Friday, May 15, 2009

ini bukan diet yg sihat

Hari ni kan sy kan sangat kan rajin kan. Sy adalah rajin di dalam kurungan. Sila maklum. Ehe...

Mula2 di awal pagi aku telah ditugaskan tuk menyetelkan hal2 di luar. Maknanya aku dah tak bz mengadap keje2 di opis. Sesekali dapat amek angin luar adalah sangat seronok. Tapi kalau sesalu2 sangat pun tak best jugak.

Hari ni nye aktiviti di luar terbahagi kepada 2. Sebelah pagi & sebelah petang or pas lunch hour. Sebabnya yg sebelah petang tu jauh skit perjalanan aku. Lagipun de mende yg tak setel lagik.

So, aku kan rajin (mim-alif-lam-sin). Aku adalah nak update blog sebab aku de bawa lappy kesayanganku ke opis. Ehehe.. Sebab tu aku lagik la kalau boleh tak mo berurusan di luar.

Mende yg tak setel lagik tu adalah mende yg aku nak kena submit sebelah petangnya. Sebabkan aku ni adalah rajin, aku buat slowly je mende tu. Bila bos lalu depan bilik aku, aku adalah buat sibuk2 ngan mende tu.

Bila bos ilang dari pandangan, aku adalah ngadap blog tuk di update. Ahakss.. Bocor udah rahsia gue. Satu lagik sebab aku bawa lappy adalah kerna antivirus nya udah expired. Perlu di update. Aku kan sayang lappy ku.

Owh.. Dah tengahari tadi sedang aku buat kerja (ni betul2 buat kerja, bukan kerja update blog tapi kerja di pejabat ek), si Nobita sms. Hiksss... Jangan marah miss Nobita.

Dia tanya dah lunch ke blom. Dan2 tu jugak perot sy bagi signal lapar. Adehhh...

Sebabkan sy tengah angin tersangat rajin, gi pantry dah selongkar makanan. So, di bawah ini adalah lunch sy tuk hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ni la juadah tak seberapa itu. Biskut kering 2 keping & kopi panas. Tekak ni tak dapat menolak kalau kopi panas2 camni. Sy adalah suka minum air panas yg memang panas. Tak baper suka kalau yg suam2 kuku itu. Kalau panas, bior panas betol. Kalau sejuk, bior sejuk betol. No yg tengah2.

~~~Walau takde mende nak update, tangan aku ni gatal je nak menaip. Tambah plak menggunakan khidmat lappy ke tersayang. Lagik la tak dapat nak menolak keterujaan tuk hapdate. Lalalala...

No comments:

Google