Saturday, May 30, 2009

noraini & fawwaz

Singgahsana buat pengantin baru. Tema hijau putih.

Wah... Lamer benor aku tak ngadap blog aku ni. Mengupdatenya. Terasa kurang kerajinan. Tu pasal blog ku tak hapdate. Ini adalah live update sempena hari berbahagia sahabatku, Noraini & pasangan.

Dengan ini di umumkan, Noraini telah bertukar status dari Cik kepada Puan. Hiksss...

Aku, Mai & Awa meraikan pernikahan Noraini pagi tadi. Kemudian, tiba plak seorang lagik kawan kitaorang sesudah majlis penikahan berlansung. Its hard to say NO. NO tuk perkara apa??? Biarlah aku sahaja yg tahu. Lalalala...

Aku telah dijemput oleh cik MaiH di rumah. Semalam punya info yg aku dapat dari pengantin, majlis akad nikah akan berlansung di masjid berdekatan kawasan perumahannya. Setelah hampir 15 minit menunggu, aku ngan MaiH rasa cam heran naper pengantin tak datang lagik.

Tros roger Awa. Rupanya venue telah berubah la. Noraini dah inform aku. Aku la yg salah sebab tak mengemaskini perkembangan semasa di handphone ku yg di anak tirikan itu. Hikss... Maaf la ye kengkawan ku sekalian. Aku yg salah.

Naseb baik la ketibaan kami ke masjid di pekan tak kelewatan. Sempat menyaksikan upacara akad nikah. Pasangan pengantin adalah sangat cool. Di luar memang nampak cool. Dalaman, hanya mereka sahaja yg tahu.

Bakal pengantin yg sedang menunggu giliran tuk dinikahkan. Tapi skang ni dah bergelar suri kepada Fawwaz pun. Taniah...

Bertiga menghadiri upacara akad nikah ini. Tu pun dah cukup kecoh. MaiH & Awa mengambil berkat dari pengantin. Aku jauh skit. Sebab maseh tiada perancangan. Dok mencari lagik. Hiksss... ***Terpromote la plak.

Tengah mendengar skit khutbah dari tok kadi. Sedikit nasihat dalam melayari bahtera.

Menerima mas kahwin dari suami. RM 1,001.00. Takde plak gambor akad nikahnya. Sebab maser tu aku dok perhati dari jauh je.

Menyarung cincin tanda mereka telah disatukan. Alahamdulillah. Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Aminn..

Ciuman kasih dari sang suami kepada sang isteri. Tapi sebab awning tu terlebeh sudah, dapat kiss awning je la yerk... Takpe2.. Nanti wat aksi kiss yg lain plak. Opsss... Terlebeh sudah...

Shy2 cat lagik. Maklum la. Baru sah sebagai pasangan suami isteri. ***Ini adalah penyataan benar dari Fawwaz. Bukan aku sengaja reka.

Makan beradap la plak.


~~~Alhamdulillah.. Majlis berlansung ngan lancar. Selamat menjalani kehidupan baru buat sahabatku. Coming soon, beberapa orang sahabat yg akan menamatkan zaman bujang mereka tahun hadapan. Taniah in advance. Aku??? Walallahualam.. Andai ada jodoh, ada la. Kalau takde, begini la aku. Meraikan kawan2 & menumpang kegembiraan mereka. (^_^)

Wednesday, May 27, 2009

hiatus

Maaf. Setelah beberapa hari mendiamkan diri, baru hari ni aku naikkan entry naper diam sahaja. Alhamdulillah, aku sihat. Maser ini rasanya lebih baik aku kurangkan atau tiadakan langsung entry.

Sebentar sahaja situasi ini, mudah-mudahan. Aminn...

Ada beberapa perkara yg terjadi yg telah membuatkan aku kurang penumpuan tuk update blog ku ini. Walaupun terasa janggal skit biler hari keje tak update blog. Hiksss...


~~~Ada idea, ada peristiwa tuk diblog. Tapi tukang taip plak not in good condition. Hmm...

Saturday, May 23, 2009

fh, f & s

Dikisahkan semula oleh aku.

Ini kisah yg dilalui oleh sepupu aku. Dia citer kat aku. Aku citer balik di sini. Mungkin boleh dijadikan sedikit iktibar buat kita semua. Walallahualam...

Sepupu aku, FH, mempunyai 2 orang sahabar akrab. Salah seorang dari nya tinggal berdekatan ngan rumah FH. Nama dia S. Sorang lagik nama F. Persahabatan bermula sejak dari Matriks.

S & F melanjutkan pelajar ke pusat pengajian yg sama setelah habis Matriks. Siapa hujan akan turun ditengahari. Hmm..

Setelah masing2 menemui teman mesra, FH mula merasakan yg hubungan mereka semua semakin jauh. Sehinggakan teman baik bernama F bertunang tidak dikhabarkan kepadanya. Apa lagik, menangis kerana terkilan diperlakukan sebegitu oleh teman baik.

Sedangkan sebelum itu mereka sering berkongsi suka duka bersama. Berita segembira begitu lewat dikhabarkan. Mana la tak rasa kecewa. Mungkin ia di anggap remeh oleh sesetengah orang. Tapi hati seorang perempuan boleh terasa walau hanya dengan berita sebegini.

Walaupun apa yg aku alami tidak seperti apa yg di alami sepupu aku, FH, tapi aku mengerti akan rasa terkilan disisih seorang sahabat yg telah di anggap sahabat baik.

Seorang lagik sahabat baik bernama S yg tinggal berhampiran dengan rumah FH lain pula ceritanya. Selepas menemui teman mesra, S seperti kesuntukan waktu tuk berhubung & bertanya khabar dengan FH.

Setiap kali, hanya FH yg cuba menghubungi S & cuba merapatkan hubungan yg kelihatan semakin menjarak jauh. Seringkali juga S berjanji tuk menghubungi kembali FH, tapi janji hanya tinggal janji. Luka yg sedikit akhirnya semakin membesar.

Aku tak pandai memberi nasihat. Sekadar mendengar sahaja luahan dari sepupu ku, FH. Aku juga bukan seorang teman yg baik. Aku cuba memperbaiki diri menjadi sahabat & teman yg baik, insyaAllah.


~~~Harap kisah pendek ini dapat menyedarkan kita2 yg lalai tentang hati & perasaan sahabat kita yg telah kita abaikan tanpa disedari. Bukan mudah nak memulakan persahabatan. Tapi mudah tuk meruntuhkan persahabatan yg terbina.

Friday, May 22, 2009

adek faizal tahir???


~~~Layankan you tube yg diorang wat. Hiksss... Have a nice weekend..

takde solution--buntu

Hajat di hati nak le update blog ku ini dengan girangnya. Tapi banyak plak urusan di luar. Urusan sendiri & jugak urusan opis. Sekali harung je la. Jimat masa. Asal hari Jumaat je mesti cam terkejar2 skit. Tapi I loike hari Jumaat. Ehehe...

Minggu ni tak banyak aktiviti menarek yg aku sempat lakukan. Banyak perkara berbangkit yg tak berkenan di hati je yg berlaku. Aku dah naik muak je nak ngomel pasal mende yg sama hari2. Tapi tak punya solution pun. Baiklah aku layan mende lain.

Apa mendenya???

Cam tengok tv online ke. Banyak gak yg aku dok layan skang ni Tak dapat tgk secara live pun tak pe. Dapat tengok hari lain. Owhhh... Tak sabaq menunggu minggu hadapan.


~~~Hari2 asyik terpikir menda yg sama tapi takde tindakan yg di ambil. Lotih la saya. Camne nak buat lagik??? Hmm...

Thursday, May 21, 2009

gagah mencoba

Kepala aku pusing ini hari. Walaupun punya idea nak update, tapi tak berdaya setelah aku gagah mencoba. Banyak ayat yg tergantung. So, takde mende nak update la hari ni. Sekian terima kasih. Jaga la kesihatan anda semua. (^_^)

Wednesday, May 20, 2009

ikot suka dia je

Takleh nak guna akal yg ada nak susun file. Ni men sumbat je. Bukannya dak kecik. Dah besor. Dah jadik bini orang pun. Takkan la keje sejemput camtu pun tak leh nak guna akal nak pikir. Arghhh... Aku yg tengok pun sakit mata. Kang kalau bos tak puas hati bukannya di tuju kat ko. Kat aku gak yg ditujunya. Aku nengok timbunan surat khabar dah melimpah ruah. Tapi tak reti gak nak kemas. Dah le opis ni pun kebanyakan keje ngemas aku yg buat. Cuci toilet pun aku buat. Bersihkan tangga pun aku buat. Bukan aku sorang je makan gaji kat sini. Nak harapkan pekerja2 lelaki yg ada kat sini??? Bersawang la pejabat ni rasanya. Dah de tenaga orang pompuan, tak kuasa mereka2 yg lelaki nak layan buat keje ngemas. Ada pompuan 2 orang kat opis, pompuan ni sorang je la yg terhegeh2 buat keje ngemas. Takkan sampai work station ko pun aku jugak yg nak kena kemas. Aku malas nak bebel pepanjang camni. Tapi bila dah rasa ketidakpuasan hati dah meletus, ni yg kuar karangan tak berperenggan camni. Ahhh...


