg mempunyai skandal yg ramai & jugak segala rules yg ditetapkan oleh Tom, Hannah dah masak sgt.
Tom menjaga Hannah bagaikan menjaga kekasih hati. Sampaikan pemakanan Hannah pun di amek berat oleh Tom. Owh.. Bersambung blk pasal Hannah gi Scotland. Kat sana die telah bertemu seorg lelaki yg telah membuatkan hatinya terbuka sampai ke gerbang perkahwinan. Sepermegian Hannah, Tom berasa sgt sunyi dan sepi. Walaupun Tom menghabiskan masa bersama skandal2 die, die tetap berasa sepi. Suatu perasaan yg tak dpt diungkap ngan kata2. Tom telah meluahkan perasaan die itu kepada sahabat karib die sekalian. Tom kata yg die falling into Hannah. Die hanya sedarinya setelah Hannah tiada di sisi.
Kenapa selalunya terjadi camtuh. Menyedari bertapa pentingnya kehadiran org itu setelah die pergi???
Makanya, kengkwn die sumer suruh die meluahkan perasaan die kat Hannah. Tp malang tuk Tom. Bila Hannah balik dr Scotland, die telah membawa suatu berita yg telah menyebabkan Tom terkesima. Isk2... Bahasa aku. Cam puitis abeh la. Muahahaha...
Sambung blk penceritaan aku. Hannah ajak Tom dinner lepas die pulang dr Scotland. Tom bersemangat nak luahkan isi hati die kat Hannah. Tak sabar2 die nak wat camtu. Siap beli bunga lagik. Malang wat Tom biler Hannah memperkenal husband to be die. Maser tuh jugak Hannah mintak Tom tuk jadik made of honor, ketua pengapit, masa hari kawen die. Hahahaha...
Adakah Tom akan menjadi made of honor kepada Hannah???
Apa yg terjadi selepas itu???
Berjayakah Tom meluahkan isi hati die kepada Hannah???
Nak tau???
Jeng2...
Aku kene sambung wat keje la. Kang rosak reputasi aku. Takpun kantoi plak pasal blog aku nih. Ehehehehe...
***Blk dr kuar tuh aku flet trus. Tido dr kol 8mlm. Bgn sat kol 11 lebih. Setel pe yg patut. Sambung tido smpai pagi Isnin. Nmpk sgt usia dah meninkat. Ehehehe...
my wikend
Lepas dinner nak blk umah, dlm keta, macik aku tanya aku, ari nih ari pe. Isk2... Aku kate la ari nih ari Sabtu. Well, maser ari Sabtu tu la aku kater ari Sabtu. Hari ni dah ari Isnin. Ehehehe... Sebenarnya, sblom macik aku tanya kat aku lagik aku dah terasa cam ari Sabtu tuh hari Ahad. Sbb hari Ahad yg slalu ktorg kuar jejalan mkn angin camtuh.
Ari Ahad nya aku kuar. Berfoya2 ngan Dj ngan adek aku. Adek aku tak bontoti aku. Selamat. Kang org nak mencari brg pun susah. Die asyik nak cepat je. Bior die explore sendiri Sunway Pyramid tuh.
Owh, ramai sungguh org kat Sunway Pyramid smlm. Ktorg sampai around 10.30 a.m. Parking kat bawah skali dah full (tmpt feveret). Kene gi parking kat kwsn yg skit misteri. Misteri sbb sblom2 nih aku tak pernah pun park kat situ. Itu je yg wat sedikit misteri. Byk sgt parking kosong sampai aku tak tau nak wat pilihan. Ahaksss...
Agenda besar smlm adalah menonton wayang + teman Dj cari sandal. Citer yg ktorg pilih - Made of Honor. Yg tgk citer tuh aku ngan Dj je. Adek aku nak berdating sebenarnya. Mcm la aku tak tau. Huh... Berjaya gak misi ktorg semalam. Berjaya menonton wayang + Dj berjaya jumpa sandal yg die berkenan. Dah dekat sbln die mencari. Ehehehehe...
Nak blk tuh, gf adek aku nak tumpang sekali. Mula2 tuh nak kene hantar die kat Kota Damansara. Aku mn la pernah sampai sana. Tp tak kesah la. Sbb aku raser aku cam tau je jln nak pi sana. Mula2 dropkan Dj kat komuter berhampiran. Pastu br gi hantar gf adek aku blk. Dah byk kali pun aku jumpa ngan gf adek aku. Ni bukan yg 1st time.
