Saturday, May 9, 2009

rokok vs karipap

Adehhhh... Takde saper ke upload iklan rokok vs karipap tu. Uhhh... Memang pengajaran tol la. Ada gak rasa nak meniru aksi yg dipaparkan. Tapi sah2 le aku takkan berani nak melakukannya. Cakap berapi bleh r.

Meh nak refresh ingatan korang yg mungkin maseh tertanya apakah gerangannya iklan itu.

Kat astro je kot ada iklan ni. Aku tak alert menda tu. Aku rasa ada kat astro je. Kelakar tahap gaban. Perokok yg telah disumbat mulutnya ngan karipap oleh seorang hamba Allah yg dok disebelah perokok itu. Memang patut pun perokok menerima azab itu.

Perokok meronta2 bila kena paksa makan karipap oleh pemakan karipap. Pastu pemakan karipap mengeluarkan statement, "Aku tak mo asap rokok, ko bagi gak aku hidu. Ni ko makan la karipap walaupun sebenarnya ko tak nak makan karipap".

Lebih kurang begitu la ayatnya. Aku tak hengat the exact statement. Tapi agak hampir dah le tu. Bagi mereka2 yg dalam usaha menghentikan tabiat yg hanya membakar wang anda sahaja, taniah saya ucapkan. Aja2...

Bagi mereka yg belom terbuka hati tuk meninggalkan tabiat yg tidak elok itu, fikir2kanlah orang sekeliling anda. Bukan sahaja anda yg rosak kerana rokok. Tetapi kerosakan turut dirasai oleh orang sekeliling anda.

Kalau tak sayangkan diri sendiri, gi hisap rokok kat dalam bilik tertutup. Bior ko sesorang je yg hidu asap rokok yg dihembus tu. Uhhh... Tetiba saya emo plak.

Mengenangkan kepada insiden yg berlaku kat satu tempat makan ni. Besa la, dah nama perokok tegar. Lepas makan mesti nak hembus2. Kot ye pun, ko bangun la gi berasap tempat lain. Memang la tempat makan tu kawasan terbuka. Tapi ramai pengunjung dok situ menanti makanan.

Ahh... Nak je aku sound pacik tu. Tapi aku nengok abah aku takde wat tindakan apa2 pun. Haihh... Takot gak aku nak sound. Walaupun disamping aku ada abah & adek aku. Hmm...

Perokok di luar sana, sila cari port yg sesuai tuk anda merokok. Selalunya perempuan akan tabik spring pada lelaki yg tak merokok sebab mereka2 iaitu lelaki yg tak merokok adalah rare. Spesis yg hampir pupus.

Gambar: Kredit to google.
Bleh je nak amek gambor kotak rokok sbb kat opis aku ni dipenuhi perokok tegar. Tapi tak kerajinan. Amek thru google saja la. Dan aku telah buh kredit di situ. Trimas ye.



~~~Sayangilah kesihatan anda & orang di sekeliling anda. Hindari dari perkara yg memudaratkan. Hmm... Cousin aku yg umur 6 tahun pun petah dok nasihat abahnya yg merokok. Sangat menggelikan hati. "Naper la abah suka rokok. Kakak pun tak tahu." "Abah ni asyik rokok je." "Apa gambar ni. Eeeee...", sambil tunjuk gambar2 mengerikan seperti di atas kepada abahnya a.k.a pacik aku. Tu antara dialog yg diluahkan cousin aku la.

No comments:

Google