~~~Aku tak tahu camne nak buat teguran yg terbaik & berkesan. Uhh..

Tuesday, May 19, 2009

abang-adek-kakak

Kebanyakan orang yg melihat aku berjalan2 ngan adek2 aku pasti akan mendapati diri mereka sedikit kekeliruan. Saper yg lebih tua. Tua tu bermaksud, saper yg lebih berusia. Cam baru2 ni masa aku gi karnival kerjaya kat pwtc ngan adek aku.

1st karnival kerjaya yg aku gi. Isk2...

Mungkin orang yg melihat kami berjalan berdua akan menanggap kami satu pasangan. Whatever...

Kalau yg kami singgah di mana2 booth & de sesi soal jawab, pasti ada yg bertanya apa hubungan. Well, muka nak akan2. Tapi adek aku nye muka cam apek skit. Lalalala...

Kekadang tu, aku suka point kat adek aku sebagai abang. Ahakss.. Memang dia nampak cam tua dari aku pun. Kalau kumpul reramai, bersama ketiga2 adek aku, aku akan jatuh no 3. I loike...

Walhal, aku adalah anak sulong...

Owh.. Manusia adalah ramai ketika aku gi pwtc itu hari. Lenguh kaki den. Sampai melecet la. Naseb ku baik sebab tak perlu naik tren nak ke sana. Bukan sebab aku memandu. Tapi sebab nya aku tumpang macik aku yg kebetulan bertugas menjaga booth.

Seharian la aku kuar di hari Sabtu tu. Separuh hari je dihabiskan di pwtc. Separuh hari lagik dihabiskan kat the mall. Hikss.. Alhamdulillah, aku berjaya mengawal diri dari berbelanja kehendak aku. Aku utamakan hanya pada keperluan sahaja tuk bulan ni.

Nak kena start berjimat cermat tuk kegunaan persiapan hari raya. Uhh.. Pose pun tak ganti lagik. Ehehe.. Korang lak camne?? Dah abeh mengganti pose??


~~~Tetiba plak terasa nak buat entry pasal adek2 ku. Sebabnya petang ni, adek ku nak pulang ke kampung halaman sudah. Tinggal aku berseorangan di rumah. Hmm.. Cam la sebelom2 ni tak besa tinggal sorang ek??? Ada adek aku tu pun buat abehkan petrol keta gue je. Asyik gi dating sesaja. Uhh..

internet relay chat

Di sini la aku mula belajar chatting di internet. Lama jugak aku menggunakannya. Sampai dah masuk uni pun still menggunakannya. Keseronokkan chat bermula masa aku form 3. Uhh.. Dah le tahun tu nak PMR. Sesuka hati je men chat.

Aku ngan Miss Xara pernah gak tertanya2 samada wujud lagik ke tak mirc ni. Dengan menggunakan kuasa cik Google, aku mendapati mirc maseh releven lagik rupanya. Ingatkan dah tak releven. Hiksss..

Perbezaannya ngan laman sembang maya seperti ym, aku tak pernah masuk public chatroom. Aku hanya chat ngan kengkwn aku je. Biorlah aku tak belajar menggunakan public chatroom. Kang lagik ralik plak.

Banyak lagik la sebabnya.

Tapi aku btol2 tak hengat pe nick aku masa guna mirc. Haihh.. Jenuh gak aku memerah kepala otak ku ini. Tapi tak ketemu juga jawapannya. Uhh..

Ni sumer kerna aku tak pernah stick ngan 1 nick name sahaja. Tapi skang ni, aku dah jumpa nick yg aku sukai. So, setia pada yg satu sahaja. Opsss.. Silap. Setia pada yg dua. Hiksss..


~~~Sesaja nak imbau kembali zaman kegemilangan. Hiksss.. Dah le ngan internet kat opis ni asyik sesangkut je bila petang menjelma. Naper tah le. Kalau pagi tu, lancar je. Tak mo bagi aku berpoya2 ngan blogging la tu. Uwaaa.. Sebelah pagi harus aku siapkan tugasan dulu ma.

SUKA vs SAYANG vs CINTA

· Saat kau meNYUKAi seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
· Saat kau meNYAYANGi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
· Saat kau menCINTAi seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
· Saat kau menCINTAi seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

· ‘SUKA’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis”.
· ‘SAYANG’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
· ‘CINTA’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama”.

· ‘SUKA’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan”.
· ‘SAYANG’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
· ‘CINTA’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.

· Di saat orang yang kau SUKA menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
· Di saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
· Di saat orang yang kau CINTA menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.

· Di saat kau SUKA padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
· Di saat kau SAYANG padanya, kau akan membiarkannya memilih.
· Di saat kau CINTA padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

· ‘SUKA’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
· ‘SAYANG’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
· ‘SUKA’ adalah hal yang menuntut. ‘SAYANG’ adalah hal memberi dan menerima.
· CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.


~~~Aku pernah suka seseorang & rasanya sampai ke hari ni aku maseh sukakan dia. Cuma aku tak pernah memaksanya menyukai aku. Aku pernah sayang beberapa orang. Hmm... Yg pasti, cinta & sayang ku takkan pernah berubah tuk keluarga ku dan juga Yang Maha Mencipta serta Rasulullah saw. Suka, sayang & cinta adalah suatu yg subjektif yg tak dapat di ukur menggunakan sebarang kayu pengukur. Terlalu subjektif & tak de seorang pun yg dapat menunjukkan dengan mata kasar tentang rasa suka, sayang mahupun cinta. Tepuk dada, tanya selera.

Monday, May 18, 2009

terimalah seadanya..

Jangan sukakan (sayangi + cintai) seseorang kerna paras rupa luarannya kerna rupa paras itu akan pudar juga suatu hari nanti. Andai masa itu tiba, pasti kasih sayang kerna paras rupa juga akan berkurang. Sayangi & cintailah seseorang itu kerna kecantikan dalamannya. Itu adalah lebih baik. InsyaAllah, kecantikan dalaman itu tidak pudar di telan waktu. Hmm..


~~~Rasa takot nak terima salam perkenalan seseorang yg tertarik hanya kerna rupa paras. Sebab rupa paras tidak akan sama sepanjang usia. Ia akan berubah seiring dengan pertambahan usia. "Ajal maut, jodoh pertemuan telah ditetapkan. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha. Bersabar menempuhi setiap dugaan. Dugaan adalah untuk mengukur kekuatan iman kita".

monday yg kelam kelibut

Bermula dari Ahad lagik. Rasa badan cam lemah2 je. Blah tengahari je aku tewas ngan mata yg makin memberat. Lena je. Masa nengok tv pun aku leh terlena. Sampai ke waktu Asar, aku masih rasa lemah2. Letih je rasa badan. Naper tah le.

Blah malamnya plak aku tak dapat nak decide samada nak balik ke rumah tumpangan aku malam tu jugak or sok paginya sebab pagi ni nak kena bawa adek aku gi interview plak. ***Well, aku kan kakak yg penyayang. Hiksss..

Mujur jugak adek2 aku jenis yg tak baper kisah aku nyibuk. Tadi masa aku gi hantar dia gi interview, aku siap ikot dia naik sampai ke opis. Nak nengok camne kondisi pejabat urusan yg panggil interview tu. Hmm..

Walaupun adek aku laki, kena juga aku protect adek ku. Memula tu aku ingat dia nak pinjam keta, gi sendiri. Rupa2nya dia nak di hantarin kakaknya ini. Naseb la gue keje sama pacik gue. Dapat la gue sesenang mintak masuk lambat.

Owh... Sambung balik citer malam semalam. Dekat kol 11 malam aku bertolak balik dari KL. Skang ni boleh dikatakan every weekend aku akan ke rumah macik aku kat KL. Minggu ni pun tak terkecuali jugak. Kirenya, kekeliruan yg aku alami adalah di rumah macik ku di KL.

