Thursday, May 7, 2009

platform sembilan belas

Morninggggg!!!

Uhhh.. Seronok plak rasanya bila bangun2 pagi teringat yg hari ni hari Khamis dah. Nothing spesel tentang hari Khamis. Cumer yg membuatkan aku gumbire adalah Khamis datang dengan cepatnya. Tu yg seronok kalau hari Isnin tak keje.

Dan dah hari Khamis, tapi aku laporkan lagik percutian hujung minggu yg panjang hari tu. Tak tau nak start yg mana dulu sebab takde gambar nak membantu penceritaan aku. Ahhh... Tak best la.

Aku mula dengan perjalanan pulang ke kampung halamanku dulu.

Aku balik on Thursday. Kebetulan hari ni pun Khamis gak. Hiksss...

Aku balik naik bus. Kol 4 petang. Maknanya, hari tu aku amek half day. Dah le cukup time je aku sampai Pudu Raya. Maseh macam kali terakhir aku naik bus kat situ. Cume dah kemas skit je sekitaran Tempat menunggu bus.

Sesaknya tetap sama. Tak ingat plak biler kali terakhir aku balik naik bus. Kebiasaannya aku balik naik ketapi. Mudah. Tak perlu aku nak tukar train bebanyak kali nak sampai ke stesen ketapi.

Hari tu memang agak terkejar2. Mujur aku sempat pekena breakfast. Walau hanya biskut tiger 2 keping dicicah air kopi panas. Hajat nak tapau makanan tuk lapik perot kat atas bus.

Tapi tak kesempatan. Sampai kat Pudu Raya dah on time kena tunggu bus. Lagik 10-15minit sebelum waktu bus berlepas. Tak mo amek risiko. Aku beli mempelam a.k.a mangga muda je. I like. Aku kurang gemar mempelam masak.

Sampai Tepeng dah kol 8 malam. Parents aku cam tau2 je yg anaknya ini kelaparan. Lepas amek aku, tros di ajak menjamu selera. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.

Kami jarang makan nasi lauk hidang bila makan di kedai. Malam tu kami order nasi & lauk hidang. Sedap. Kenyang. Sengkak pewot saya.

Paling aku tak percaya ngan diri aku adalah aku boleh ratah kerang bakar. Aku bukan peminat kerang. Mungkin sebab lapar sangat kot. Kerang pun sedap je aku bedal. Ehehe...

Bermulanya perjalanan makan2 aku.

(^_^)


~~~Famili aku memang suka makan2 ni. Kalau nak balik ke kampung di Perlis, memang dah jadi kewajipan singgah di beberap tempat tuk mengisi pewot. Lihatlah updates aku seterusnya nanti. No pictures of food la. Adek aku kedekut nak pinjamkan kamera phone dia. Adek sorang lagik takde. Sogan lak nak menyendeng kamera phone abah aku. So, dok diam je la.

No comments:

Google