Wednesday, May 6, 2009

NH Detoxlim

PERHATIAN!!!
Entry ini agak kotor. Uhhh...

Meh sini aku khabarkan kepada kalian produk baru yg aku telah mencobanya. Ada sebab kenapa aku mencoba produk ni. Bukan sesaja je aku nak menggunakannya.

Ni la rupanya produk tu. Natural Clenx Tea. Adek aku gelarkan teh herba.
Pic. credit to pandora-beautygallery.


Produk ni bukanlah produk pelansingan. Ia lebih kepada membersihkan kolon a.k.a usus besar. Melawaskan pembuangan air besar la ayat yg senangnya. Aku adalah seorang yg sukar nak memerot. Kena datang feel nak memerot, baru senang nak memerot.

Sesetengah orang memang dah jadi rutin harian. Pagi sebelum siap2 kuar keje dah mengosongkan tangki septik mereka. Badan pun tak rasa terbeban. Tu apa yg aku rasa biler mula hari dengan tangki septik berjaya dikosongkan. Bukan kosong 100%. Uhhh...

Moh ke produk ini tros citernye ye. Kang aku mukadimah, panjang lak entry ni jadiknya. Ehehe...

Produk ni di ambil selepas makan. Saranan dari aku, jangan kerap ambil produk ni. Maksud di sini adalah jangan plak tetiap lepas makan gi hadap produk ni. Elakkan juga mengambilnya setiap hari.

Aku kata camtu sebab kalau badan dah terbiasa ngan rutin ni, nanti badan tak dapat berfungsi secara semulajadi untuk membuang segala isi usus besar yg tak diperlukan lagik a.k.a najis. Tros kena bergantung ngan produk ni tuk memerot. Owh... Tidak bagus.

Setakat ni, aku baru ambilnya 2 kali. Aku memang excited biler dapat memerot tanpa paksaan ni. Ehehe... Terasa ringan badan. Nak makan2 pun sedap gak. Hahaha...

Tapi kan, selepas aku mengambilnya tuk kali ke-2, badan aku cam letih & lembik. Keesokannya aku jadik seorang yg mandom. Pastu asyik memerot la plak. Tak makan pun memerot gak. Sampai pewot masuk angin.

Ahhh... Sudah. Tros aku teringat pesan abah aku. Jangan amalkan amek produk ni setiap hari. Aiseyyy... Ni sumer sebab excited memerot. Terlupa dah pesanan abah aku.

Hari ke-3, walau aku terasa nak memerot, aku tak dapat lepaskan hajat. Uwaaa... Tekanan beb. Aku cuba cari alternatif lain dari mengambil produk tu. Aku pilih makan buah.

Alhamdulillah. Hari ke-4, pewot aku dapat menjalankan proses memerut dengan lancarnya. Hiksss...

Produk ni merupakan minuman. Rupa macam teh. Rasa nya adalah tidak enak langsung. Uhh... Bila aku kenang2kan kembali keadaan pewot aku ketika itu, aku gagahkan diri menelan air ini.

Mudah je penyediaannya. Masak air. Rendam sepeket teh ke dalam air panas yg telah masak. Tak payah bubuh gula. Bila agak2 dah suam, bleh minum. Kesannya, sok hari akan kamu rasai.

Satu kotak ada 20 bungkus. Harganya masa aku beli adalah RM28.70.

Penyebab aku menggunakan produk ini adalah kerana aktiviti makan2 yg banyak kala percutian hujung minggu yg lalu. Bila dah balik kampung, memang akan banyak aktiviti makan2. Camno la mo diet biler disamping keluarga ku??? Uhh...


~~~Mungkin disebabkan pengambilan produk ni menyebabkan aku menjadi letih & mengantok selama 2 hari berturut2. Kesan detoks. Yupsss... Produk ni juga berfungsi sebagai agen detoks. Bagus.. Bajet pun ciput. Tapi takleh amek selalu. Tuk elak kesan kebergantungan kepada produk ni.

5 comments:

Anonymous said...

produk ni tak bahaya lah ye? betul ke produk ni tak boleh kuruskn badan? thanks..

Anonymous said...

produk ni tak bahaya lah ye? betul ke produk ni tak boleh kuruskn badan? thanks..

ad|haw33da said...

alhamdulillah.. setakat yg i dah guna produk ni, takde plak bawa kesan sampingan yg bahaya. i tak rasa pun produk ni leh kuruskan badan sbb i tak kurus2 pun. objektif utama adalah mengurangkan buncit pewot akibat kurang lawas.

Anonymous said...

dah 4 kotak i pakai produk ni,alhamduliullah...memang ada perubahan,sebenarnya i dah putusasa sblm ni,entah brapa produk i ambik.. langsung tak berksan..sjak i cuba produk ni,i smakin yakin..dulu pewot i ni mcm sparetyre,karang ni ilang dah.

izan said...

senang nk ke tnds n x perlu duk lama2, tapi kdg2 terasa pedih perut saat selepas minum 4 atau 6 jam

Google