Nak ke tempat interview adek aku nak gi tu, kalau dari umah pacik aku punya la dekat. Dalam 15km je. Kitaorang sampai awal. Siap leh gi sarapan dulu.


~~~Mudahan2 adek aku dapat keje yg berdekatan tempat ku or aku dapat keje lain. Perlu angin perubahan. Aminnn... Naper tak nampak cam kelam kabut pun??? Sebab aku tak story keseluruhan citernya. Bawa adek ku gi interview. Balik ke opis, siapkan keje. Gi hantar application lesen. Gi bayar bil. Gi beli barang2 opis yg dah kering. Ni baru pulang ke opis..

Sunday, May 17, 2009

handphone hilang

Gambar ini ada kaitan ngan tajuk past. Tuk cerita selanjutnya, sila scroll ke bawah ye. Ni adalah lokasi maxis centre kat2 area Kamunting.

Owh... Bukan kepunyaan ku yg hilang. Bukan juga kepunyaan adek2 ku. Tapi kepunyaan kawan adek aku. Disebabkan peristiwa kehilangan handphone ni la jugak telah membuatkan abah aku berhandphone baru.

Well, setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Contohnya adalah seperti kisah dalam entry aku ini. Sebabkan kawan adek ku yg hilanga handphone, abah aku dapat handphone baru. Dapat tu maknanya dibeli oleh abah aku sendiri la. Ehe...

Kaitannya antara handphone kawan adek ku hilang ngan abah dapat handphone adalah kerna masa kejadian hilang handphone kawan adek ku terjadi, handphone tu berada dalam simpanan adek ku. Masa tu adek ku ke saringan tuk memasuki angkatan tentera.

Aha.. Adek ku memang nak masuk tentera. Tapi apa kan daya. Bukan mudah nak melepasi tapisan pertama. Proses tapisan tu berlansung selama 3 minggu. Adek ku kandas pada minggu ke-2. Takde rezeki barangkali.

Mereka2 yg menyertai program tapisana/saringan ni tak dibenarkan bawa handphone. Tapi paham2 je la. Handphone tu dah jadi keperluan pada zaman skang ni. Kalau takde handphone tu, tak senang duduk dibuatnya. Bukan pada aku la. Sebab handphone ku kebanyakkan masa adalah sunyi sepi. Hmm..

Sebab handphone kawan adek ku ilang ketika dalam penjagaan adek ku, kena la adek ku ganti. Mujur la yg hilang tu handphone cikai. Kalau pda ka, handphone yg canggih manggih ka, harus la terduduk sat parents aku memikirkan nak menggantikannya.

Bukan takat parents aku ja. Adek ku pun pasti ngan segera mo menarek diri sudah. Sebab bila kejadian ni berlaku, adek ku tros ilang semangat skit. Dan2 cakap tak kena ngan dia la program ni. Walhal dia yg beria nak gi. Isk2...

Terkenang kembali masa adek ku form 1. Beria benor nak masuk asrama. Pas beberapa hari kat asrama, dah gaduh nak balik umah. Dekat setahun la parents aku kena gi skolah dia tiap2 minggu. Dok pujuk supaya stay. Adek ku plak, tiap2 kali tepon abah aku dia gaduh nak balik. Kenangan. Skang adek ku dah besor panjang. Aku dah kemetot.

Masa handphone kawan adek ku ilang, sim adek ku yg de dalam tu. So, sorang lagik adek ku gi la maxis centre. Block sim tu. Supaya tak dapat di gunakan lagik. Kot2 de balance yg banyak dalam sim adek ku tu. Diberitahu yg baki nye tinggal RM9 lebih.

So, bila adek ku yg dalam saringan tentera tu dah pulang, aku yg bawa dia gi maxis centre tuk amek balik sim nya. Sebab orang len tak leh amekkan kecuali dia sendiri. Kebetulan masa tu aku kat umah.

Adek ku adalah terkujat sedikit sebab kredit nya telah bertambah. Maser last sim adek ku ada kat dia, baki hanya ada RM2 je. Mesti orang yg curi handphone tu top up dah. Tapi cam pelik skit di sini.

Rajin sungguh pencuri tu gi topup. Patutnya guna je la baki kredit yg de. Pastu buang sim tu. Gi beli sim baru. Sim adalah sudah murah skang. ***Sim tu adalah short form tuk sim kad. (^_^)



~~~Aku nak guna gambar yg de dalam simpanan aku. So, wujud la entry ini. Lagipun aku tengah rajin update. Entry ni disediakan di hari Jumaat. Tuk autopublish hari ni. Mencuri itu adalah tidak baik ye adek2 & kengkawan sekalian. Walaupun niat tuk membantu orang susah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

masalah hati

Jika saja bisa, kubalas cinta yang tlah kau beri
Pasti kau takkan terluka, takkan membenciku
Jika saja bisa, kupaksa punya perasaan padamu
Apa mungkin kan bertahan, apa kan lama

Tapi masalahnya aku tak tega
Tak tega mengatakan ku tak cinta padamu
Memang masalahnya ada di hati
Hati yang tak kupunya untuk dirimu
Untuk cintamu, Sayangku

Bukan ku tak pernah coba
Bukan ku tak pernah paksa
Kau terlihat begitu bahagia
Andai saja ku sanggup
Berhadapan wajahmu
Andai ku kuat, akan kukatakan
Akan kukatakan

Jika ku paksakan
Jika ku iyakan
Kau kan tetap tahu...



~~~Aku tak punya apa2 masalah berkaitan hati ku ini. Cuma nak kongsi lagu ni je. Aku dapat dari seorang sahabat yg ku kenali hanya seketika. Camno la agaknya dia skang. Sronot ngan dia. Sebab agak sekepala kot. Tapi ntah le. Kekadang awal perkenalan je cam kamcen habes. Bila hujungnya, porak peranda. I have a few experience. Bior la lambat mesra. InsyaAllah bleh berkekalan. Ni teori aku tentang hidup aku. (^_^) Chop2.. Nak gitau la nama sahabat aku tu. Ida Murni. Thanx. Satu lagik thanx sebab sponsor kerepek. Ehehe... Time tu tengah teringin banget aku ngunyah kerepek.

Saturday, May 16, 2009

akademi fantasia 7


Dah sampai ke penghujungnya. Malam ni malam kemuncak. Aku bukanlah fanatik ngan rancangan ni. Tapi aku tetap nontonnya saban minggu. Konsertnya la. Diari segala bagai memang tak ikot.

Season 2 adalah yg paling aku ikuti. Siap ngundi lagik. Hiksss.. Kelakor. Ni sumer gara2 nak bagi Zahid menang. Ahakss... Masa season 2 ni jugak la banyak kenangan yg tercipta. Tetiba teringat kat suspek. Lama tak dengar berita dari dia. Mungkin dah berumahtangga kat dalam hutan tu kot. Ehehe...

Selamat mengundi bagi para pengundi. Selamat menonton bagi penonton2 yg cam aku ni. Lalalala...


~~~Tetiba terasa nak mewujudkan entry pasal af7.

here by me

I hope you're doing fine out there without me,
cause I'm not doing so good without you.
The things I'd thought you'd never know about me,
were the things I guess you always understood.
So how could I have been so blind for all these years?
I guess I only see the truth through all this fear...living without you.

And everything I have in this world,
and all that I'll ever be,
it could all fall down around me,
just as long as I have you right here by me.

I can't take another day without you,
because baby I could never make it on my own.
I've been waiting so long just to hold you,
and to be back in your arms where I belong.
And sorry I can't always find the words to say,
everything I've ever known gets swept away...inside of your love.

And everything I have in this world,
all that I'll every be,
it could all fall down around me,
just as long as I have you right here by me.

As the days role on I see,
time is standing still for me,
when you're not here.
Sorry I can't spell the words to say,
everything I've ever know gets swept away...inside of your love.

And everything I have in this world,
all that I'll every be,
it could all fall down around me,
just as long as I have you right here by me.

