Monday, June 30, 2008

WANTED


Citer aku nonton semalam sebelum hantar adek aku blk. Aku hantar die kat komuter je. Pastu pandai2 die la nak blk. Anak lelaki. Takkan nak kene tunjuk jln kot. Plan asal nak tgk Sepi. Tp tak jadi sbb Sepi lambat skit tayangannya. Biler dah beli tiket citer Wanted br die gitau aku. Yg ari Rabu die nak gi tgk ngan gf die kat Ipoh. Cis2... Naseb bek la kakak mu ini seorg yg baik hati. Syukur la.. Haha..

Citer ni pasal Wesley yg keliru mengenai siapa diri dia yg sebenarnya. Biler kat opis die selalu tewas dgn rakan2nya. Tewas dr segi miengawal emosi die. Die sering kalah ngan leteran supervisor & so call kawan baik die yg meniduri gf die dlm masa yg sama. Dari kecik die tak pernah berjumpa ngan ayah kandung die. Seringkali Wesley meng'google' nama die. Tp jawapan yg diterime. 'No documents found'.

Dlm maser yg sama, wujud suatu kumpulan yg dinamakan Fraternity (kalau tak salah camni la ejaannya). Kumpulan ni berfungsi sebagai pembunuh upahan yg membunuh atas dasar naseb (faith). Naseb yg menentukan seseorg itu harus pergi (mati). Mereka beroperasi di suatu gedung membuat kain. Cara diaorg mengenalpasti siapa individu yg harus dibunuh pun pelik je. Melalui sulaman kain. Cam ada kod yg diperolehi dari situ.

Terdapat 2 org pembunuh upahan yg sgt handal dlm kumpulan itu. Salah seorgnya adalah bapa Wesley. Sloan, adalah kepala kumpulan ini. Die sgt marah apabila salah seorg dr 2 org handalan itu telah kuar dr kumpulan, Cross yg kuar dr kumpulan Fraternity. Suatu hari, Cross telah membunuh rakan (yg berkhidmat untuk Fraternity) die yg juga handal di atas bumbung bangunan. Disebabkan kematian org handalan dlm kumpulan ini, Wesley telah dijejaki oleh Fox, ahli Fraternity. Kumpulan Fraternity ini telah melatih Wesley untuk membunuh kembali pembunuh upahan yg belot dr kumpulan Faternity ini.

Kumpulan Fraternity ini telah mengatakan kepada Wesley bahawa yg mati dibunuh itu adalah bapa Wesley yg tak pernah ditemui oleh Wesley. Owh... Terlupa plak saya nak memberitahu sesuatu yg penting. Wesley mempunyai kelebihan yg tak de pada org lain (dlm citer tu la).

Mcm2 yg diaorg latih Wesley. Siapa Angelina Jolie dlm filem ni??? Dia adalah anggota Fraternity. Satu2nya pompuan dlm kumpulan itu. Nm dia Fox. Fox ditugaskan untuk melatih Wesley. Selepas diberi latihan intensif yg bersungguh2, Wesley dpt menguasai semua teknik2 pembunuh upahan yg berjaya. Dia yg taksub ngan kata2 Sloun yg mengatakan ayah Wesley telah dibunuh oleh Cross, bersungguh2 nak blk bls dendam blk ngan Cross.

Sebelom ditugaskan untuk membunuh Cross, Wesley dikehendaki tuk membunuh org yg tak dikenali dahulu. Fox telah menemani Wesley tuk melaksanakan misi pertamanya. Wesley ada bertanya, kenapa org itu harus dibunuh.. Fox menerangkan. Nak tau pe yg Fox terangkan, silalah tonton sendiri. Aku tak ingat pe yg Fox terangkan. Ehehehe.. Tp de sangkut paut ngan sorg hakim/peguam & anak perempuanya yg maseh kecil.

Di sinilah wujudnya kaitan tajuk Wanted itu. Cross yg dikehendaki oleh Wesley. Wesley yg dikehedaki oleh Cross. Siapa Cross yg sebenarnya?? Berjayakah Wesley membunuh Cross???

Saksikanlah sendiri.. Ehehehe...

Jap2...

Aku nak sambung skit lagik la.

Semasa Wesley mendapat tugasan tuk membunuh Cross, Fox pula mendapat tugasan drpd Sloun tuk membunuh Wesley. Hmm..

Dah penghujung citer tu br de konflik yg agak hebat. Aha... Br skang aku terperasan itu. Ehehehe...

Adek aku ni tau nak mkn je. Isk2..
(Aku bg chance kat adek aku mkn dulu popcorn tuh. Pastu turn aku plak. Ehehehe...)


Hampir penuh gak panggung semalam.



***Org yg dok belakang aku cam pelik je. Pe hal la budak ni dok bergambar dlm panggung. Naseb la kamera aku takde flash. Kalau tak lagik clear gmbr yg aku dpt tangkap + men'capub' (cari publisiti) la plak. Hahahaha...

No comments:

Google