Sunday, May 17, 2009

handphone hilang

Gambar ini ada kaitan ngan tajuk past. Tuk cerita selanjutnya, sila scroll ke bawah ye. Ni adalah lokasi maxis centre kat2 area Kamunting.

Owh... Bukan kepunyaan ku yg hilang. Bukan juga kepunyaan adek2 ku. Tapi kepunyaan kawan adek aku. Disebabkan peristiwa kehilangan handphone ni la jugak telah membuatkan abah aku berhandphone baru.

Well, setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Contohnya adalah seperti kisah dalam entry aku ini. Sebabkan kawan adek ku yg hilanga handphone, abah aku dapat handphone baru. Dapat tu maknanya dibeli oleh abah aku sendiri la. Ehe...

Kaitannya antara handphone kawan adek ku hilang ngan abah dapat handphone adalah kerna masa kejadian hilang handphone kawan adek ku terjadi, handphone tu berada dalam simpanan adek ku. Masa tu adek ku ke saringan tuk memasuki angkatan tentera.

Aha.. Adek ku memang nak masuk tentera. Tapi apa kan daya. Bukan mudah nak melepasi tapisan pertama. Proses tapisan tu berlansung selama 3 minggu. Adek ku kandas pada minggu ke-2. Takde rezeki barangkali.

Mereka2 yg menyertai program tapisana/saringan ni tak dibenarkan bawa handphone. Tapi paham2 je la. Handphone tu dah jadi keperluan pada zaman skang ni. Kalau takde handphone tu, tak senang duduk dibuatnya. Bukan pada aku la. Sebab handphone ku kebanyakkan masa adalah sunyi sepi. Hmm..

Sebab handphone kawan adek ku ilang ketika dalam penjagaan adek ku, kena la adek ku ganti. Mujur la yg hilang tu handphone cikai. Kalau pda ka, handphone yg canggih manggih ka, harus la terduduk sat parents aku memikirkan nak menggantikannya.

Bukan takat parents aku ja. Adek ku pun pasti ngan segera mo menarek diri sudah. Sebab bila kejadian ni berlaku, adek ku tros ilang semangat skit. Dan2 cakap tak kena ngan dia la program ni. Walhal dia yg beria nak gi. Isk2...

Terkenang kembali masa adek ku form 1. Beria benor nak masuk asrama. Pas beberapa hari kat asrama, dah gaduh nak balik umah. Dekat setahun la parents aku kena gi skolah dia tiap2 minggu. Dok pujuk supaya stay. Adek ku plak, tiap2 kali tepon abah aku dia gaduh nak balik. Kenangan. Skang adek ku dah besor panjang. Aku dah kemetot.

Masa handphone kawan adek ku ilang, sim adek ku yg de dalam tu. So, sorang lagik adek ku gi la maxis centre. Block sim tu. Supaya tak dapat di gunakan lagik. Kot2 de balance yg banyak dalam sim adek ku tu. Diberitahu yg baki nye tinggal RM9 lebih.

So, bila adek ku yg dalam saringan tentera tu dah pulang, aku yg bawa dia gi maxis centre tuk amek balik sim nya. Sebab orang len tak leh amekkan kecuali dia sendiri. Kebetulan masa tu aku kat umah.

Adek ku adalah terkujat sedikit sebab kredit nya telah bertambah. Maser last sim adek ku ada kat dia, baki hanya ada RM2 je. Mesti orang yg curi handphone tu top up dah. Tapi cam pelik skit di sini.

Rajin sungguh pencuri tu gi topup. Patutnya guna je la baki kredit yg de. Pastu buang sim tu. Gi beli sim baru. Sim adalah sudah murah skang. ***Sim tu adalah short form tuk sim kad. (^_^)



~~~Aku nak guna gambar yg de dalam simpanan aku. So, wujud la entry ini. Lagipun aku tengah rajin update. Entry ni disediakan di hari Jumaat. Tuk autopublish hari ni. Mencuri itu adalah tidak baik ye adek2 & kengkawan sekalian. Walaupun niat tuk membantu orang susah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

No comments:

Google