Thursday, June 19, 2008

ngv

Memandang tugas aku lepas ni banyak kene kuar, bos aku de suruh aku wat survey tuk pemasangan NGV kat keta. Bgs gak tu. Tp keta yg aku guna skang nih keta abah. Takkan sesuka ati aku je nak bagi permission direct camtuh. Kene mintak izin tuan punya keta dulu. I'm planning to have my own car too. Tp tu la. Duit simpanan blom cukup lagikla. Selama aku keje nih, ciput je br dpt di saving kan. Tu pun lepas cutting drpd beberapa perkara. Adushhh...

Skang nih harga petrol mmg tinggi. Kbykkan pemilik kereta dah mula serbu pusat pemasangan NGV. Dr pe yg aku terjumpa hasil surf aku tadi, byk pusat pemasangan NGV dah penuh planner diorg. Dah rmai org book. Kalu nak pun kene tunggu lagik 2,3 bulan. Pastu aku de gak terbaca yg harga pemasangan NGV ni akan meningkat. Dr 1 sumber yg aku dpt, semua komponen sistem NGV adalah dikecualikan dari cukai import dan cukai jualan. Harga plg murah boleh didapati pada harga RM2,700.00.

Kalau ikot perkiraan tuk masa depan, untung lagik ngan penggunaan sistem NGV ni. Tp nak kuarkan sebeban RM2,700.00 or more mmg payah. Pikir2 balik, berbaloi. Pertama sekali selepas pemasangan NGV, pengguna akan menghadapi 1,2 masalah. Atau mungkin lebih. Sementara menanti enjin dpt berkerjasama ngan penjana tenaga baru. Ni dr pembacaan aku. Semua pengguna NGV yg baru selesai memasang sistem ini akan menghadapi masalah yg sama. Perlu tune beberapa kali supaya enjin dpt menjumpai keserasian.

Guna NGV ni bleh je bersama petrol. Andai kita gi ke kwsn yg takde stesen NGV, bleh guna petrol. Tp murah beb kalau guna NGV. Full tank br RM10 or less. Bleh jln about 200km. Uhhh... Kalau ngan petrol skang nih. Nak jln tuk 200km, tuk keta yg aku guna skang, perlu petrol RM50++ kot. Sbb kalau dulu, RM40.00 aku leh guna smpai 230-250km. Isk2...

Pemasalahan lain yg sedikit menyerabutkan kepala. Tank nye agak besar. Kalau pasang kat keta aku, nnti spare tayar dah tak leh dok kat tmpt die dah. Kene didirikan or bersandar pada dinding tong NGV. Pastu, makin kurang space tuk bag. Bg aku yg kalau travel sorg ni, ok lagik la. Kalau pasang kat family car aku, aha... Maknaya ktorg kene tmbh carrier kat ats bumbung keta la. Isk2...

Fikir2... Baik dan buruknya. Pemasangan NGV gak membolehkan rebet road tax sebanyak 25%. Byk tuh.. Kebaikan yg plg utama. Penggunaan NGV ni tidak mencemar alam sekitar. Tu plg penting. De kat satu forum nih, forumer tuh tanya naper kat tv takde pun iklan yg beria promote NGV. Sblom2 nih aku ingatkan NGV hanya dikhaskan tuk pemandu teksi. Sampai la ke thn lepas or sekitar 2006 baru la aku tau yg keta besa pun leh je kalau nak pasang NGV ni. Ehehehe...



***Nak tunggu de keta sendiri br nak pasang NGV or nak psg kat keta abah aku ni dulu??? Think2...

No comments:

Google