Saturday, May 30, 2009

noraini & fawwaz

Singgahsana buat pengantin baru. Tema hijau putih.

Wah... Lamer benor aku tak ngadap blog aku ni. Mengupdatenya. Terasa kurang kerajinan. Tu pasal blog ku tak hapdate. Ini adalah live update sempena hari berbahagia sahabatku, Noraini & pasangan.

Dengan ini di umumkan, Noraini telah bertukar status dari Cik kepada Puan. Hiksss...

Aku, Mai & Awa meraikan pernikahan Noraini pagi tadi. Kemudian, tiba plak seorang lagik kawan kitaorang sesudah majlis penikahan berlansung. Its hard to say NO. NO tuk perkara apa??? Biarlah aku sahaja yg tahu. Lalalala...

Aku telah dijemput oleh cik MaiH di rumah. Semalam punya info yg aku dapat dari pengantin, majlis akad nikah akan berlansung di masjid berdekatan kawasan perumahannya. Setelah hampir 15 minit menunggu, aku ngan MaiH rasa cam heran naper pengantin tak datang lagik.

Tros roger Awa. Rupanya venue telah berubah la. Noraini dah inform aku. Aku la yg salah sebab tak mengemaskini perkembangan semasa di handphone ku yg di anak tirikan itu. Hikss... Maaf la ye kengkawan ku sekalian. Aku yg salah.

Naseb baik la ketibaan kami ke masjid di pekan tak kelewatan. Sempat menyaksikan upacara akad nikah. Pasangan pengantin adalah sangat cool. Di luar memang nampak cool. Dalaman, hanya mereka sahaja yg tahu.

Bakal pengantin yg sedang menunggu giliran tuk dinikahkan. Tapi skang ni dah bergelar suri kepada Fawwaz pun. Taniah...

Bertiga menghadiri upacara akad nikah ini. Tu pun dah cukup kecoh. MaiH & Awa mengambil berkat dari pengantin. Aku jauh skit. Sebab maseh tiada perancangan. Dok mencari lagik. Hiksss... ***Terpromote la plak.

Tengah mendengar skit khutbah dari tok kadi. Sedikit nasihat dalam melayari bahtera.

Menerima mas kahwin dari suami. RM 1,001.00. Takde plak gambor akad nikahnya. Sebab maser tu aku dok perhati dari jauh je.

Menyarung cincin tanda mereka telah disatukan. Alahamdulillah. Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Aminn..

Ciuman kasih dari sang suami kepada sang isteri. Tapi sebab awning tu terlebeh sudah, dapat kiss awning je la yerk... Takpe2.. Nanti wat aksi kiss yg lain plak. Opsss... Terlebeh sudah...

Shy2 cat lagik. Maklum la. Baru sah sebagai pasangan suami isteri. ***Ini adalah penyataan benar dari Fawwaz. Bukan aku sengaja reka.

Makan beradap la plak.


~~~Alhamdulillah.. Majlis berlansung ngan lancar. Selamat menjalani kehidupan baru buat sahabatku. Coming soon, beberapa orang sahabat yg akan menamatkan zaman bujang mereka tahun hadapan. Taniah in advance. Aku??? Walallahualam.. Andai ada jodoh, ada la. Kalau takde, begini la aku. Meraikan kawan2 & menumpang kegembiraan mereka. (^_^)

2 comments:

mysenoir said...

gle pantas update! efisien! i ni gmbr pn tak transfer g. hehe

r3dl0v3r said...

pantas & efisen adalah kerna menggunakan khidmat tukang upload gambor kat umah. kalau nak harap diri sendiri, lambat lagik la kot up citer kawen mawen noraini ni. skang tgh tunggu gambor mengediks kita beramai2. ahaksss...

Google