---3 Doors Down, Here By Me---


~~~Lagu lama ni. Dah lama peram dalam folder lagu2 kat lappy ku. Satu malam yg sunyi, aku pun layan lagu ni. Bleh plak teringat & ternampak2 kisah2 dulu. Maksud ku di sini adalah masa2 aku berjimba bersuka ria bersama kengkwn. Sronot sekali. Skang ni nak jumpa sebulan sekali adalah sangat bertuah la kalau terjadi. Don't dream la kata orang melayu. Hiksss... Takkan teringat kwn2 je kot???? Yg len2 tu let me keep to myself.. (^_^)

balik kampung!!!

Owh... Bukannya hari ni aku mo balik kampung. Ni adalah kisah beberapa minggu yg lepas ketika aku pulang ke kampung halamanku. Baru berkesempatan bercerita mengenainya. Baru transfer gambor ma. Bila de gambar ni, bersemangat la nak membuka cerita. Takde gambar, rasa cam buhsan je penceritaan ku.

Dah naik bus. Sekejapan je tunggu. Kisahnya bleh rujuk entry lepas. Link telah ku berikan di atas.

Behave je aku atas bus. Tak mo cam whore lebih2. Nengok tangku sudah la. Kamera phone pun ala kadar je. Sogan I. Hiksss...

Lama aku tak lihat pemandangan seperti ini sebab aku pun dah lama tak menaiki bus pulang ke kampung. Dolu2 maser student, bus adalah transport yg paling digemari tuk membawa ku pulang ke kampung hamalan. Tapi tidak lagik kini. Berubah sudah..

Ini gambar mahu menunjukkan si perempuan membawa bear besor. Nampak seperti tak hugable. Sepertinya keras itu teddy bear. Besar lagik teddy bear kepunyaan sy di kampung. Tuk menakutkan kekanak kecil yg datang rumah ku sahaja. Lalalala...

Sudah hampir dengan destinasi yg ditujui. Ketika ini jam adalah kol 7 petang. Cerah lagik kan. Kereta bersusun berderet. Blom lagik malam skit. Mo jem teruk ni. Tensen saja. Dari 2 lorong jadik 1 lorong. Dalam 1-2km, bertemu plak plaza tol. Naseb aku hanya penumpang. Ehehe...

Begitu la sedikit laporan bergambar sekitar kepulangan ku kampung halaman. Ada la skit gambor. Seronok jadik penumpang ni. Tambah plak bila mata berat. Yeiii... Skang aku dah berjinak2 tido dalam kenderaan. Hikss...


~~~Kisah dah basi baru aku nak up kan jadik entry. Aku adalah rajin kerna membuat entry tuk tatapan di hari Sabtu. Moga hari ini adalah hari yg indah buat aku & kalian...

1st try dah suka

Masa ni aku dinner ngan famili di kampung halaman ku terchenta. Sangat berpuas hati ngan mutu makanan & layanan. Dinner kali ni, kami pilih tuk makan nasi lauk pauk. Jarang la kami makan nasi lauk pauk waktu malam. Mungkin sebab aku dok bising lapaq kot. Ehehe...

De sup perut (superb), ikan siakap tiga rasa (yummy), kailan ikan masin (so-so), telur bistik (sedap) & kerang bakar. Alahai... Terliur la plak biler bercerita dalam keadaan tak kenyang ni. Ehe...

Jatuh chenta pada suapan pertama.

Masa abah aku nak order kerang bakar ni, masing2 dok menolak. Paling kuat menolak adalah sy. Ehehe... Pastu, paling laju dok nyuap masuk mulut pun adalah saya. Kerang bakar ni adalah yg pertama dihidangkan kat meja. Walhal, ini adalah menu terakhir yg diminta.

Lauk pauk lain tak dan nak tangkap gambar. Aku dah bersilat ngan makanan yg terhidang. Lapor la katakan. Agak buruk kelaku di situ. Hikss.. Satu lagik sebab adalah kerna di depan parents aku. Kena behave. Kang bocor lak rahsia aku & blog merah ku ini. Lalalala...


~~~Bukan niat ku nak sembunyikan kewujudan blog ku ini. Aku lebih selesa begini buat masa ini. Hmm...

Friday, May 15, 2009

pemandu & pemanduan

Memandu adalah satu keseronokan buat aku. Tapi bila didatangi dugaan ketika memandu, kekadang tahap kesabaran ku teruji.
---Gambar ihsan cik Google.


Banyak entry aku minggu ni berkisarkan tentang pemandu & cara pemanduan. ***Lebih dari 1 kire banyak la tu ek. Saper tak reti kire tu, sila balajar dengan Idlan. Hahaha...

Aku ni pun bukannya tertib & mengikut peraturan jalan raya 100%. De gak yg aku pejam2 mata or buat2 terlupa. Isk2... Tapi kan, kekadang tu hangin jugak bila kena cabar.

Kalau hangin aku agak kurang positif, mo aku sahur cabaran yg diberi. Tapi kalau hangin aku baik, tak dilayannya cabaran korang tu.

2 hari lepas aku hangin ngan sorang drebar pompuan bawa proton blm kaler itam. Jalan 2 lorong. Aku di sebelah kanan. Sebelah kiri ada lori. Di terima. Sebab belah kiri adalah tuk kenderaan yg bergerak perlahan.

Baru je mula gerak dari lampu insyarat. Datang keta yg disebut di atas dengan agak sederhana laju. Tetiba je himpit2 bonton keta ku. Then nak overtake aku.

Akak tu rabun ke apa. Dari arah bertentangan skit tak kurang banyaknya keta. Ko lagik mo overtake aku. Dah blah kiri tak lepas dia nak mencelah. Nak cepat2 pun agak2 le.

Sampai kat satu jambatan tu, nak je aku himpir keta dia ke kiri tros. Ahhh.. Mengenangkan akak tu, panas je aku. Uhh..

Dah balik dari keje pun maser tu. Takyah la nak berebut camtu skali. Aku pun nak cepat sampai umah gak. Takde plak aku ganggu perjalanan orang lain.

Kerana pemanduan seperti akak tu la menyebabkan kesesakan jalan raya yg memang sesak. Kejap cilok ke kiri. Kejap lagik cilok ke kanan plak. Tak reti nak sabor.

Bukan takat dalam perhubungan je kena ada tolak ansur. Bawa kereta pun kena tolak ansur gak. Dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dengan teruknya.

Uhh... Ngeluh sakan la aku. Kejap lagik nak menempuh jem. Pastu Isnin menempuh jem lagik. Kurus la aku camtu.

Menempuh kesesakan lalu lintas di atas adalah sangat menduga tahap kesabaran seseorang. Aku tabik spring kat orang yg berjaya mengharung kesesakan seperti ini setiap hari tuk ke tempat kerja. Aku kena melaluinya seminggu 2 kali pun aku dah ngeluh sakan.
---Ini bukanlah suasana sebenar kesesakan yg di lalui oleh aku.


Hahaha... Takde maknanya.

Aku nak kena beli kudapan supaya aku tak kurus. Hikss.. Buhsan beb kalau terperangkap dalam jem lelama. Pastu tengok keta lain sesedap rasa dok mencilok kat lorong haram. Nak je join. Tapi pikirkan perasaan pemandu lain, aku redha je.

Takyah buat orang marah ngan aku. Bior le orang yg buat aku marah. Menguji tahap kuatnya iman ku. Hmm...


~~~No wonder aku hangin je di atas jalan raya. My monthly besfren pay a visit la. Hiksss... Gambar, trimas cik Google.

favorite ku telah uzur

Ni perihal sandal kesukaan ku. Kalau dah suka sesatu sandal, yg satu tu la aku dok lanyak sampai lusuh & lunyai. Tabiat..

Ni la rupa sandal I yg telah uzur itu. Tak salah aku, sandal ni aku beli tahun 2007. Dah 2 tahun berkhidmat tuk aku. Selesa sangat ngan sandal ni. Ringan. Kalau jalan banyak pun maseh bleh tahan lagik. Maksudnya di sini adalah tidak meletihkan.

Atau, mungkin sandal lama ku iri hari ngan sandal baru ini. Selepas seminggu sandal ini dibeli, baru aku tersedar kerosakan di sandal kesayanganku yg lama. Tapi sandal baru ni tak dapat menandingi sandal ku yg lama.