Maser nak masuk ke Guthrie Highway, terserempak ngan keta macik gf adek aku. Die suruh folo je macik die. Die kata kakak die suruh dropkan die kat umah macik die je. Kang kakak die gi amek kat sana. Kali pertama aku gi Kelana Jaya. Huishhh... Ni gi Kelana Jaya ngan drive sendiri la. Sblom ni pernah gak gi. Tp gi ngan org lain. Aku tak drive sendiri. Lps drop gf adek aku tuh, hujan lebat. Adushhh... Ngan nak mencari jln pulang lagik. Agak payah...
Naseb de adek aku. De gak org nak membaca petunjuk jalan. Nak harapkan kerabunan aku. Payah beb... Meredah la ktorg ngan hujan lebat. Sampai ke airport Subang br hujan mulai reda. Sampai kat umah, skit pun tak ujan. Macik aku cakap, td angin je kuat. Uhhh...
Alhamdulillah, hari minggu berjalan ngan lancarnya. Isk2... This wikend adek nak pulang dah. Pasti aku akan kesunyian. Huhuhuhu...
Saturday, June 21, 2008
gotong royong....
Sy menungundur diri di sini dulu. Sambung wat keje. Mn leh nak curi tulang...
***Lucky me. Hampir kantoi ngan pacik aku yg aku pun slh sorg blogger yg melambak kat M'sia ni. Bukan tak mo diaorg tau. Cmer segan skit. Kwn2 rpt ngan aku je yg tau pasal kewujudan blog pg aku nih. (^_^)
Friday, June 20, 2008
my life
Pas dah cakap tepon ngan parents aku, beralih plak men games bodoz.. Kater adek aku la. Tp best pe layan games camtuh. Dah boring main game, layan plak membaca novel. Biler mata dah berat, tutup buka dah layan tido. Owh... Busan kan life aku??? Takde yg menarek pun.
Biler malam Selasa ngan Rabu, aku layan drama Tangisan Bulan Madu kat tv2. Best gak le. Wat memenuhi mlm aku. Gelak la korg sbb aku layan tgk drama camtuh. Skang ni aku banyak abihkan masa aku dok memerap dlm bilik. Dok kat luar raser kurang aman.
Misi yg aku gembar gemburkan sblom nih terpaksa ditangguhkan tuk 3-4 bulan akan dtg. Terpaksa bersabar je la. Mungkin ini salah satu cara nak meningkatkan keimanan aku. Walallahualam... Tlg la seseorang dtg menyelamatkan aku dr keadaan ini. Isk2...
Sejak biler aku mula berminat ngan dunia blogging???
Sejak aku terpikat ngan satu blog ni. Best je. Aku suke gaya penceritaan die. Siap de gmbr lagik. Menarek. Plg best skali sbb die suke citer psl tmpt mkn. Cumer aku je blom kesempatan nak membawa diri aku ke tmpt mkn yg die promote tuh. Ehehehe... Teman pemakan aku jauh2 belaka. Kalau diaorg dekat, mmg lagik rancak aku menambah berat badan. Muahahaha...
***updates skit pasal new staff kat company aku. Sorang gal + sorang guy. Hope we can cooperate well.
Pe ek aku nak wat blk nih????
Mandi...
Bertapa dlm bilik kot..
Kolotnye idup aku. Lagik teruk dr zaman uni dulu. At least mser zaman uni dulu aku terperap dlm blk de wat keje. Smada study which is jarang2 aku wat, tido, wat tutorial or gossiping. Mesyuarat tingkap. Ahaksss... Remember the time me, Dju & Yums dok mesyuarat. Dj kat tgkt 5. Aku tgkt 4. Blok ktorg sama. Blok 12. Yums lak blok 11. Aras 2. Nak jimatkan kredit. Dok mesyuarat tingkap la. Hahahaha... Pastu maser aku dok blok 11 aras 6, dok mesyuarat ngan Mai & Dj plak..
a million thanx
De one day, a supplier called. He wanted to speak to person in charge in purchasing whom is my boss. But my boss had went out. I told the caller that my boss 'has go' out. The caller corrected me. "Owh! Your boss has went out". Aiyokkk... Shame on me. Camtuh nye simple sentence pun leh wat salah. But I learn from my mistake. Thanx to Mr. X (I forgot his name..)
