Wednesday, May 6, 2009

sleepy head datang kembali

Isnin & Selasa yg baru ni adalah hari mengantok aku. Mata berat saja. Macam bergam gajah. Rasa nak katup rapat je. Seperti yg aku war warkan di sini, aku menceritakan kepada kalian kisah kelakar yg menimpa aku. Kalau korang rasa tak kelakar tu, kita nye sense of humor lain tingkat la yerk.

Aku pulang semula ke KL menaiki ketapi malam. Dah jadik rutin. Naseb la time keje aku agak fleksibel. Leh dibawa berunding. Masuk lambat, balik lambat la jawabnya. Namo2 curi tulang yerk.

Aku naik ketapi hari Isnin sebelah malamnya, kol 11.15 malam. Memang time enak la tuk tido. Tapi seharian di rumah aku banyak tido. Harapan aku agak tinggi supaya aku terlelap jua barang 1,2 jam dalam train.

Koc yg aku naik tu agak bising. Haihh... Dema ni sembang cam time tu kol 3-4 petang je. Walhal dah dekat kol 12 tengahmalam. Geram sudah datang. Camno nak pupuk mata aku supaya lelap ni. Memang aku ngada2 skit. Bising takleh tido. Melainkan penat sesangat. Letak kepala, tros di bawa belayar.

Tapi perkara itu adalah jarang2 berlaku kepada aku. Uhh...

Mujur jugak ada buku citer aku bawa bersama. Akhirnya menjelang 1 pagi, aku pun belayar selepas pekena 1 cawan milo panas. Tapi bukan la tido nyenyak cam kat atas katil. Owhhh... Cam la tido atas katil aku tido nyenyak sangat. Eheheh...

Panjang plak mukadimah aku. Tros kepada peristiwa kelakor je la yerk. Malas dah nak buat mukadimah. Hiksss...

Sampai kat KL Sentral dah 5.20 pagi. Solat subuh sebelom naik komuter ke stesen berhampiran tuk di ambil pacik aku.

Sampai di stesen komuter udah jam 6.40 pagi. Sangat awal pagi & sangat cepat komuter bergerak. Perjalanan yg kebiasaanya 45 min hanya memakan masa 30 min. Kena tunggu pacik aku nak mai amek, almost 2 hours.. Azab giler la. Aku dah le ngantok..

Sambil menghilang kebusanan menunggu, aku sambung baca novel. Tapi mata ngantok. Stop. Bersandar kat kerusi di ruang legar menunggu stesen komuter tu. Bleh aku terlelap. Ngan orang ramai lalu lalang nak menggunakan khidmat komuter.

Owh... Itu adalah bukan aku. Aku bukan jenis yg senang terlelap. Tambah plak kalau keadaan tidak berapa mengizinkan. Isk2...

Tapi memang tak dapat tahan pun. Harus la aku terlelapkan. Biler jam dah 7.30 pagi, pacik aku baru nak gerak dari rumah dia nak menjemput aku. Sabar je la kan...

Aku paksa diri. Lawan rasa ngantok. Sambung baca novel. Tengah aku baca novel ni, buku tu jatuh dari tangan aku. UHhh...

Tak kelakor ke kejadian tu????

Kelakor la tu. Bila buku terjatuh. Bunyi agak membolehkan orang sekeliling menoleh kiri kanan gak le. Adehhh... Mujur buku tu tak tebal sangat. So, bunyi takde la kuat sangat.

Kena golak gak le ngan adek aku yg menjadi peneman aku pulang. Aku nengok adek aku segar jer. Chittt.. Why aku tak leh segar cam adek aku???

Walaupun aku rasa fresh. Tapi seketika cuma. Tetiba leh datang semula rasa ngantok tu.

Cam kat opis gak le. Sambil aku baca surat tuk betulkan ejaan or ayat2 yg tak enak, pensel yg aku pegang, leh terlepas dari tangan. Ngantok punya pasal. Isk2..

Harap2 hari ni aku akan segar bugar selepas mendapatkan tidur yg cukup semalamnya.


~~~Tidur adalah salah satu nikmat kehidupan. Bukan takat makanan. Tidur yg cukup dapat mengecas badan tuk menjana tenaga tuk digunakan keesokan harinya.

No comments:

Google