Selamat berhujung minggu kengkawan..


~~~Mungkin sebab aku sukar melepaskan yg lama, aku tak dapat menerima yg baru. For u to think, for me to find out. Ehehe... Aku adalah merapu di sini. (^_^)

berkaca mata tak baper itam

Hikss... Ni antara barang yg aku dapat hasil daripada kunjungan aku ke Padang Besar semasa pulang ke kampung ku. Ni sumer bukan aksi hari pertama aku berkaca mata tak baper itam ni. Gambar2 ni merupakan koleksi2 aku busan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kecuali la gambar aku tak berkaca mata tak baper itam itu.


Terasa cam diri sendiri vouge je. Sila la gelak puas2 kerna aku memuji diri sendiri. Masa tak pakai kaca mata tak baper itam, kelihatan pipi aku dalam sangat kembung. Haihhh... Dengan perkataan lainnya adalah muka ku tembam. Cannot help lorrr...

Tapi dengan pemakaian kaca mata tak baper itam, aku telah berjaya menyembunyikan sedikit wajah ku yg tembam itu. Biler nampak makanan yg enak2, aku terpa saja. Takde tolak2. Asyik pikir diet yg tak kurangkan berat aku pun. Bek la aku layan makanan enak itu. Hiksss...

Ni dia gambar pertama kali aku bergaya dengan kaca mata tak baper itam ku. I loike. Tapi sebab keterujaan yg tak dapat dibendung ketika hendak membeli, aku tak perasan langsung kecacatannya. Sampai la bila aku telah pulang ke sini. Uhuhu...

Di belakang aku adalah burung unta a.k.a ostrich. Comey seh. Tapi aku adalah penakot Cecepat je aku rasa nak melarikan diri. Walaupun jarak antara aku ngan ostrich tu maseh jauh. Tengkok dia panjang. Cam angsa la plak. Ehe...

ini bukan diet yg sihat

Hari ni kan sy kan sangat kan rajin kan. Sy adalah rajin di dalam kurungan. Sila maklum. Ehe...

Mula2 di awal pagi aku telah ditugaskan tuk menyetelkan hal2 di luar. Maknanya aku dah tak bz mengadap keje2 di opis. Sesekali dapat amek angin luar adalah sangat seronok. Tapi kalau sesalu2 sangat pun tak best jugak.

Hari ni nye aktiviti di luar terbahagi kepada 2. Sebelah pagi & sebelah petang or pas lunch hour. Sebabnya yg sebelah petang tu jauh skit perjalanan aku. Lagipun de mende yg tak setel lagik.

So, aku kan rajin (mim-alif-lam-sin). Aku adalah nak update blog sebab aku de bawa lappy kesayanganku ke opis. Ehehe.. Sebab tu aku lagik la kalau boleh tak mo berurusan di luar.

Mende yg tak setel lagik tu adalah mende yg aku nak kena submit sebelah petangnya. Sebabkan aku ni adalah rajin, aku buat slowly je mende tu. Bila bos lalu depan bilik aku, aku adalah buat sibuk2 ngan mende tu.

Bila bos ilang dari pandangan, aku adalah ngadap blog tuk di update. Ahakss.. Bocor udah rahsia gue. Satu lagik sebab aku bawa lappy adalah kerna antivirus nya udah expired. Perlu di update. Aku kan sayang lappy ku.

Owh.. Dah tengahari tadi sedang aku buat kerja (ni betul2 buat kerja, bukan kerja update blog tapi kerja di pejabat ek), si Nobita sms. Hiksss... Jangan marah miss Nobita.

Dia tanya dah lunch ke blom. Dan2 tu jugak perot sy bagi signal lapar. Adehhh...

Sebabkan sy tengah angin tersangat rajin, gi pantry dah selongkar makanan. So, di bawah ini adalah lunch sy tuk hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ni la juadah tak seberapa itu. Biskut kering 2 keping & kopi panas. Tekak ni tak dapat menolak kalau kopi panas2 camni. Sy adalah suka minum air panas yg memang panas. Tak baper suka kalau yg suam2 kuku itu. Kalau panas, bior panas betol. Kalau sejuk, bior sejuk betol. No yg tengah2.

~~~Walau takde mende nak update, tangan aku ni gatal je nak menaip. Tambah plak menggunakan khidmat lappy ke tersayang. Lagik la tak dapat nak menolak keterujaan tuk hapdate. Lalalala...

demi CHENTA

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkah ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini trus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yg terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan kuterima semua ini demi cinta
Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yg pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan
Kisah cinta kita selamanya

---Kerispatih, Demi Cinta---

it's their lost

Uhh... Tajok aku tuk entry ni tak bleh blah langsung. Tapi ini bukannya entry emo ek. Just to let u guys noe. Kang ingat aku nak emo plak pepagi ni.

Di sini, bila aku menggunakan perkataan emo, ia lebih merujuk kepada emosi yg -ve. Dalam entries aku la. Entry orang lain, tak leh nak assume camtu. Len orang, len citaranya. (^_^)

Saper nye lost???

Bakal2 kengkwn rumah baru aku. Ehehe...

Actually, part of me rasa lega gak bila dapat tahu tempat kosong itu telah di isi oleh orang lain. Tak perlu aku bersusah payah memikirkan ayat yg sesuai tuk mengambil hati ibu ku. Uhh...

Tapi kan, lagi separuh tu rasa terkilan gak. Tak dapat memulakan sesuatu yg baru yg aku idamkan sejak sekian lama. Dah le situasi skang ni adalah amat sesuai tuk aku angkat kaki dari rumah aku tinggal skang.

Bukannya layanan di rumah tu tak bagus. Bagus sekali yer. Cuma aku nak perubahan. Setakat sampai ujung bulan Mei ni, cuti hujung minggu ku sudah aku isi ngan pelbagai aktiviti.

Hujung minggu memang aku tak habiskan masa di rumah sangat. Aku berjalan ke rumah macik aku di KL. So, kengkwn kat KL yg mo ketemu aku, sila roger la. Aku skang berhujung minggu di KL. Tak gi memana pun. Hanya lepak kat umah je.

Aku tertarik & terbuka hati nagn bilik sewa tu sebab rumahnya atas tanah. Punyanya laman sendiri. Ehehe... I prefer rumah atas tanah la. Rasa bebas skit. Bukannya umah lain tu tak atas tanah. Sumer rumah pun atas tanah ma.

Lebih selesa kalau punya laman walaupun aku bukan la pencinta menghias laman. (^_-)
***Kredit tuk cik Google tuk gambor ini.


Cuma apartmen nye konsep tu, tak baper gemor la. Masalah pertama yg bermain kat kepala otak aku adalah parking lot. Bila dah 2,3 orang penghuni dalam satu rumah & each penghuni pun de keta, maka ada keta yg tak dapat parking dalam kawasan apartmen.

Bukan pilihan hati. Tapi kalau dah terdesak, harus aku trime dengan redha.
***1 lagik kredit tuk cik Google.


Kalau dapat parking pun, kena gilir2. Macam skang pun aku dok kawasan apartmen gak. Setiap lot umah dihadkan hanya 2 petak lot parking. Umah aku sajor dah de 3 biji keta. Camno tuh???

So, kena la mintak kat orang yg masih available parkung lot mereka. Owh, bukan free ek. Kena bayar tuk parking lot. Setiap 6 bulan sekali. Kena bayar RM180. Bermakna, sebulan di charge RM30 la.

Pastu kan, tak jauh dari kawasan tempat tinggal aku tu, dah bangun satu kuil. Aku musykil la. Atas tanah yg aku tak rasa halal. Camno diaorang bleh dirikan kuil tu???

Bukannya nak kutuk rumah ibadat kaum lain. Cuma aku musykil je. Dah le dgn wujudnya kuil itu telah menyebabkan pencemaran bunyi kala waktu magrib & subuh. Uhh... Tak nyaman seh.. Diorang punya dok 'berwirid'... Isk2...

Cukup2.. Dah panjang berjela dah entry kali ni. Takpe bakal house mate ku. Mungkin rakan baru yg korang terima tu berjuta kali lebih baik dari aku. Its ok. Aku je yg hegeh2.

