Friday, May 15, 2009

pemandu & pemanduan

Memandu adalah satu keseronokan buat aku. Tapi bila didatangi dugaan ketika memandu, kekadang tahap kesabaran ku teruji.
---Gambar ihsan cik Google.


Banyak entry aku minggu ni berkisarkan tentang pemandu & cara pemanduan. ***Lebih dari 1 kire banyak la tu ek. Saper tak reti kire tu, sila balajar dengan Idlan. Hahaha...

Aku ni pun bukannya tertib & mengikut peraturan jalan raya 100%. De gak yg aku pejam2 mata or buat2 terlupa. Isk2... Tapi kan, kekadang tu hangin jugak bila kena cabar.

Kalau hangin aku agak kurang positif, mo aku sahur cabaran yg diberi. Tapi kalau hangin aku baik, tak dilayannya cabaran korang tu.

2 hari lepas aku hangin ngan sorang drebar pompuan bawa proton blm kaler itam. Jalan 2 lorong. Aku di sebelah kanan. Sebelah kiri ada lori. Di terima. Sebab belah kiri adalah tuk kenderaan yg bergerak perlahan.

Baru je mula gerak dari lampu insyarat. Datang keta yg disebut di atas dengan agak sederhana laju. Tetiba je himpit2 bonton keta ku. Then nak overtake aku.

Akak tu rabun ke apa. Dari arah bertentangan skit tak kurang banyaknya keta. Ko lagik mo overtake aku. Dah blah kiri tak lepas dia nak mencelah. Nak cepat2 pun agak2 le.

Sampai kat satu jambatan tu, nak je aku himpir keta dia ke kiri tros. Ahhh.. Mengenangkan akak tu, panas je aku. Uhh..

Dah balik dari keje pun maser tu. Takyah la nak berebut camtu skali. Aku pun nak cepat sampai umah gak. Takde plak aku ganggu perjalanan orang lain.

Kerana pemanduan seperti akak tu la menyebabkan kesesakan jalan raya yg memang sesak. Kejap cilok ke kiri. Kejap lagik cilok ke kanan plak. Tak reti nak sabor.

Bukan takat dalam perhubungan je kena ada tolak ansur. Bawa kereta pun kena tolak ansur gak. Dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dengan teruknya.

Uhh... Ngeluh sakan la aku. Kejap lagik nak menempuh jem. Pastu Isnin menempuh jem lagik. Kurus la aku camtu.

Menempuh kesesakan lalu lintas di atas adalah sangat menduga tahap kesabaran seseorang. Aku tabik spring kat orang yg berjaya mengharung kesesakan seperti ini setiap hari tuk ke tempat kerja. Aku kena melaluinya seminggu 2 kali pun aku dah ngeluh sakan.
---Ini bukanlah suasana sebenar kesesakan yg di lalui oleh aku.


Hahaha... Takde maknanya.

Aku nak kena beli kudapan supaya aku tak kurus. Hikss.. Buhsan beb kalau terperangkap dalam jem lelama. Pastu tengok keta lain sesedap rasa dok mencilok kat lorong haram. Nak je join. Tapi pikirkan perasaan pemandu lain, aku redha je.

Takyah buat orang marah ngan aku. Bior le orang yg buat aku marah. Menguji tahap kuatnya iman ku. Hmm...


~~~No wonder aku hangin je di atas jalan raya. My monthly besfren pay a visit la. Hiksss... Gambar, trimas cik Google.

No comments:

Google