A million thanx to my friends yg slalu support my writing & menjatuhkan 1,2 komen. Aku dok berkire2 nak melanggan broadband la. Memandangkan skang tgh promosi sakan sempena euro. Can get modem for free. But every month have to pay for RM129. Or shuld I wait a little longer so that the price will be reduced some more. Hope so la... But the sad thing is my laptop have to use AC power all the time. Not so portable anymore. Dah tue. Season dah pun but still can use it. I love my laptop so much.
Mungkin lepas2 nih akan makin kurang entry aku. Sbb tuh la aku berhajat nak memiliki broadband tuh. Have to recalculate my expenses. Kene reduce mn2 expenses yg terlihat kurang berpatutan. Or maybe I shuld do something yg leh gain more money. Hmm...
***Anyone interested in buying accessories made from pearl??? Mostly d pearls used are from Aussie.
Sumer ni dibuat/dikarang sendiri. Pearl tuh of coz la beli kat kedai. Ehehehe... Design & colours bleh dipilih. White pearl pun de gak.
LUCKY NO 3
Lucky no 3.. Die terpilih tuk post ini.
Congratulation..
(^_^)
kehilangan payung kenangan
Pe kaitan ngan payung aku yg penuh memori tuh?? Tak silap hari tuh hari Sbtu. Mlm sblom tuh aku de dobi bj. Sabtu tuh aku nak gi foya2 ngan Mai, Kate, Yums, Zamira & Dj. Ktorg nak gi Times Square. Nak men2 kat Cosmo World. Final sem tuk Kate, Yums & Zamira. Disbbkan sblom kuar tuh aku tgk hari seakan2 nak ujan. Aku payungkan la jemuran aku ngan payung yg penuh kenangan tuh sbb payung tuh pun dah not so good condition nye. Tp berguna lagik la kalau aku nak payung jemuran sbb aku dah mls nak gaduh ngan 'besfren' aku tuh. Letih. Byk lagik mende yg aku bleh wat.
Kebetulan lak port 'besfren' aku tuh kosong. Byk gak le yg aku dobikan. Kire jemuran aku smpai terkuar skit dr bawah bumbung. Tuk elakkan dr lencun sakan kalau ujan lebat, aku payungkan la jemuran aku tuh. Syiok2 gi bergumbire kat Cosmo World, balik tuh aku yg makan hati. Dah le bj aku basah lencun dibasahi air hujan. 'Besfren' rompak/konker tmpt jemuran aku. Sumer jemuran aku dah lepas ketengah dr bwh bumbung. Payung yg sarat dgn kenangan tuh plak ilang tak dpt dikesan. Ntah kemana la payung tuh ilang.
Aku dok tingkat 6. Yums dok tingkat 2. Aku suruh die tlg tgk2kan kot2 payung aku jatuh ke floor die. Tp takde pun. Setiap floor aku tgk. Takde. Trus ghaib. Melayang ke atas agaknya. Huishhh... Mula dr kejadian tuh, aku mmg anti ngan 'besfren'. Huhuhuhu...
Ni la kenangan yg plg kelakor skali maser kat uni. Masalah sbb rebut tmpt sidai bj & kehilangan payung penuh kenangan. Muahahaha...
segan nek keta gal bw
Mak aku de 2 org adek lelaki. Kire pangkat pacik la ngan aku. Dulu, adek mak aku yg bongsu ni cam tak baper selesa kalau pompuan yg bw keta kalau die naik sama. Aku pun tak tau la naper. Rsnyer die pun tak pernah naik keta wife die bawa. Pacik aku yg lagik sorg tuh tak kesah pun kalau aku drive mase die naik sama. Abah aku lagik tak kesah. Tp maser aku blom dpt lesen keta, tak pernah plak aku tgk mak aku drive & abah aku dok sblah. Skang ni pun sama.
Pastu ktorg adek beradek pun cam tak mo je mak bw. Eheehehehe.. Kalau jalan jauh, sm ada aku yg drive atau pun adek aku. Kalau ktorg 2 takde, br abah aku drive. Camtuh la.
Rajin aku memblogging ari nih. Sbb kebusanan. Dr mlm semalam lagik. Puas gak aku berfikir semalam. Terutama skali pasal misi aku tu. Nmpk terpaksa di postpone. Aku kene tahan la lagik dugaan yg melanda. TERPAKSA RELA... ***sigh***
lucky
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
---Jason Mraz ft Colbie Caillat, LUCKY---
***Saperkah yg bertuah sebegini???? Yupssss... Lucky??? Kalau hubungan tu success. Tp kalau kecundang, lain plak yg jadinya. Hmm...
all the best
Today's interview is for the site engineer post. Ramai gak yg sent their resume. Short listed de 6org. Tp yg dipanggil interview hanya 3org. Kalau 3org ni tak mai sok, maka nya baki lagi 3org itu akan dipanggil. Buat keje interview org bukan la suatu keje yg menyeronokkan. Ni berdasarakan pengalaman sorg macik aku. Mcm2 ragam fresh grads mahu pun yg dah de experience keje. Yg fresh grads, de dtg terlampau darah gemuruh. De yg terover konfiden. Cakap meleret. Uishhh...