Tak dapat nak ngelak. Selasa & Rabu aku ngak punya ruang waktu senggang. Harus gi mana. Semalam nak gi tengok umah tu, dah the other side plak tak punya waktu senggang. Bukan jodoh kita.


~~~Mungkin ini signal yg aku tak punya keizinan mo pindah. Cuba nasib this wikn plak. Harap ada sinar baru untuk aku. Perubahan, aku memerlukan kamu. Hmmm...

Thursday, May 14, 2009

jari tengah si mamat rempit motor kapcai

Hangin je gue tadi ngan sorang mamat rempit ni. Kot kalau bawa motor besor ke, kureng la skit aku hangen. Tapi dalam hangin2 tu, terselit gak le rasa cuak. Well, orang2 skang ni adalah tak bleh dijangka. Kang diapa2kan aku tak ke naya.

Dari tajok pun pasti dah tau naper aku hangin.

Mamat rempit tu menunjukkan signal yg kureng sopan kalau di pikir double meaning. Kalau tak mo pk double meaning pun bleh jugak. Gua no hal. Ni citer aku. Versi aku. Aku anggap yg maksud awalnya yg aku anggap itu.

Mamat rempit tu tak puas hati sebab aku bagi signal kanan & masuk kanan bila nampak mamat rempir dan motor kapcainya datang dari arah hadapan.

Dah sah2 le aku nengok motor tu tak laju mana baru aku belok ke kanan. Kalau motor tu laju, pasti aku tak belok kanan sebaik bagi signal.

Kena aku belok juga walaupun nampak motor kapcai mamat rempit tu datang ke arah aku???

Sebabnya ada halangan yg motor tu kena tempuhi sebelum sampai ke titik koordinat di mana aku berada. So, bila ada halangan berupa bonggol itu, dah sah2 le mamat rempit tu kena slow down.

Tambahan plak situ kawasan skolah. Ko nak merempit jugak ke mamat rempit oiii???

Hangin lagik tak sudah. Bila nampak ke aku belok kanan, lagik mamat rempit tu menekan minyak motor kapcainya. Hilang akal kah apa???

Sanggup tu melambung extra langgar bonggol. Uhh.. Yg buat aku hangin tu, mamat rempit motor kapcai gi angkat jari tengah nye tunjuk kat aku tanda tak puas hati. Agak kalau nak brutal sangat & ko marah berapi sangat, awat tak tunjuk yg ori nya je. Abeh satu kampung kat situ sumer bleh nengok. Huh...

Aku dah le skit penat. Dari awal pagi dah terkejar2. Semalam, lewat 2 pagi baru tido. Pastu jam 6 pagi dah aku terjaga. Camtu la aku bila tido pun teringat kat keje. ***I'm not a workaholic.

Kol 7 pagi dah gerak ke opis. Pewot aku pun mesti terkujat. Blom kol 8 pagi aku dah siap breakfast. Hahaha... Ponat nye sebab berseorangan terkejar2 siapkan tender tuk di submit ini hari.

Naper sorang???

Sbb yg sorang lagik tu cuti. Heran jugak. Cam tau2 je dia nak cuti hari ni. Eh, silap2. Cam tau2 je dia nak kena cirit birit hari ni. Sebab tempat dia dah berkemas elok seperti dia nak cuti hari ni. Hmm...

Penutup tuk entry kali ni.

Aku nak gi membeli lunch. Sudah hampir lunch time. Tu pasal aku belok kanan. Sebab gerai makan di sebelah kanan. Aku baru sudah gi membuat urusan di bank.


~~~Pendek je luahan aku nak buat ni. Aku yg anak sedara bos pun tak sesuka hati je nak datang keje ke tak. Sakit domam pun tetap datang keje. Katanya cirit birit. Kalau sebaliknya yg berlaku, bleh sakit la ko di buatnya.

hilang ke manakah???

Rasa cam lamer aku tak berkarya. Muahaha... Ari2 mengadap pc. Tapi tak kesempatan nak updates. Baru hari ni punya sedikit ruang. Pe yg aku sibukkan??? Besa la. Apa lagik kalau tak pulun buat keje a.k.a dok kejar tarikh tutup. Lotih tol..

Naseb la bukan setiap hari or setiap minggu kena camtu. Kalau tiap2 hari kena camtu, kompem kurus la sy dibuatnya. Miahaha... Kalau kena kerja camtu tiap2 minggu pun penat. Tak cukup di opis, siap angkut balik buat kat rumah.

Time masuk & pulang kerja pun berubah. Aku lah orang yg paling awal datang opis & yet aku orang terakhir yg akan pulang. 3 hari beturut kena camtu pun dah ngomel panjang camni. Cuba kalau sepanjang tempoh aku kerja, asyik kena kejar ngan tarikh tutup je. Tercungap2 la sy.

Rasanya minggu ni adalah minggu yg penuh ngan aktiviti tak sudah2. Sampai ke weekend pun dah punya rencana. Weekend ni akan aku lalui ngan penuh kekuatan. Minggu lepas, tak kuasa la nak kuar2. Dju de ajak jejalan kat pasar malam/Sogo. Aku nolaknya.

Keadaan yg panas tu satu hal. Kwn setia ku datang membuat lawatan la plak. Lagik mim-alif-lam-sin kalau awal2 tu. Better aku melingkar kat umah. Tapi bila telinga aku dah panas dongar mak den dok ngajak ke Jusco, ku gigihkan juga dalam keterpaksaan. Puas aku sabarkan diri supaya jangan berbebelanja.

Alhamdulillah. Berjaya..

Kawan2 yg maseh menganggur, moh ke pameran kerjaya weekend ni. Kat PWTC. Tapi korang jangan gi hari Sabtu tau. Bagi aku je gi. Kurang skit orang. Rimas gak biler dah ramai2 orang. Berhimpit2 lagik. Koser la sy.

~~~Satu perkara dok belengu kepala otak ku. Samada nak meneruskan hajat tertunggak tu ataupun postpone lagik. Adehhh... I need to talk to someone. Tolong la sesorang kasi lecture kat aku. Uwaaa....

Monday, May 11, 2009

sesat dalam kepanasan

Just came back from site visit. Humang aih panas. Dapat masuk dok bertapa dalam econ, nyaman rasanya. Tetiba tekak terasa nak pekena ABC restoran santai. Uhh...

Makin 'cerah' la aku yg dah sedia 'cerah' ni. Acara start kol 2.30 petang. Memang sedang elok cuaca mencucuk2. Mujur la kawasan berangin. Aku dah rasa kulit wajah ku dah bertukar keperangan peringkat lebih tinggi. Hmm...

Ngan sampai ke mesyuarat tapak lambat. Gara2 mencari kawasannya la. Tak kusangka di kawasan yg kelihatan terpencil seperti itu mempunyai taman perumahan & jugak kemudahan sekolah rendah & menengah yg ku kire lengkap. Wahhh... Di mana gerangan tempatnya??

Berdekatan ngan kawasan UiTM yg sedang dalam pembinaan itu. Aku rasa kalau dah siap UiTM tu & dah beroperasi, mungkin la kawasan sekitar itu akan hidup. Ntah tahun bila akan siap, aku tak pasti.

Dengarnya itu adalah 2nd main campus for UiTM. Tadi masa aku sesat tu terperasan jugak lah de bangunan tinggi & bercat seperti warna UiTM. Agaknya ada blok yg dah siap kot.


~~~Sedap kalau dapat minum air sojuk. Tapi sampai je opis, aku tros masuk ke bilik econ. Tuk sejukkan badan sambil telek2 kulit yg dah perang. Ehehe... Bukan la aku putri lilin. Cumer biler dah perang, lambat la nak kembali ke tona warna yg kurang perang skit. InsyaAllah, 2 weeks lagik ada kenduri yg aku nak attend. Harus dijaga keterampilannya. (*.*)

duaploh---merah puteh

Kredit kepada cik Google tuk gambor ini. Thanx..

Dari apa yg aku baca kat paper hari ni, aku merumuskan hari ni adalah episod terkahir bagi Merah Puteh. Seperti yg aku jangkakan dari minggu lepas, Puteh adalah anak kandung Mastura. Dalam episod minggu lepas ada Puteh kata yg dia dapat rasakan ada sesuatu antara dia ngan Mastura. Tapi tak tahu apa hubungan antara mereka.

Terbukti sudah yg Puteh sebenarnya adalah anak Mastura. Mana aku tahu??? Adalah. Kita tunggu & saksikan sajalah episod hari ni.

Duaploh. Itulah jumlah episod yg tertera dalam paper mengenai jumlah keselurahan episod cerita ini. Apa cerita yg akan menggantikan cerita ni ye?? Tak perasan plak aku. Sebab aku jarang nengok iklan. Ehehe...


~~~Owh.. Ada dua cerita yg finale nya hari ni. Mana satu yg aku nak nengok ek??? Tengok dua2 pun boleh kalau tamak sangat. Hiksss...

taiwan vs japan vs korea

Taiwan's Version.
Meteor Garden


Version ni aku kenali waktu mengaji kat matriks dulu. Tu pun tak ikot 100%. Bila free baru ikot. Then masuk uni, de la member mempunya koleksi citer ni. Gigih nontonnya. Dari mula sampai abeh. Tapi tak hengat sangat story nya camne. Secara kasarnya tahu la jalan cerita tu camne. Agak panjang & meleret.

Japan's Version.
Hana Yori Dango


Version ni plak aku ketahui masa di uni. Dapat dari sahabat yg dah tak sahabat dengan aku dah(who cares...). De 2 part. Satu part lagik aku cari sendiri thru online. Pastu de kuar movie jugak. Seronok. Aku suka watak Domyoji. Karakter watak tu. De sesuatu yg menarek. Tapi takde plak aku pernah kenal orang ngan watak tu. Mungkin kalau aku kenal aku takkan tahan kot. Uhh.. Sekarang aku tengah pengaruh cousin & macik aku supaya terpikat ngan citer ni. Wakaka...

Korea's Version.
Boys Over Flowers


Ni plak version terbaru yg aku ketahui. Sedang ditayangkan di astro cenel 303. Hari ni dah final episod. Uhh.. Aku tak ikot dari mula. Tau de citer ni pun maser tuh dah separuh jalan citer. Tapi tetap ikot sebab secara kasarnya dah tahu apa jalan citer nya. De yg yg ditambah seperti watak bapa kepada ketua F4. De la beberapa lagi tambahan yg aku kesan.


