Thursday, May 7, 2009

ayuh ke utara

Soknya, hari Jumaat, 01/05/09, bersempena ngan hari buruh, aku sekeluarga gerak balik kampung sebelah abah aku. Kat Perlis. Aku asyik bising je tak dapat ikot parents aku balik kampung. Dah lama siot aku tak balik. Jakun sebentar biler tengok de benda baru. Lama tak lama pun, de la kot dalam 2 tahun.

Tak balik kampung tak bermakna aku tak berjumpa sedara2 aku. Ada jumpa. Macam paksu aku, selalu gak datang lepak2 umah aku bila cuti panjang. Maknjang aku de gak singgah umah aku on the way nak ke KL. Aku kontek gak ngan sepupu aku. Well, jangan sia2kan teknologi yg ada. (^_^)

Lepas subuh hari tu tak sambung tido dah. Tros siap2. Bajet nak sampai kampung before sembahyang Jumaat. Hari Jumaat ma...

Mula sekali gi setelkan beberapa hal abah aku. Baru mulakan perjalanan ke utara. Ke kampung sebelah abah aku.

Tapi sebelum memulakan hari yg indah, harus isi pewot dulu. Ehehe...

Nak singgah makan kat R&R Bukit Merah. Humang aihhh... Ramai orang. Parking pun full. Abah ajak gi makan kat area Bukit Merah. Kuar dari tol plus. Tak jauh dari exit plus de kedai makan. Kami breakfast di situ je.

Aku bedal nasi lemak. Banyak lak budak kedai tu cedok nasi lemak dlm pinggan aku. Makan nasi lemak berlaukkan ikan keli goreng. Uhhh... Enak..

Makan 4 orang tak sampai RM15. Humang aihhh... Murah. Kalau kat KL, breakfast 2 orang boleh cecah RM15. Kalau ngan menu yg serupa la. Aku memang suka buat2 terkujat ngan harga makanan.

Perjalanan di teruskan selepas isi pewot. Keta banyak kat highway. Dua2 arah. Tapi arah ke selatan ada beberapa spot yg jem sampai keta stop. Mujur aku tak bawa keta. Sekali sekala mo jugak jadik penumpang tempat duduk belakang.

Sebabkan tangki masing2 masih penuh, takde la kitaorang singgah kat R&R Gurun. Tu tempat wajib tuk singgah. Hiksss...

Elok sampai umah macik aku kat kampung, diorang tengah prepare lunch. Wah.. De ikan siakap bakar. Ikan termenung. Ayam masak lada hitam. Sambal belacan. Sayur bayam. Tembikai. Tak lupa air sirap.

Owh... Tidak. Pewot ku maseh terasa penuh. Camne mo makan ni. Uwaaa...

Aku hanya meratah lauk je. Kang tak makan, tak manis plak. Lagipun aku tak nak melepaskan peluang merasai masakan kampung. Yummy!!!

Aku tak nak pekena makanan banyak2 sebab de lagik 2 acara. Nak pekena laksa kuala (sebutnya kola) & nasi ganja. See.. Ada2 je nak makan.

Lepas Jumaat baru acara lunch kat umah macik aku. Lepas makan & rehat2 sebentar, ayuh SHOPPING!!!! Kat mana lagik kalau tidak di padang besar.

No comments:

Google