Friday, May 8, 2009

ke dusun resort yukk!!!

Hari Sabtu, kami check in ke Dusun Resort kat Kuala Nerang plak. Kat situ ada perhimpunan tuk ahli pkip tempat kerja abah aku.

Sebelom berangkat ke sana, isi pewot dulu di rumah paksu aku. Aku agak abah aku de suruh paksu aku cari laksa tuk breakfast. Terhidang atas meja makan ada laksa. Uhh...

Pewot memang dah rasa kosong skit. Tapi sesuatu menyebabkan aku rasa tak selesa. Tak dapat memerot. Uwaaa...

Tak pedulikan keadaan pewot ku ketika itu. Aku hadap semangkuk laksa. De menu lain lagik. Nasi lemak, bihun goreng. Laksa jugak yg menggoda aku. Pastu paksu ajak makan bihun goreng ngan kuah laksa. Sedap seh.

Dari warna kuah laksa tu, aku dah rasa kurang best. Kaler tak meriah. Meriah ikot piawaian aku la yerk. Rasanya adalah tetap sedap. Laju je aku menghirup kuah. Yummyyy!!!

Nak tambah lagik. Tapi aku kesiankan pewot aku. Tersimpan begitu sahaja niat nak pekena 3rd round. Ehehe...

Dah isi pewot baru la gerak. Tu pun tak teros ke Dusun Resort. Gi pekan dulu. Amek ubat adek aku. Gi cari teh tuk aku. Mak pun nak tumpang beli moisturiser sama. Aku yg syorkan kat mak guna olay sbb aku perasan mak guna olay.

Dah selesai suma baru gerak. Tu pun de singgah lagik. Beli mangga. Dapat la mangga muda. Ummm... De harum manis. Banyak gak abah aku beli. De kot dekat RM50 beli mangga saja.

Separuh perjalanan, dah sampai makan tengahari. Singgah tempat biasa pekena lunch. Wah.. Bau sudap enak bila kuar je dari keta.

Aku rembat sotong. Besor lak tu. Nasi amek separuh je. Cannot go kalau nasi banyak. Tu pun ratah lauk je banyak. Sotong adalah segar. Aku suka.

Lepas lunch baru meneruskan perjalanan. Almost 2 hours gak baru sampai. Berguna sungguh de gps. Kat hp baru abah aku la. De gak aku dok ulang ayat, "Alangkah bagus kalau aku ada hp bergps".

Tros abah aku sua kat aku hp abah aku tu. Terkujat r. Agaknya abah dah busan kot dgr aku cakap ayat sama je. Tros perli aku camtu skali. Ehehe...

Sampai kat Dusun Resort, check in & tros tido. Uhhh... Nikmat...

Bangun tido petang tu, mak ajak gi pekan Kuala Nerang. Aku rembat 2 dvd tuk hilangkan busan biler takde aktiviti. Hiksss...


~~~Aku ada bagi link kat atas pasal dusun resort. Tenang je tempat tu. Memang sesuai tuk di adakan aktiviti keluarga di sana.

No comments:

Google