~~~Bagi aku, aku paling suka version Japan. Pendek & tak berjela sangat. Version Korea pun tak berjela. Sebab aku tak ikot dari mula, tak baper masyuk sangat la aku nontonnya. De sesuatu yg rasa seperti tak kena je ngan watak2 pelakon version Korea. Satu lagik, dalam kumpulan F4 version korea, watak yg paling menonjol adalah ketua F4 & sahabat karibnya. Yg 2 lagik watak adalah sangat terpencil. Hmm... Sekian tuk entry lagha ini. (^_^)

tak nyempat2

Perjalan pagi ni ke opis agak menggerikan. Jauh skit perjalanan aku hari ni. Dalam lingkungan 40 km sebab aku dari umah macik aku kat KL. Alhamdulillah jalan tak jem teruk cam selalu. Dalam 50 minit dah sampai aku ke opis. Selalunya makan masa lebih sejam. Kekadang sampai sejam setengah.

Apa yg mengerikan aku???

Kuar je dari kawasan perumahan macik aku, keta agak banyak. Aku tak tahu apa salah aku.. Datang skuter dari arah belakang dok honk2 keta aku. Ko tak muat mencelah, jangan lalu. Tu memang bukan tempat motor. Bawa motor kena dok di kiri jalan. Bukannya tengah jalan bersama kenderaan beroda 4 & lebih. Yg buat aku cuak skit tu biler skuter tu over take aku, dia pandang aku cam nak cari gadoh. Dah le dak skolah. Camne aku tau??? Diorang pakai baju skolah. De 2 orang atas motor tu.

Tu kejadian pertama. Ada kejadian kedua. Bermula dari jalan ke airport Subang.

Sebelom aku nak mencilok masuk ke kanan, aku dah pastikan kenderaan belakang di lane kanan berada dalam kedudukan yg lepas kalau aku cilok masuk. Motor pun takde dari arah belakang yg menghalang aku cilok kanan. Lane kiri yg aku dok tu banyak kenderaan nak masuk parking yg berada di sebelah kiri. Tu pasal aku nak cilok masuk kanan.

Bila keadaan dah izinkan, aku cilok masuk lane kanan. De keta waja (bgt2924), dari arah belakang lane kanan pecut bila nampak aku masuk lane kanan. Aku nampak dia cam marah bila aku masuk lane kanan tu. Hukkksss..

Aku dah bagi signal sebelom aku masuk lane kanan. Dan aku dah pastikan jarak selamat supaya tak ganggu perjalanan kereta lain. Nak marah2 aku wat pe. Aku dah bagi signal pun sebelom aku masuk. Dia yg tetiba pecut bila nampak aku masuk lane kanan.

Then keta tu ikot rapat je ngan keta aku. Cam nak ciom bontot keta aku. Haihhh... Dah le aku cuak, driver keta tu jugak buat aku benggang. Biler kat jalan lurus & lenggang, tak nak plak over take aku. Bila dah masuk ke jalan satu lorong, baru nak himpit2 keta aku. Mana aku tak cuak.

Sampai ke jalan nak ke opis aku, keta tu masih follow kat belakang. Bila dah cam tu, aku lagik cuak. Aku dah plan, kalau keta ni masih follow sampai kawasan opis aku, aku akan tros balik umah. Kalau masih follow, tros jugak, ke balai la aku gi. Isk2... Mintak simpang kejadian2 camtu.

Bukan nak tunjuk pandai di jalan raya. Tapi tolong jangan under estimate dengan kemampuan pemandu wanita.


~~~Bila guna perkataan ngeri, aku teringat kepada kisah aku sewaktu darjah 2. Cikgu seni aku suruh lukiskan gambar ngeri. Masa tu aku tak tau langsung pe maksud perkataan tu. Masa tulis tajuk lukisan, sesuka hati je aku tukar ejaan kepada negeri. Wakaka... Lukisan tu kena siapkan waktu cuti skolah. Aku tak buat pun. Sebabnya bila buka skolah, aku dah tak skolah situ. Sampai la masanya aku tahu maksud perkataan ngeri tu. Aku akan tersenyum sesorang. Mengenangkan ketidakcerdikan aku sewaktu darjah 2 itu. Hiksss...

Sunday, May 10, 2009

mother's day

Selamat hari ibu buat ibu2 di luar sana termasuklah emak aku sendiri. Hmm...

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...


Tiap kali dengar lagu ni boleh menyebabkan air mata menitis. Isk2... Semalam kat cenel prima ada cite yg menggunakan lagu ni. Uhh... Sodih beb. Semalam kan hari ibu. Jangan kerna hari ibu baru kita nak mengingati ibu kita. Setiap hari pun aku teringat mak aku.

Rasa banyak salah aku ngan mak aku sebab aku suka gak menjawab mak aku. Owh.. Pernah gak aku buat mak aku terguris hati ngan aku. Bersalah rasanya. Tapi mak aku sangat memahami aku. Tambahan kita saat aku down 2 tahun yg lepas.

Kalau orang lain yg jadik mak aku, dah kena tenyeh lumat dah aku rasanya. Mak aku bukan jenis yg kuat berleter. Mak aku paling terer skali bab masakan. Sekejapan kat dapur, dah siap 3,4 jenis lauk. Selalu gak aku kena tembak ngan mak aku. Wat keje hegeh2.

Ntah bagaimana hari2 aku kalau mak aku takde di sisi. Tak termampu rasanya di fikiran aku. Arghhh... Tak mo emo2 di awal2 minggu. Just wanna remind me & u guys too, sayangilah orang yg telah melahirkan kita ke dunia ini.

Bukan mudah tuk melahirkan kita. Aku telah lihat ngan mata ku sendiri. Baru2 ni cousin aku baru je melahirkan seorang baby gal yg comey. Menahan kesakitan seharian sehingga keesokannya tak kelaratan nak push the baby out. Kena operate la jawabnya.

Uhh... Operate pun bukannya tak sakit. Sakit weih. So, bapak2 pun, hargailah isteri anda yg telah melahirkan cahaya mata buat anda. Pengorbanan itu adalah sangat besar.


~~~~Entry yg agak kedewasaan buat aku. Hiksss...

Saturday, May 9, 2009

cepu perak & cepu emas

Owhhh... Semalam aku ada chat bentar sama MaiH. Teman yg sudah lama tak online ym. Baru balik berkursus orangnya. Satu soklan yg sering ditanya pada aku dalam masa 2,3 tahun ini & aku takde jawapan lain yg diberi melainkan jawapan yg sama. Arghhh... Busan..

Satu lagik soklan yg aku kire agak klise.

S: Dah de teman/kawan/partner/bf/etc????
J: Takde. Maseh solo/seorang/etc.

S: Tipu la. Takkan la takde kot. Ooo... Nak sorok ek. Malu ke?? Ishh..
J: Mana de.
(Dah orang kata takde tu takde la. Terima je. Kalau ada, mestilah akan kata ada.)

Ahh... Aku pernah menyoal sebegitu & aku pernah disoal sebegitu. Pada peringkat usia skang ni, tekanan akan wujud biler selalu sangat diajukan soklan sebegitu. Uhh...

Ntah le.. Sampai biler2 kiter takkan puaskan hati semua orang. Nak puaskan hati sendiri pun kekadang tersasar. Pe2 pun, aku rasa hati sendiri yg kena lebih tumpukan perhatian. Jaga sebaik mungkin.

Soklan2 di atas aku rasa masih dalam kategori cepu perak. Biler tang soklan cepu mas, tak dapat nak dijawab dengan kata2 kalu akan ku jawab dengan senyuman. Apa soklannya??

Bila nak kenduri/kawen @ bila majlisnya???

