Saturday, May 23, 2009

fh, f & s

Dikisahkan semula oleh aku.

Ini kisah yg dilalui oleh sepupu aku. Dia citer kat aku. Aku citer balik di sini. Mungkin boleh dijadikan sedikit iktibar buat kita semua. Walallahualam...

Sepupu aku, FH, mempunyai 2 orang sahabar akrab. Salah seorang dari nya tinggal berdekatan ngan rumah FH. Nama dia S. Sorang lagik nama F. Persahabatan bermula sejak dari Matriks.

S & F melanjutkan pelajar ke pusat pengajian yg sama setelah habis Matriks. Siapa hujan akan turun ditengahari. Hmm..

Setelah masing2 menemui teman mesra, FH mula merasakan yg hubungan mereka semua semakin jauh. Sehinggakan teman baik bernama F bertunang tidak dikhabarkan kepadanya. Apa lagik, menangis kerana terkilan diperlakukan sebegitu oleh teman baik.

Sedangkan sebelum itu mereka sering berkongsi suka duka bersama. Berita segembira begitu lewat dikhabarkan. Mana la tak rasa kecewa. Mungkin ia di anggap remeh oleh sesetengah orang. Tapi hati seorang perempuan boleh terasa walau hanya dengan berita sebegini.

Walaupun apa yg aku alami tidak seperti apa yg di alami sepupu aku, FH, tapi aku mengerti akan rasa terkilan disisih seorang sahabat yg telah di anggap sahabat baik.

Seorang lagik sahabat baik bernama S yg tinggal berhampiran dengan rumah FH lain pula ceritanya. Selepas menemui teman mesra, S seperti kesuntukan waktu tuk berhubung & bertanya khabar dengan FH.

Setiap kali, hanya FH yg cuba menghubungi S & cuba merapatkan hubungan yg kelihatan semakin menjarak jauh. Seringkali juga S berjanji tuk menghubungi kembali FH, tapi janji hanya tinggal janji. Luka yg sedikit akhirnya semakin membesar.

Aku tak pandai memberi nasihat. Sekadar mendengar sahaja luahan dari sepupu ku, FH. Aku juga bukan seorang teman yg baik. Aku cuba memperbaiki diri menjadi sahabat & teman yg baik, insyaAllah.


~~~Harap kisah pendek ini dapat menyedarkan kita2 yg lalai tentang hati & perasaan sahabat kita yg telah kita abaikan tanpa disedari. Bukan mudah nak memulakan persahabatan. Tapi mudah tuk meruntuhkan persahabatan yg terbina.

No comments:

Google