Performance aku maser kene interview, dr penilaian aku mengenai diri sendiri, sgt la teruk. Yo la kan. Aku nye English mmg hancur la. Serius beb. Walaupun aku seorg siswazah. Tp English aku takat besa2 je. Tambah plak biler aku di interview bangsa asing. Konfiden level aku jatuh merudum. Dunno y. Bangsa lain tuh pun tak semestinya diaorg pandai cakap omputih. Aku la yg bersalah. Cepat sgt konfiden level aku merudum. Tak yakin ngan diri sendiri tol. Salah aku.
Owh.. Aku ni. Nak wish gud luck je. Aleh2 aku la terbebel melampau terlebeh. Adushhh.. Ampun ye. Continue menunggu kedtgn candidates tuk di interview. Aku nye tugas memberi pandangan dr mata kasar aku start dr diaorg masuk opis ni. Isi borang. Hingga ke diaorg masuk bilik bos tuk di interview. Yg skit membebankan aku. Bos aku suka tanya, nak amek ke tak dak tuh. Pdhal yg wat interview tuh bukan aku. Bos aku. Aku hanya observe dr luaran diaorg je. Isk2...
All the best for those 3 candidates...
Thursday, June 19, 2008
ngv
Skang nih harga petrol mmg tinggi. Kbykkan pemilik kereta dah mula serbu pusat pemasangan NGV. Dr pe yg aku terjumpa hasil surf aku tadi, byk pusat pemasangan NGV dah penuh planner diorg. Dah rmai org book. Kalu nak pun kene tunggu lagik 2,3 bulan. Pastu aku de gak terbaca yg harga pemasangan NGV ni akan meningkat. Dr 1 sumber yg aku dpt, semua komponen sistem NGV adalah dikecualikan dari cukai import dan cukai jualan. Harga plg murah boleh didapati pada harga RM2,700.00.
Kalau ikot perkiraan tuk masa depan, untung lagik ngan penggunaan sistem NGV ni. Tp nak kuarkan sebeban RM2,700.00 or more mmg payah. Pikir2 balik, berbaloi. Pertama sekali selepas pemasangan NGV, pengguna akan menghadapi 1,2 masalah. Atau mungkin lebih. Sementara menanti enjin dpt berkerjasama ngan penjana tenaga baru. Ni dr pembacaan aku. Semua pengguna NGV yg baru selesai memasang sistem ini akan menghadapi masalah yg sama. Perlu tune beberapa kali supaya enjin dpt menjumpai keserasian.
Guna NGV ni bleh je bersama petrol. Andai kita gi ke kwsn yg takde stesen NGV, bleh guna petrol. Tp murah beb kalau guna NGV. Full tank br RM10 or less. Bleh jln about 200km. Uhhh... Kalau ngan petrol skang nih. Nak jln tuk 200km, tuk keta yg aku guna skang, perlu petrol RM50++ kot. Sbb kalau dulu, RM40.00 aku leh guna smpai 230-250km. Isk2...
Pemasalahan lain yg sedikit menyerabutkan kepala. Tank nye agak besar. Kalau pasang kat keta aku, nnti spare tayar dah tak leh dok kat tmpt die dah. Kene didirikan or bersandar pada dinding tong NGV. Pastu, makin kurang space tuk bag. Bg aku yg kalau travel sorg ni, ok lagik la. Kalau pasang kat family car aku, aha... Maknaya ktorg kene tmbh carrier kat ats bumbung keta la. Isk2...
Fikir2... Baik dan buruknya. Pemasangan NGV gak membolehkan rebet road tax sebanyak 25%. Byk tuh.. Kebaikan yg plg utama. Penggunaan NGV ni tidak mencemar alam sekitar. Tu plg penting. De kat satu forum nih, forumer tuh tanya naper kat tv takde pun iklan yg beria promote NGV. Sblom2 nih aku ingatkan NGV hanya dikhaskan tuk pemandu teksi. Sampai la ke thn lepas or sekitar 2006 baru la aku tau yg keta besa pun leh je kalau nak pasang NGV ni. Ehehehe...
