Tuesday, May 19, 2009

internet relay chat

Di sini la aku mula belajar chatting di internet. Lama jugak aku menggunakannya. Sampai dah masuk uni pun still menggunakannya. Keseronokkan chat bermula masa aku form 3. Uhh.. Dah le tahun tu nak PMR. Sesuka hati je men chat.

Aku ngan Miss Xara pernah gak tertanya2 samada wujud lagik ke tak mirc ni. Dengan menggunakan kuasa cik Google, aku mendapati mirc maseh releven lagik rupanya. Ingatkan dah tak releven. Hiksss..

Perbezaannya ngan laman sembang maya seperti ym, aku tak pernah masuk public chatroom. Aku hanya chat ngan kengkwn aku je. Biorlah aku tak belajar menggunakan public chatroom. Kang lagik ralik plak.

Banyak lagik la sebabnya.

Tapi aku btol2 tak hengat pe nick aku masa guna mirc. Haihh.. Jenuh gak aku memerah kepala otak ku ini. Tapi tak ketemu juga jawapannya. Uhh..

Ni sumer kerna aku tak pernah stick ngan 1 nick name sahaja. Tapi skang ni, aku dah jumpa nick yg aku sukai. So, setia pada yg satu sahaja. Opsss.. Silap. Setia pada yg dua. Hiksss..


~~~Sesaja nak imbau kembali zaman kegemilangan. Hiksss.. Dah le ngan internet kat opis ni asyik sesangkut je bila petang menjelma. Naper tah le. Kalau pagi tu, lancar je. Tak mo bagi aku berpoya2 ngan blogging la tu. Uwaaa.. Sebelah pagi harus aku siapkan tugasan dulu ma.

No comments:

Google