Aha... Aku rasa saper2 yg dah kerja or saper2 yg dah berpunya pasti akan kena soklan cepu mas ni. Orang yg tak punya pacar pun pasti kena tuju soklan camni. Uhh...


~~~Kuatkanlah semangat aku. Janganlah bagi mulut aku ni lancar je nak menjawab dengan kurang ajarnya tiap kali diajukan soklan2 seperti di atas. Aminnn...

republik - hanya ingin kau tahu


Hanya Ingin Kau Tahu - Republik


~~~Tuk lirik, bleh klik sini.

rokok vs karipap

Adehhhh... Takde saper ke upload iklan rokok vs karipap tu. Uhhh... Memang pengajaran tol la. Ada gak rasa nak meniru aksi yg dipaparkan. Tapi sah2 le aku takkan berani nak melakukannya. Cakap berapi bleh r.

Meh nak refresh ingatan korang yg mungkin maseh tertanya apakah gerangannya iklan itu.

Kat astro je kot ada iklan ni. Aku tak alert menda tu. Aku rasa ada kat astro je. Kelakar tahap gaban. Perokok yg telah disumbat mulutnya ngan karipap oleh seorang hamba Allah yg dok disebelah perokok itu. Memang patut pun perokok menerima azab itu.

Perokok meronta2 bila kena paksa makan karipap oleh pemakan karipap. Pastu pemakan karipap mengeluarkan statement, "Aku tak mo asap rokok, ko bagi gak aku hidu. Ni ko makan la karipap walaupun sebenarnya ko tak nak makan karipap".

Lebih kurang begitu la ayatnya. Aku tak hengat the exact statement. Tapi agak hampir dah le tu. Bagi mereka2 yg dalam usaha menghentikan tabiat yg hanya membakar wang anda sahaja, taniah saya ucapkan. Aja2...

Bagi mereka yg belom terbuka hati tuk meninggalkan tabiat yg tidak elok itu, fikir2kanlah orang sekeliling anda. Bukan sahaja anda yg rosak kerana rokok. Tetapi kerosakan turut dirasai oleh orang sekeliling anda.

Kalau tak sayangkan diri sendiri, gi hisap rokok kat dalam bilik tertutup. Bior ko sesorang je yg hidu asap rokok yg dihembus tu. Uhhh... Tetiba saya emo plak.

Mengenangkan kepada insiden yg berlaku kat satu tempat makan ni. Besa la, dah nama perokok tegar. Lepas makan mesti nak hembus2. Kot ye pun, ko bangun la gi berasap tempat lain. Memang la tempat makan tu kawasan terbuka. Tapi ramai pengunjung dok situ menanti makanan.

Ahh... Nak je aku sound pacik tu. Tapi aku nengok abah aku takde wat tindakan apa2 pun. Haihh... Takot gak aku nak sound. Walaupun disamping aku ada abah & adek aku. Hmm...

Perokok di luar sana, sila cari port yg sesuai tuk anda merokok. Selalunya perempuan akan tabik spring pada lelaki yg tak merokok sebab mereka2 iaitu lelaki yg tak merokok adalah rare. Spesis yg hampir pupus.

Gambar: Kredit to google.
Bleh je nak amek gambor kotak rokok sbb kat opis aku ni dipenuhi perokok tegar. Tapi tak kerajinan. Amek thru google saja la. Dan aku telah buh kredit di situ. Trimas ye.



~~~Sayangilah kesihatan anda & orang di sekeliling anda. Hindari dari perkara yg memudaratkan. Hmm... Cousin aku yg umur 6 tahun pun petah dok nasihat abahnya yg merokok. Sangat menggelikan hati. "Naper la abah suka rokok. Kakak pun tak tahu." "Abah ni asyik rokok je." "Apa gambar ni. Eeeee...", sambil tunjuk gambar2 mengerikan seperti di atas kepada abahnya a.k.a pacik aku. Tu antara dialog yg diluahkan cousin aku la.

Friday, May 8, 2009

pencinta makanan

Aik... Biler dah dijadikan entry, rasa skit plak jalan2 cari makan kitorang. Aku ni mudah rasa full pewot. Tu yg biler di ajak makan, semedang je tak mo. Melainkan yg memang aku suka. Ehehe... Tapi semua aku suka. Aku kan pencinta makanan. Hahahaha...

Makanan cekik darah tu penutup jalan2 cari makan aku. The next tu aku masih bercuti. Tapi takde aktiviti jalan2 cari makan dah. Makan je apa yg ada. Takyah tercari2. Lagipun badan aku rasa lemah je hari Isnin tu. Nak makan pun tak selera.

p/s: Jangan jadi hamba makanan. Kita makan tuk hidup. Bukan hidup semata2 tuk makan. Makan seadanya selagi berkemampuan dari kesihatan mahupun kewangan. Hmmm...

CEKIK DARAH

Merujuk kepada entry semalam, aku nak bercerita pasal insiden makan di bomba. Dah lama tak makan kat situ. Each time gi makan kat situ, mesti hilang ingatan tempat mana yg best. Gerai yong tau foo mana yg tak cekik darah.

Alkisahnya, kami 1 famili peminat yong tau foo. Dah jarang makan skang ni. Tu pasal asal gi makan kat bomba leh hilang ingatan gerai mana yg cekik darah.

Pengajaran yg dapat di sini adalah jangan malu or segan nak bertanya berapa harga each item yg amek tuk yong tau foo kita tu. Sebab pengalaman terbaru aku, diketuk sampai RM25 sepinggan. Walhal isinya skit je.

Ralat.. Tapi dah bayar. Dah makan. Dah jadik t*** pun. Uhhh...

Biler tanya naper mahal, dia kata sebab aku amek sekeping fuchuk yg harganya RM4. Bapak mahal giler. Yg lain2 aku amek adalah kangkung 2 ikat, kueh teow 2 gulung, tauhu goreng 2 potong bersamaan sekeping tauhu empat segi, 1 sotong cake, 4 biji tauhu kering, 1 biji kecik fish cake. Tu je rasanya. Yg aku describe tu ikot mata & vocab aku la yerk.

Banyak tu aku amek kena RM25??? Cekik darah giler. Dah le ABC pun tak best. Pendek kata, takkan makan lagik kat situ. Total dinner kami malam tu dekat RM50. Kire mahal la tuh.

So, korang kalau makan yong tau foo kat area bomba, ringankan mulut bertanya harga each item. Jangan segan silu kuarkan kalkulator korang tuk wat pengiraan. Jangan jadik cam aku. Ralat.


~~~Nak untuk cepat agaknya. Mahal benor dema charge. Ingat kami ni orang luar ke??? Aku memang dilahirkan & dibesarkan di tepeng. Ekeleh... Berbulu je aku nengok muka budak tu. Nak je aku gi tanya dia harga satu2 item yg aku amek tu. Tapi disabarkan oleh abah aku je.

family day terbaek

Soknya, hari Ahad adalah hari terakhir di Dusun Resort. Disediakan pelbagai aktivi tuk family day hari Ahad tu. Aku tumpang enjoy sama. Lagi best dari family day opis abah aku beberapa bulan yg lepas kat Ipoh. Hiksss...

Dah selesai aktiviti hari keluarga, kami gerak pulang.

Owh... Lupa saya. Sabtu malam Ahad adalah kali pertama aku minum tea itu. Tak tahan rasanya ngan rasa pewot yg kurang enak itu. Aku minum lepas dinner.

Lepas breakfast, tros aku melawat cik J. Ehehehe...

Sepanjang perjalan percutian itu hari, adek aku sajor yg drive. Suka aku. Dah le perjalanan balik tu, kitaorang sangkut kat Sungai Dua ke Juru almost 1 hour. Fuhhh... Adek aku de gak bebel. Baru dia rasa bawa keta time jem. Hahaha...

Aku siap leh terlelap lagik. Syiokkk.. Masyuk je. Dengan hari hujan. Sejuk je rasanya.

Owh... Sebelom sampai tempat jem, terlebih dahulu singgah di R&R Gurun. Kan masa nak balik kampung hari tu tak singgah. Tu tempat singgah wajib singgah. Tak kire masa pergi or balik. Lalalala...

Aku yg tak lunch nak isi pewot. Masa yg lain2 gi lunch, aku dok mandi & bersiap2. Sebab aku tak suka kena kejan suruh cepat, aku sanggup lepaskan lunch. Lagipun aku tak lapar.

Sampai Tepeng dah maghrib. Lepas solat maghrib kami gi dinner di bomba. Uhh... Ni nanti aku bikin 1 entry khas. Panas je...
Google