***Nak tunggu de keta sendiri br nak pasang NGV or nak psg kat keta abah aku ni dulu??? Think2...
pengganti
Pengganti mmg susah nak cari pun. Tak kesah la pengganti pe2 pun. Tmbh plak sumthing yg kt syg. Hmm... Tetiba teringat pasal payung aku yg penuh kenangan. Ilang sbb gaduh ngan dak 1 aras. Dak benggong. Yg slalu wat aku sakit ati. Gerenti la die nye hal. Huh...
interview session
Yg dtg 1st td, dak tuh anak yatim piatu. Die nak sangat2 keje. Pengalaman zero. Sama cam aku masa mula keje dulu gak le. Aku nak je jawab camtuh td kat pacik aku. Tp mls plak nak komen panjang2. Slalunya kalau org mmg nak keje ni, diaorg akan wat keje tuh sungguh2. Ini dr pandangan aku la.
Skang tgh on interview 3rd candidate. Nak guna 2. Short listed 3. Yg dtg hnya 2. Kemungkinan besar tuk 2org nih dpt adalah sgt cerah. Tp byk faktor yg perlu bos aku pertimbangkan. Owh... Terasa cam skang nih zaman gawat lak. Aduhyaiii... Biler dah kje. Dah pegang duit sendiri br la terasa nye. Kene pandai manage duit. Takde pe2 pekdah pun kalau gaji dibayar 2 kali sbln. Andai gaji sbln dibyr 2kali dgn jumlah yg sama, bgs gak. Ni jumlah yg sama, dibahagi 2. Lagik payah nak manage.
Opsss... Teremo lak sy. Lama gak seseorg candidates ni di interview. Of coz la tak tanya latar belakang company. Just tanya pasal jawatan yg diaorg apply je. Tak perlu study pe2 pun. Dah lamer aku tak raser di interview. Lagipun aku dah lama tak aktif hantar resume. Biler baca resume org hantar, ada gak aku rasa impress. Dr resume je kt dah leh bayangkan seseorg. So, tips org nak mencari kje. Pandai2 la jual diri anda. Mula dari peringkat resume lagik. Bior org impress. Kalau bleh la, hantar la printed resume atas kertas berwarna. Semangat lebeh skit nak membaca. Ahaksss... Saper yg hntr tru online, tlg hntr resume yg di attach dlm words/pdf.
Aku cuak tol kalau tiap kali aku dpt pnggilan interiew. Rs cam tak cukup ilmu di dada je nak persembahkan apa yg aku ada. Uishhh... Walaupun belajar smpai peringkat yg agk tinggi. Tu la. Aku ni kurang membaca. Fiction book rajin la baca. Non-fiction, non ada rajin. Camne nak bertambah ilmu??? Haihhhh...
good luck
Aku pun tak sure lagik naseb aku ni camne. Tp yg pasti biler budak baru ni masuk... Biler dia akan mula keje??? ASAP... Hari ni interview. Sok mula keje. Cepat tak?? Biler budak baru ni masuk, aku kene pindah work station. Ini sudah semestinya menyebabkan aku terpaksa berpisah ngan komputer baru ini.. Tu yg plg sedey. Sbbnye komputer aku skang nih dah BESSSTTT!!!
Lupakan pasal kebestan komputer. Sampai biler aku nak ditangkuk yg lama. Aku perlukan anjakan paradigma tuk ubah idup aku ke stage yg berikutnya. Kalau tak smpi biler baru aku nak jadi setaraf cam Yums. Ehehehehe...
***Hopefully, dak kg aku berjaya. Lalalala... (1 of the short listed candidates tuk interview ari ni 1 kampung ngan aku. 1 kampung ngan big bos. Harapan tuk die terpilih agak cerah. Kesungguhan yg ditunjuk pun agak memuaskan ati semalam die dah survey ofis kat ne. Xtra kredit.)
Wednesday, June 18, 2008
Shema + Syazana
Mlmnya plak aku sms ngan Syazana. Lame giler tak dgr citer die. Biler tah kali terakhir aku kontek ngan Syazana pun aku tak pasti. Syazana pernah jadi klasmate aku kat skolah ngan kat matriks. Tak silap aku ktorg classmate maser skolah rendah. Masuk skolah menengah walaupun sama skolah, ktorg lain klas. Lepas form 3, Syazana masuk MRSM. Saper sangka masuk matriks kitaorg sama praktikum. Walaupun tak kamceng sgt, ktorg tetap kawan. Die dah abeh blajar. Opsss... Skang ni kene panggil die doktor Syazana. Bukan Syazana dah. Ehehehe... Sori yerk Doc Syazana Ishak. Ahaksss...
Seronok biler skali skala berhubung balik ngan kengkwn lamer nih. Best plak dpt dok update Syazana pasal citer kengkwn sumer. Phm2 je la. Dak yg studi ilmu kedoktoran ni, cabaran diaorg extra. Bukannya aku nak pekecikkan subjek lain. Aku cumer kate, org yg bljr ilmu kedoktoran ni kene extra rajin. Kocik2 dolu, den pun cito2 nak jadi doc. Biler dah makin besor ni, sedor akan pengorbanan yg perlu aku lakukan, makanya, dah berubah la interest aku. Ahakss...
***Yums, kate nak gather. Bilernye??? Ko la plak yg setting tarikhnye..
berani tp takot
hanya ingin kau tahu
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
---Republik, Hanya Ingin Kau Tahu---
***Lagu ni aku dpt dr MaiH. Disebabkan keinginan nak tau saper punya lagu, aku pun mencari la. Akhirnya berjumpa jua. Ehehehe... Bab2 camnih aku mmg gigih terlebih nye. Hmm... Kalau klu cukup, mmg terjumpa jugak la pe yg aku mencarinya. Kalau klu & info tak cukup, mungkin sukar skit nak mencari. Hahahaha... Usaha tangga kejayaan. Tetiba plak. Menggong tol aku nih... Ahakss...
keadaan skang
Ok, katakanlah korg dah naikkan harga makanan tuh, saiz patut dikekalkan. Ini tak, harga korang naikkan. Pastu saiz plak makin kecik. Bukan fast fud ni je. McD pun samer gak. Mcm filet o fish. Kalau makan, suap beberapa kali je dah abeh. Owh... Bukan fast fud je la. Lepas mkn smlm aku gi beli brg kat Giant. De jajan yg di pek dlm pek kecik2. Kire bundle la. Pek kecik byk2. Harga aku tak sure la maintain or naik lagik. Yg obvious, packing makin kecik. Kalau makan pun wat lekat celah gigi je. Isk2...
Ekonomi skang sgt2 menakotkan la. Serius... Dlm berita smlm, pengerusi TNB tak silap. Gaji die naik 100%. Dah gaji die mmg byk. Naik plak 100%. Hmm... Pagi ni aku tak sempat lagik nak selak surat khabar. Jap lagik la kot. Pagi ni aku tak bz sgt. Mungkin blah2 ptg kot br bz. Ahaksss...
Tuesday, June 17, 2008
busan sesorg???
Ntah le. Dengan komputer de internet ni, agaknya aku tak busan kot. Mungkin juga aku dah terbesa idup sebagai lone ranger. No big deal tuk aku berseorang kat opis ni. Tp kalau time keje menimbun, pusing gak le kepala. Sumer nak harapkan aku yg bertangan dua & berkaki dua. Mata kekadang 4. Muahahaha.... Cam keadaan skang ni la. Keje tgh byk. Sumer mai lambak keje kat aku. Naseb la ade adek aku. Tak banyak de la skit2 aku pas keje kat die.
InsyaAllah, tak lama lagik aku tak lone ranger dah. I mean dlm soal keje pejabat la. Kalau hubungan sosial lak. Hmm....
Sepi....
Itu adalah perkataan paling tepat. Ahaksss... Tetiba je. Out of topic tol.
Kepala aku pun pusing skit nih. Pasal pe tah le. Takat asyik nak kene makan ubat tahan sakit je. Spek. Aku terlupa plak nak bawa. Kekadang pening kepala ni disebabkan penglihatan aku. Tu tuk aku la. Tuk korg yg di luar sana maybe situasi kt lain.
Aku berhajat ngan adek aku nak tgk wayang malam Rabu. Esok. Tp mcm tak jadik je. Nak tgk Kung Fu Panda kalau tak. Tp mlm semlm ktorg dah tgk pun citer tuh. Thru dvd. Klakor la. Comey giler panda tuh. Pengajaran dr citer tuh terang lagik jelas. Kita kene percaya. Percaya pd diri sendiri. Percaya dgn kebolehan org lain. Itu kunci penting. Citer katun camtuh pun de selit unsur2 pengajaran..
K la... Nak sambung tugas aku semula. Kalau kesempatan ptg kang aku corat coret lagik.